Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday 15 March 2014

#PRKKajang : GUTTER POLITICS - politik longkang Pembangkang di Kajang!!! #KajangMove


Lim Kit Siang bertanya; Apakah PRK Kajang akan menjadi pilihan raya paling kotor atau paling bersih dalam sejarah Malaysia?"
JAWAP NYA:
* Azmin Ali berkata; Datuk Seri Najib (Tun Razak), Perdana Menteri kita ialah haiwan ternakan Tun Dr. Mahathir (Mohamad). Bahasa kotor ke bersih!
* Azmin mengapi-apikan rakyat supaya menggulingkan kerajaan BN yang jahat menerusi protes jalanan. PKR ke PRU ?
* Azmin juga berjanji dan berikrar Anwar tidak akan merengkok walau sehari pun dalam penjara. Janji ke cakap kosong!
* Azmin juga mendakwa demokrasi sudah mati di negara ini. Hanya satu cara kita boleh menang, iaitu melalui protes jalanan. Menghasut ke menasihat!
* Pembangkang menuduh kerajaan telah menyalahgunakan mahkamah untuk menganiayai Anwar Ibrahim, yang akibatnya pemimpin kesayangan mereka itu hilang kelayakan untuk bertanding, Betul ke bohong!TAPI SEBENARNYA, MEREKA LUPA!
* MEREKA LUPA sebenarnya Manifesto Kajang yang dilancarkan oleh Wan Azizah adalah sepatutnya merupakan arahan kepada Menteri Besar (Selangor) untuk buat kerja; bukan untuk Kerajaan Malaysia. Kajang bawah tadbiran Yeop Khalid!
* MEREKA LUPA Tan Sri Khalid Ibrahim pernah menyatakan bahawa manifesto bukan janji. Itu cakap aje!
* MEREKA LUPA atau sengaja lupa bahawa mahkamah telahpun menetapkan tarikh pendengaran rayuan pasukan pendakwa dalam kes Sodomi II. Tapi kenapa Anwar yang merancang perletakan jawatan ADUN Lee Chin Cheh bagi membolehkan dia bertanding dalam PRK Kajang ini?
* MEREKA LUPA Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong buat kenyataan bahawa perbuatan Anwar meliwat pembantunya itu tidak salah kerana ia dilakukan atas dasar suka sama suka. Tapi pembangkang kata mahkamah telah menzalimi Anwar.
* MEREKA LUPA, PKR terus mengatakan ketua mereka tidak pernah melakukan liwat, Christopher mengakui liwat berlaku, cuma pada pendapatnya ia sepatutnya dibenarkan dan bukan satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan.
* MEREKA LUPA komen Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai rakyat negara ini yang menerima BR1M umpama lembu dan ayam yang diberi hampas kelapa dan padi. Tapi semasa berkempen dalam PRK Galas ada laporan yang menunjukkan dia juga ada memberi bantuan wang kepada pengundi. Bagaimana di Kajang?Apalah bengapnya pencacai kempen politik longkang di Kajang!

LUAHAN HATI SEORANG BEKAS PENDIDIK.. Tn Hj Ahmad Shazali

No comments:

Post a Comment