Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday 16 March 2014

#PRKKajang : Air Mata Kajang #KajangMove

BIAR SIAPA PUN menggantikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, DAP tetap berkuasa dalam pentadbiran Selangor.Dengan tiga wakil rakyat dalam barisan exco Selangor, juga satu speaker dan dua sebagai exco kanan.YANG KEKAL RUGI ialah Pas, sebagai sebuah parti yang memiliki jumlah kerusi yang sama banyak dengan DAP mengatasi jumlah kerusi PKR di dalam DUN Selangor, tapi tidak bersedia memimpin. Atau belum berani mentadbir sebuah negeri maju. Atau masih khayal dengan tahaluf siyasi mereka.KES ANWAR di Mahkamah Rayuan belum tamat. Adakah pelan mahu menukar Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar masih berjalan? Atau Wan Azizah akan bergelar menteri besar wanita pertama!


Jangan lupa politik air mata yang akan dimainkan oleh pembangkang.PRK KAJANG akan menjadi propaganda mata. PRU 1999, mata lebam Anwar dijaja di mana-mana. PRU-2008, air mata Nik Aziz ditampal di setiap tiang! Dan kini air mata Azizah akan jadi bahan kempen untuk mengusik emosi para pengundi.SEBAB ITU pengundi harus hantar mesej yang betul kepada PKR terutama sekali kepada Anwar bahawa apa yang dilakukannya dengan sesuka hati mengosongkan kerusi DUN Kajang adalah satu yang tidak wajar ditangisi.

No comments:

Post a Comment