Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday 23 September 2014

#PengkalanKubor : PAS Dakwa Pembahagian 50-50 Wang Ehsan Hina Mahkamah !!! PRKPengkalanKubor #PrkDr



PAS nampaknya terus memainkan isu wang ehsan dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor, Penasihat Jentera Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa penyelesaian sementara antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri sebagai menghina mahkamah.
Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu itu, penyelesaian sementara pembahagian 50-50 Jabatan Pembangunan Persekutan (JPP) dan  Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada nisbah 50:50 menghina mahkamah.
Beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan Persekutuan boleh mengatasi mahkamah sedangkan sehingga kini mahkamah belum membuat sebarang keputusan.
“Tidak boleh, kes tuntutan ini masih dalam mahkamah. Bolehkah kerajaan pusat mengatasi mahkamah? Itu isunya.
“Mahkamah belum putuskan lagi, soal tiga batu nautika itu pun belum diputuskan mahkamah. Saya salah seorang peguam yang hadir dalam kes royalti ini. Ini satu penghinaan kepada mahkamah,” katanya dalam satu sidang media harian PAS di pengkalan Kubor Isnin.
Turut serta dalam sidang media itu Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kerajaan Persekutuan sebelum ini memutuskan mulai tahun 2015, Program Wang Ehsan yang sebelum ini dilaksanakan oleh JPP Kelantan turut dilaksanakan oleh MAIK pada nisbah 50:50 tertakluk kepada siling RM25 juta setiap agensi.

Ia merupakan satu langkah interim sehingga penyelesaian yang komprehensif dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan setelah kes tuntutan kerajaan Kelantan diputuskan oleh mahkamah kelak.
Bagaimanapun, Takiyuddin berkata wang ehsan tersebut tetap diterima walaupun kes tuntutan royalti masih berjalan di mahkamah.
“Persoalan 50 peratus tidak timbul walaupun diberi dan mungkin diterima MAIK tetapi tuntutan royalti tetap dan perkara ini masih dalam proses mahkamah.

“Kalau hendak bagi boleh tetapi ini bukan penyelesaian tuntutan dari kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan Pusat,” katanya.

No comments:

Post a Comment