Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 18 September 2014

#PengkalanKubor : Akibat Pulut, Santan Binasa ... #PRKPengkalanKubor #PrkDR

Sungguh memalukan apabila ada pemimpin politik di PRK Pengkalan Kubor didakwa menggunakan taktik fitnah untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional dan kerajaan Persekutuan.

Akibat keceluparan mulut ahli politik itu, laporan polis telah dibuat ke atas beliau!

Sila baca :

Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung satu ceramahnya yang didakwa berbaur hasutan.

Ketua Pergerakan itu Akbar Salim berkata ceramah tersebut disampaikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Ahad lepas.

Menurut Akhbar ceramah Mohd Nasaruddin itu di Kampung Simpangan mempunyai unsur fitnah apabila mendakwa kononnya kerajaan pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kerana kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla.

Kenyataan itu disifatkan amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dikalangan umat Islam dan kebencian rakyat terhadap kerajaan Persekutuan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor.

Mohd Nasaruddin adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan ACP Dahlan Mohd Noor mengesahkan ada menerima laporan tersebut. mSTAR

Di bawah adalah video kenyataan ahli politik PAS itu :



Jika benarlah ianya fitnah, kita tentu tidak menjangka seorang yang nampak warak berpakaian jubah seperti lebai ini sanggup melakukan sedemikian.

Ianya juga menjatuhkan imej Islam dan sangat memalukan.


Tidak sangka parti PAS sanggup menabur fitnah untuk menarik undi rakyat di Pengkalan Kubor. Bagi kita, tindakan terdesak mereka itu dilakukan kerana rakyat Pengkalan Kubor lebih tertarik dan akan memilih calon BN.

No comments:

Post a Comment