Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 15 September 2014

#PengkalanKubor : Isu Royalti Minyak, BN Tidak Adil ??? #PRKPengkalanKubor #PrkDR

Lihatlah bagaimana Hadi Awang  membelit rakyat Kelantan, rakyat Malaysia termasuklah rakyat di Pengkalan Kubor ini sendiri mengenai isu minyak Kelantan.  Memang benar Tan Sri Muhyiddin Yassin membuka isu ini selepas penamaan calon kelmarin (SINI).

Dua sebab mengapa Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak ;
1. Isu Jarak = Memang claim royalti out sebab terlebih jarak.
2. Isu Lokasi = Kawasan tersebut turut milik Thailand.

Masalah ini bukan sahaja pada jaraknya, tapi juga tentang lokasinya. Lokasi minyak yang Hadi Awang bising tu terletak di sempadan Thailand. Ia dipanggilMalaysia-Thailand Joint Authority(MTJA), sekiranya ingin sangat royalt minyak,  kenalah ada persetujuan dari Thailand.

  Dalam Petroleum Act kita menyatakan, negeri boleh dapat royalti JIKA semuanya berada dalam perairan Malaysia. So adakah JDA ini dalam perairan Malaysia sepenuhnya??? Sebab bertindih dengan Thailand, sebab itu ia jadi MTJA, ini bermakna Kelantan harus minta dari MTJA. Lokasinya di sempadan yang turut dituntut oleh Thailand. 

Inilah sebabnya kenapa, negeri-negeri lain seperti Sarawak, Sabah, Terengganu boleh dapat royalti tetapi Kelantan tak boleh dengan begitu saja. Sebab lokasinya adalah pertindihan dengan Thailand. Kelantan kena selesai dengan MTJA dulu, baru boleh sembang pasal royalti, maklumlah kerajaan BN bukan pemerintah di Thailand. 
lokasi untuk rujukan


Ni lokasi / koordinat asal paip yang Hadi Awang kelentong sampai ke Songkhla tu, Paip itu datang dari mana? Datang dari MTJA, MTJA siapa punya? Kelantan punya?
Memang payah Kelantan nak dapat royalti. Kena settle dengan MTJA dulu.



Map ini cukup jelas memberitahu Kelantan tidak berhak mendapat royalti sepenuhnya, maklumlah Thailand pun ada hak sebab lokasinya, dan Thailand juga adalah pelabur jugak dalam pembangunan kawasan JDA ni. Clear cut dalam Petroleum Act 1974 di bawah tajuk Ownership, perkara 2, barisan 3 - Dalam perairan Malaysia sahaja!! Adakah JDA ini dalam perairan Malaysia sepenuhnya?TIDAK!! Ia adalah milik usahasama MTJA!! Adakah Kelantan berhak? TIDAK!! Kelantan kena selesai dulu dengan MTJA baru boleh sembang pasal royalti.


Black yakin bahawa Hadi Awang tidak pernah tunjuk benda ni kepada rakyat Kelantan. Ini adalah keratan rentas (cross section) Geologi iaitu JDA di kawasan bertindih. Cuba tengok minyak yang bertakung area A-18 bersambung terus dari Thailand. Thailand ada hak untuk claim yang cukup kuat.






No comments:

Post a Comment