Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday 20 September 2014

#PengkalanKubor : Denggi Di Tumpat Antara Tertinggi Di Kelantan !!! #PRKPengkalanKubor #PrkDR


Sepanjang Black berada di Pengkalan Kubor, Black mendapati kebanyakan kawasan di sini sistem perparitan tidak diselanggara dengan baik. Maklumat di atas diperolehi dari sumber yang sememangnya dipercayai. KLIK SINI .

 Longkang Tersumbat
 Punca penyebab nyamuk Aedes membiak
Longkang yang tidak diselenggara dengan baik

Untuk pengetahuan semua, Pengkalan Kubor adalah dibawah pentadbitan Majlis Jajahan Tumpat iaitu PBT yang bertanggungjawab dalam permasalahan ini. Mungkin masyarakat tidak perasan akan kes denggi disini. Di Negeri Kelantan merupakan negeri yang mempunyai kes tertinggi selepas Selangor. Jumlah kes Denggi di negeri ini sehingga19 September 2014 ialah 11938 kes. 




Yang menghairan, Apakah tugas yang dijalankan oleh PBT di Tumpat ini terutama kepada penduduk di Pengkalan Kubor ini? Adakah sengaja tidak mahu diselanggara atau buat-buat tak nampak ???

Kementerian Kesihatan dibawah Kerajaan Persekutuan hanya dapat membantu dengan cara membuat 'FOGGING' di sekitar kawasan ini, tetapi peranan PBT Tumpat yang di tadbir oleh Kerajaan Negeri iaitu kerajaan yang diterajui oleh PAS tidak membuat sebarang tindakan ke atas permasalahan yang Black rasa amat serius. Sebelum ini negeri Kelantan di bawah pentadbiran TG Nik Aziz tidak membuat apa-apakah? Lebih 20 tahun memerintah Kelantan masih tidak sebarang tindakan? Apakah yang dilakukan oleh TG Nik Aziz? Hanya pergi berceramah sahaja kah? Dan sekarang ditadbir oleh seorang MB yang baru dan masih terkial-kial. ADUN Meranti iaitu YB Nasharuddin Mat Daud, yang lancang dalam berceramah dalam pentas yang juga dalam Parlimen Tumpat merupakan jiran kepada Pengkalan Kubor tidak berani bertindak? Beliau adalah seorang EXCO di dalam pentadbiran negeri Kelantan. Fitnah sahaja kot yang berani ditaburkan.

Jangan hanya pandai menuding jari kepada Kerajaan Persekutuan sahaja. Pandanglah cermin...


No comments:

Post a Comment