Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday 11 March 2014

CHEW MEI FUN, WAN AZIZAH BERTANDING PRK DUN KAJANG!! #PRKKAJANG #KAJANGMOVE


TEKA-teki berhubung siapa calon yang bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Kajang akhirnya terurai pada hari ini apabila pagi tadi bertempat di Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi calon dari BN-MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun serta calon PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar borang pencalonan bersama pencadang dan penyokong masing-masing.

1 lawan 1

Calon-calon memasuki dewan penamaan calon tepat jam 9.00 pagi bagi pendaftaran calon dan menunggu sehingga jam 10.00 pagi sebelum diumumkan oleh pengurus SPR. Setelah menunggu hampir setengah jam, pengurus SPR mengumumkan pertandingan PRK Kajang adalah 2 penjuru sahaja.

Calon bebas yang sebelum ini mewar-warkan untuk bertanding bagi merebut kerusi Kajang sama ada Herman Tino, Nallakarupan, mahupun Zaid Ibrahim tidak muncul di dewan penamaan.

Chew Mei Fun calon BN

Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA Malaysia bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai calon BN setelah begitu lama kepimpinan tertinggi parti mendiamkan diri untuk mengumumkan nama calon. Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini mempunyai rekod yang bersih dan sangat berintegriti apabila dengan punyai pendirian yang teguh sanggup melepaskan semua jawatannya dalam MCA termasuk Ketua Wanita MCA Selangor semata-mata mahu menunjukkan protesnya kepada Presiden MCA sebelum ini atas kesnya.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR diangkat menjadi calon PKR di Kajang setelah Anwar menarik diri daripada bertanding kerana didakwa bersalah dalam kes liwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Ini secara tidak langsung menguatkan lagi tanggapan rakyat bahawa PKR adalah parti anak beranak. Jika bukan suami, pilih isteri, jika bukan isteri akan dipilihnya anak, apa yang penting adalah PKR mesti dikuasai oleh anak beranak Anwar sahaja.

Sokongan lebih kepada calon BN

Berpaksikan kepada keadaan yang ada pada pagi tadi, kita boleh simpulkan bahawa sokongan yang diterima oleh Chew Mei Fun lebih padu jika dibandingkan dengan Wan Azizah berdasarkan jumlah kehadiran penyokong BN (10,000 orang) dengan kehadiran penyokong PKR (5,000 orang) sahaja.

Umpama ada satu protes yang dilakukan oleh parti komponen sama ada dari PAS, DAP kerana hanya sebilangan penyokong parti mereka yang hadir bagi memberi sokongan. Kemanakah mereka menghilang? Adakah mereka sudah sedar permainan Anwar yang memilih Wan Azizah sebagai calon pengganti di Kajang? 

Dan yang lebih penting bagaikan sudah ada gerakan untuk menjatuhkan Wan Azizah dan legasinya di Kajang kerana sokongan kaum Cina juga agak kurang menyerlah dan tidak rasa kehangatan berbanding PRU13 yang lalu.

Sama-sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment