Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday, 20 March 2013

Sandiwara Makan Diri!!!

Jenuh berpencak silat nampaknya pembangkang cuba menyelamatkan Tian Chua sambil menepis persepsi rakyat bahawa parti pembangkang tidak sensitif dan tidak patriotik.

Entah kenapa susah benar bagi pembangkang untuk mengaku bahawa Tian Chua telah keterlaluan, tersalah langkah dan celupar. Sedangkan lebih mudah untuk mereka menempelak Tian Chua dan memohon maaf dari rakyat dan keluarga wira-wira yang terkorban, bagi pihak parti mereka. Tentu dengan cara ini, rakyat akan lebih menghormati mereka sekali gus menyukarkan BN untuk mencari kelemahan mereka.

Tindakan pembangkang untuk membela Tian Chua membuktikan bahawa parti tersebut sebenarnya berkongsi sikap yang sama dengan Tian Chua iaitu tidak sensitif dan tidak patriotik. Bagi pembangkang, nyawa manusia tiada harga dan kedaulatan negara adalah perkara remeh.

Justeru, tidak guna mereka menuding jari keliling, sedangkan kata-kata Tian Chua yang biadap itu disiarkan oleh media rasmi mereka sendiri iaitu Keadilandlaily. Jika Tian Chua ingin membela diri, beliau harus terlebih dahulu mendakwa laporan media itu yang disiarkan pada 1 Mac 2013 mengenai kenyataannya, sebagai tidak benar sama sekali. Lebih elok jika beliau menyaman sahaja Keadilandaily. Tetapi Tian Chua enggan, sekali gus menunjukkan yang beliau teguh mempertahankan kenyataannya.

Antara petikan kenyataan Tian Chua yang membawa kepada pendakwaan menghina pasukan keselamatan ialah:

· "pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah." dan

· "Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing." serta

· "Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat"

Sebaliknya, pembangkang memilih untuk menangani isu ini dengan menuduh kononnya pendakwaan terhadap Tian Chua adalah usaha UMNO untuk mengalihkan isu Sabah. Sedangkan sebelum itu, Tian Chua juga menuduh yang UMNO cuba menutup apa yang berlaku di Sabah.

Untuk itu, kita merasakan bahawa tidak perlulah UMNO membela diri dalam hal ini tetapi biarlah pembangkang dan Tian Chua sahaja yang terkinja-kinja meroyan mengatur langkah sumbang dan lintang pukang.

Ini kerana, rakyat sedia maklum bahawa media-media rasmi kerajaan memberi tumpuan penuh dan liputan berterusan dan besar-besaran mengenai keadaan di Sabah. Jika benar tuduhan pembangkang bahawa kerajaan cuba mengalih isu, tentulah kita tidak akan dapat membaca dan mendengar perkembangan di sana melalui media kerajaan.

Malah, rakyat juga sedia maklum bahawa pembangkang juga yang paling teruja dan seronok sekali apabila Sabah diceroboh. Bagaikan pasukan sorak, pembangkang mendesak kerajaan agar mengeluarkan arahan bunuh sahaja sambil mengutuk tindakan diplomasi sebagai lembab.

Tetapi, apabila media asing menghebahkan pembabitan pembangkang dalam insiden tersebut tiba-tiba saja sorakan mereka menjadi pudar. Malah, apabila ada pasukan keselamatan kita yang terbunuh, pembangkang menuduh semuanya sebagai sandiwara kerajaan pula. Kononnya untuk menutup isu kad pengenalan.

Nyatalah bahawa hanya orang yang benar-benar taksub dan buta tuli sahaja yang tidak mampu melihat segala kecelaruan pembangkang.

Hakikatnya, pencerobohan Lahad Datu telah mengganggu fokus kerajaan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, selain membantutkan Barisan Nasional untuk menggerakkan kerja-kerja awal bagi menghadapi Pilihanraya. Pendekata, ia tidak memberi keuntungan atau kelebihan dari segi apa jua kepada pihak kerajaan atau BN dan kerana itulah pembangkang merupakan yang paling seronok, teruja, gembira dan seolah-olah meraikan pula pencerobohan tersebut pada mulanya.

Namun, siapa sangka apa yang pembangkang rancangkan untuk memberi imbuhan kepada mereka, kini memakan diri. Malah, menjadi semakin parah akibat keceluparan Tian Chua menayangkan sikap tidak berhati perut mereka secara terbuka.

Sebenarnya, kita tidak perlu berfikir jauh untuk mencari logik dalam kejadian ini. Fikirlah sendiri, yang manakah yang lebih masuk akal antara dua senario ini:

1.) pihak yang sedang berkuasa dengan momentum sokongan yang semakin memberangsangkan mengarahkan sandiwara berdarah yang mampu membuka ruang untuk dikritik,

ATAU

2.) pihak yang tergila-gilakan kuasa yang semakin kehilangan sokongan mengarahkan sandiwara berdarah dengan harapan untuk melemahkan kerajaan atau mungkin menjatuhkan terus kerajaan tanpa perlu melalui pilihanraya?

Malah, kita juga boleh menyaksikan sendiri bagaimana pihak yang tergila-gilakan kuasa itu langsung tidak sensitif dan langsung tidak punya semangat patriotik.

Tetapi, jika ini belum cukup kuat untuk membuktikan pendalangan pembangkang dan pengkhianatan Tian Chua, maka kenyataan Majlis Peguam, iaitu antara rangkaian penyamaran pembangkang, yang ingin membela pengganas Sulu, wajar dijadikan noktah terhadap sokongan kepada pembangkang.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment