Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 18 September 2014

#PengkalanKubor : Ketandusan Isu, PAS Mula Tabur Fitnah !!! #PRKPengkalanKubor #PrkDR

PAS di Pengkalan Kubor nampaknya sudah mati akal. Sudahlah calon sendiri ditikam dan dicantas oleh kalangan PAS tempatan kerana beberapa skandal dan penyelewengannya sepanjang menjadi Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat, beberapa kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan merancang, menyedia dan menyiapkan prasarana untuk rakyat di Pengkalan Kubor, mula disebut-sebut.

Taktik PAS mengalihkan perkara sebenar dengan menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak menyediakan banyak kemudahan dan keperluan di Pengkalan Kubor serta Kelantan, sudah mula memakan diri sendiri ekoran sudah ramai yang mempersoalkan kuasa Kerajaan Negeri dengan kuasa Kerajaan Pusat dalam pembangunan negeri.

Disebabkan isu pembangunan dan royalti minyak kurang mantap, PAS mula menjadikan kehidupan peribadi calon BN, Mat Razi Mat Ail sebagai sasaran.

Dan seperti biasa, skandal seks menjadi umpan yang paling sedap untuk mengalihkan sokongan.

Kononnya, PAS berjaya menjejaki seorang wanita yang pernah belajar di salah sebuah sekolah di Geting dalam kawasan Pengkalan Kubor, yang pernah menjalin hubungan asmara dan seks dengan Mat Razi.

Kononnya juga, hubungan sulit itu berlaku sewaktu Mat Razi menjadi guru di sekolah berkenaan. Oleh kerana hubungan sulit itulah, isteri Mat Razi tidak keluar berkempen membantu suaminya sebagai calon kerana bimbang, akan ada pengundi yang bertanya dan dia tidak boleh menjawab.

PAS pernah menggunakan taktik yang sama dalam PRK Permatang Pasir pada tahun 2009 ke atas calon BN, Rohaizat Othman. Rohaizat yang sedang mendapat sokongan besar, tiba-tiba didedahkan mempunyai seorang isteri yang dikahwini secara rahsia demi menutup pengetahuan isteri pertama.

seterusnya

No comments:

Post a Comment