Wednesday, 18 September 2013

Abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Kg Koh Sitiawan ????? @NajibRazak

Heboh dikatakan bahawa Abu mayat Chin Peng iaitu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Akan dibawa oleh pembangkang untuk dikebumikan di Malaysia. Kampung Koh Sitiawan adalah kampung halaman Chin Peng. Benarkah ianya akan terjadi ? Bagi Black, ianya amat tidak wajar. Kalau ditanya pada bapa Black, Sudah tentu beliau juga menentang tujuan pihak pembangkang untuk membawa walaupun sekadar abu. 

Untuk pengetahuan semua, bapa Black merupakan salah seorang anggota Tentera Darat DiRaja Malaysia berpangkat sarjan dan pernah menentang komunis. Tanyalah semua bekas tentera yang pernah berjuang di zaman komunis, Sudah pasti mereka juga tidak bersetuju.

Black tidak mahu walaupun sekadar baju yang pernah digunakan Chin Peng. Kami sekeluarga pernah hidup menderita Dan terpaksa mengizinkan bapa berjuang menentang komunis.

Ching Peng adalah komunis yang banyak membawa kemusnahan dan kehancuran. Hilangnya keamanan dan kemakmuran negara. Beliau adalah pengkhianat negara. Walau sekadar abu, diharamkan dibawa ke bumi bertuah ini.

No comments:

Post a Comment