Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday, 7 May 2013

UBAH!! UBAH PENGUASAAN POLITIK MELAYU KEPADA CINA!!

SELEPAS berakhirnya PRU13 pada 05 Mei 2013 yang lalu, akhirnya segala agenda tersembunyi telah berjaya dirungkai, telah berjaya diperlihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun sayang, segalanya telah terlewat apabila anak-anak muda, pengundi-pengundi luar telah berpusu-pusu pulang ke kampung-kampung halaman mereka dengan niat untuk berubah. Berubah daripada penguasaan politik orang Melayu kepada politik orang Cina. UBAH!! INI KALI LAH!!

Kali ini kita benar-benar dapat lihat yang kaum Cina memang telah sepakat antara mereka untuk UBAH!! Kaum Cina kali ini dilihat turun beramai-ramai ke pusat-pusat mengundi dengan harapan untuk UBAH!! Ya! Ubah kerusi-kerusi yang pernah dimenangi oleh Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO kepada Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh DAP.

Mungkin ada yang berkata apa salahnya berubah demi kebaikan. Tolak rasuah, tolak kroni, tolak penyelewengan, tolak calon yang tak bersih. Terima kasih rakyat Selangor khususnya yang telah pulang dari jauh sejauh Sabah dan Sarawak semata-mata mahu mengundi Pakatan Rakyat. UBAH!! INI KALI LAH!!

Sedar atau tidak, jumlah kerusi yang dimenangi oleh DAP melebihi dari kerusi Melayu PAS?? Sedar atau tidak yang sebenarnya kuasa politik orang Melayu sedang dihakiskan sedikit demi sedikit oleh kaum Cina ini yang begitu bersemangat untuk UBAH!! Malaysia kepada Republic of Malaysia seperti jiran kita Singapura?

Apa kuasa yang masih ada pada kaum Melayu selepas kuasa ekonomi masih berada dalam tangan Cina? Fikirkanlah lah wahai bangsa Melayu, mereka semua kaum Cina sudah betul-betul bersatu untuk UBAH!! Malaysia seperti kampung halaman mereka dengan menjadikan bangsa Melayu penduduk asal Tanah Melayu ini sebagai bangsa kelas kedua atau lebih kasarnya adalah bangsa KULI!!

Tapi tak boleh nak salahkan kaum Cina ni 100% sebab yang merosakkan segala perancangan untuk kemenangan BN di Selangor adalah dari seekor BADAK dari selatan Selangor sendiri. Setelah bekerja selama 5 tahun dengan mengenalpasti calon-calon 'winnable' namun segalanya punah ranah apabila calon yang ditampilkan oleh seekor BADAK ini tidak mendapat kemenangan yang diharapkan.

Dalam kepimpinan Selangor sendiri tiadakah anak Selangor jati yang layak untuk dijadikan sebagai panglima? Kenapa perlu mendengar kata si badut yang lebih mementingkan kuasa dan harta dari kebajikan rakyat ini? Apa semua anak Selangor yang berada dalam kepimpinan UMNO Selangor ni semua BODOH-BODOH belaka ke? Atau memang dah gelap mata apabila dihidangkan dengan segala janji-janji manis?

Menyesal kemudian memang dah tak berguna. Apabila calon CONFIRM kalah dipertandingkan, memang sudah dijangka sebelum PRU lagi Selangor masih dan akan terus menjadi milik Pakatan Rakyat. Kesian, kerana nila setitik rosak satu Selangor. Mungkin ini yang diharapkan oleh pemimpin Selangor yang merupakan anak jati luar Selangor. Biar Selangor tergadai asal negeri sendiri selamat kerana ada harapan berkhidmat pula dinegeri kelahiran selepas kegagalan dalam menentukan calon yakin menang beliau.

Mungkin inilah yang diharapkan oleh si BADAK ini. UBAH!! Biar Selangor tergadai asal negeri lain selamat di bawah Barisan Nasional. INI KALI LAH!!

sumber

No comments:

Post a Comment