Faekah Hussin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor telah
menulis surat terbuka kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamed, bagi menangkis kenyataan negarawan tersebut bahawa hak
keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam
sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di Negeri Selangor.
Kata
Faekah, kenyataan tersebut melampaui batas, celupar dan menunjukkan yang
Tun Mahathir ketinggalan jauh dari perkembangan politik semasa selain
menghina Institusi Agama dan Raja di Selangor.
Lebih menarik,
Faekah juga seolah-olah khuatir yang kenyataan tersebut akan menjadi
liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang dipromosi oleh BN.
Faekah
memulakan warkah terbukanya dengan membentangkan penghormatan tertinggi
dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Sultan-sultan yang
menjadi pengawal kesucian agama Islam, sambil menekankan kedudukan Klang
sebagai Bandar DiRaja, iaitu tempat di mana Tun Mahathir membuat
kenyataan tersebut, bagi menunjukkan sanjungan Pakatan Rakyat terhadap
Institusi Raja-raja Melayu. Katanya, PR menyerahkan semua urusan agama
Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam
Selangor tanpa sebarang campurtangan politik.
Faekah
mengemukakan bukti-bukti peruntukan yang tinggi untuk masjid, sekolah
agama, elaun guru KAFA sebagai menguatkan hujah yang PR tidak
meminggirkan kesucian agama Islam. Selain itu, Tun Mahathir juga
dituduh Faekah sebagai menghina pembelajaran agama, memperlekehkan
aktiviti qiamullail tetapi berlagak sebagai jaguh agama.
SUMBER
No comments:
Post a Comment