Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday, 22 May 2013

KETUA DEWAN ULAMA PUN LEMPANG MUKA NASA TANTAWI!!!




Sama ada ianya dilakukan secara lansung atau tidak, tindakan Ketua Pemuda PAS yang mengecam penahanan Si Mahasewel tu jelas tidak diterima oleh PAS sendiri.



Mana tidaknya. Pemimpin - pemimpin PAS lain semua membantah demonstrasi jalanan bagi menggulingkan Kerajaan seperti yang diwar - warkan oleh Si Mahasewel tu.



Tetapi, Si Nasa Tantawi ni boleh pulak mendoakan supaya perjuangan Si Mahasewel tu berjaya dan mengecam tindakan pihak berkuasa kerana menahannya.



Sambil menyifatkan tindakan Polis sebagai tanda 'Penakut', Si Nasa ni secara sedar atau tidak telah memalukan pendirian pimpinan PAS Pusat sendiri.



Maka persoalannya, adakah Si Nasa Tantawi tu menyokong desakan yang dibuat oleh Si Mahasewel tu? Adakah dia menerima cadangan untuk mengadakan demonstrasi jalanan? Kalau setakat cakap kosong je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

SHAH ALAM: Ternyata tindakan menganjurkan Himpunan Kemarahan Rakyat di Kelana Jaya baru-baru ini tidak didokong sepenuhnya oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
Datuk Harun Taib berkata, walaupun beliau tidak membantah penganjuran himpunan tersebut namun Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu berkata beliau tidak berminat untuk menyertai acara seumpama itu.
Beliau yang dihubungi Antarapos hari ini berkata, secara peribadinya, beliau tidak faham mengapa himpunan itu diadakan hanya semata-mata mahu membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), awal Mei lalu.
"Saya tidak membangkang apa-apa yang nak buat tapi saya tidak berminat untuk berbuat demikian.
"Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya)," katanya kepada Antarapos.
Pakatan Rakyat diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Mei lalu menganjurkan Himpunan Kemarahan Rakyat di Stadium Kelana Jaya.
Himpunan yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk dikecam banyak pihak selain tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
 
seterusnya di sini

No comments:

Post a Comment