Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday 18 March 2014

INFO TERKINI PELAJAR HILANG DI HUTAN KUALA KANGSAR, 2 TELAH DITEMUI

Info terkini kes kehilangan 4 pelajar SMK Vokasional Padang Rengas di Gunung Bubu, Hutan Lipur, Ulu Kenas
Hari ini, 18.3.2014 lkurang jam 9 pagi, dua pelajar daripada 4 pelajar telah dijumpai selamat.Mereka adalah Mohd Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd Fikri.
Mereka dijumpai oleh pasukan penyelamat berhampiran Sungai Gadong, di sini dalam keadaan sedikit lemah tanpa ada kecederaan serius.
Menurut Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ASP Alias Osman, dua lagi mangsa masih sedang giat dicari dan dua mangsa yang selamat telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) untuk rawatan lanjut.
Katanya, pihak polis masih lagi belum berkesempatan mendapat sebarang maklumat lanjut dari mangsa yang terselamat.
Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa memanjat rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat.

No comments:

Post a Comment