Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday 8 March 2014

FOTO-FOTO PENUMPANG & KELUARGA #MH370 MAS #prayforMH370

Sungguh menyayatkan hati. 




Di tatkala MiM menulis artikel ini, kita masih belum lagi mengetahui situasi sebenar tentang penumpang-penumpang MH370. 

Sama-samalah kita berdoa dan berharap agar keluarga mereka yang terlibat sentiasa tabah dan bersabar.  


Kenyataan Khairul Azwan, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia : 
Saya berdoa dan mengharapkan agar penerbangan Pesawat Malaysia Airlines #MH370 selamat dijumpai serta dalam berkeadaan baik.

Pesawat #MH370 ini terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara Subang pada jam 2.40pagi tadi. 
Jauhi sebarang spekulasi dan seharusnya kita berdoa kepada Allah agar pesawat ini ditemui dan semua penumpang serta anak kapal berada di dalam keadaan yang selamat - FB

Laporan Rakyat News :
SEPANG 8 Mac - Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertukar suram dengan kehadiran keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines System Bhd (MAS) yang didakwa hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing tengah hari tadi. 
Ahli keluarga mangsa yang hadir kini ditempatkan di kawasan tinjau KLIA bagi mendapatkan laporan terkini dari masa ke masa oleh pihak berkuasa dan MAS. 
Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing. 
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini. 
MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac. 
Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. 
Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu. 
Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu. 
Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - sumber
  SUMBER

No comments:

Post a Comment