Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday, 17 May 2013

ZAMAN YANG DIKATAKAN ZALIM, NEGARA LEBIH AMAN!!!

Golongan yang paling kuat menentang ISA adalah puak sosialisme dan komunis. Sebabnya apa-apa juga perangai huduh mereka yang mahu menjahanamkan negara pasti akan tersekat dek undang-undang tersebut.
Satu lagi akta yang sering ditentang oleh konco-konco mereka yang berselindung sebagai ahli politik pembangkang ialah Akta Polis serta Akta Hasutan.
Entiti kerajaan yang paling banyak mendatangkan kebencian pula adalah POLIS.
Lama kemudian negara mulai jauh daripada ancaman sosialisme dan komunis, datanglah puak-puak yang bukan main lagi hebat berdebat kononnya negara tidak lagi memerlukan undang-undang itu.
Dan kerajaan yang memeritah pun dengan senang hatinya memansuhkan undang-undang yang telah banyak mewujudkan kestabilan di negara ini.
Kini selepas undang-undang yang dikatakan lapuk, zalim dan menindas itu telah dihapuskan, negara tidak leboh aman sebagaimana yang dikatakan oleh para pendebat bangang. Sebaliknya negara mulai diancam oleh pihak yang selama ini cukup kuat mendesak agar semua undang-undang dihapuskan.
Mungkin kerana rakyat Malaysia terlalu selesa dan beranggapan bahawa negara ini tidak akan jadi seperti Iraq atau Mesir, maka tak adalah yang menyuarakan kebimbangan dengan gelagat haramjadah puak-puak berkenaan yang sedang berusaha memastikan campurtangan negara asing di negara ini berlaku.
Negara sudah tidak aman lagi. Para penguasa negara boleh terus membohongi rakyat dengan cerita-cerita muluk tetapi hakikatnya rakyat juga tahu pada bila-bila masa sahaja negara yang pernah diibaratkan sebagai syurga bertukar menjadi neraka dunia dek angkara beberapa orang yang gila kuasa.
Melainkan kerajaan mulai mengambi tindakan drastik memulihkan semula ketegasan undang-undang dan tidak bertolak ansur dengan puak-puak seperti Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

No comments:

Post a Comment