Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday, 5 March 2013

Amukan lagi!!!! Apsal ni????

Pagi tadi sekitar jam 10.30 satu laporan Polis telah dibuat oleh Ketua Kg Cempaka Sari terhadap kebiadapan Tian Chua yang menghina pengorbanan Pasukan Keselamatan kita dalam insiden di Lahat Datu. Laporan telah dibuat di Balai Polis Pasir Puteh Ipoh.

Ketua Kg tersebut iaitu Tuan Haji Arshad Bin Haji Abdul Samah hadir bersama lebih kurang 60 penduduk dari tiga kampung berdekatan iaitu Kg Cempaka Sari, Kg Seri Kinta dan Kg Pasir Puteh. Bersama-sama menyertai bantahan tersebut adalah wakil dari UMNO dan MIC, juga NGO-NGO dalam Parlimen Ipoh Timor.

Nampak serius Rakyat menolak sikap biadap Tian Chua dalam mempermain-mainkan insiden tersebut. Pencerobohan Tentera Sulu dikatakan konspirasi UMNO, hanya lakonan. Habis tu nyawa yang terkorban? Perasaan keluarga mangsa? Dengan sikap angkuh Tian Chua menyamakan pengorbanan Pasukan Keselamatan kita dengan "mati katak".

Dan jangan terkejut dia akan buat penafian apa yang keluar dari mulutnya hanyalah fitnah UMNO. Semua salah akan diletak ke bahu UMNO. Sedap-sedap cakap pastu nafi senang-senang.

SUMBER

No comments:

Post a Comment