Thursday, 28 May 2015

ROKET TERLANGGAR BULAN !!!



DUA BERANAK DAP sedang meranduk air yang keruh untuk mencari peluang menjernihkannya. Mereka berdua beranak sudah tidak mampu bekerjasama dengan Abdul Hadi yang didakwa mahu bekerjasama dengan UMNO.
DUA BERANAK ini kata Abdul Hadi, jiwanya sudah tiada semangat pakatan pembangkang. Hadi mungkir janji dan mempersendakan janji-janji kepada pakatan pembangkang. Hadi cuba menghancurkan pakatan itu.
DUA BERANAK ini sedang cuba untuk menumbangkan Abdul Hadi dan ianya lebih dahsyat daripada usaha untuk menumbangkan Datuk Seri Najib. Geng Erdogan mengambil peluang untuk menjatuhkan kepemimpinan kumpulan ulama dalam pemilihan parti.
DUA BERANAK ini beranggapan dengan jatuhnya Abdul Hadi bermakna isu hukum hudud, kerjasama Pas dan UMNO akan berkubur. Kabinet DAP akan dipulihkan semula, walaupun hanya terdapat dua Ahli Parlimen Muslim dalamnya.
DUA BERANAK ini tidak seberani Abdul Hadi. Abdul Hadi amat berani dan konsisten apabila mahu memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi sebaliknya anak beranak ini hanya sekadar menyatakan bakal memutuskan hubungan dengan Hadi sahaja tetapi tidak dengan Pas.
DUA BERANAK ini kata tuduhan Abdul Hadi yang DAP mahu mentadbir negara ini secara bersendirian adalah tidak masuk akal dan sengaja mahu mencederakan parti itu. Kata dua beranak itu, DAP meliputi tiga kaum iaitu Cina, India dan Melayu, tidak seperti Pas yang semuanya Melayu sahaja.
DUA BERANAK ini berharapan Geng Erdogan akan berpindah ke Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma). Kerana kepada ‘roket dan mata biru’ terkeluarnya Pas akan putihlah mata mereka.
SEKALI lagi kita dihidangkan dengan gelagat DAP dan Pas. Kali ini ceritanya....

DUA BERANAK KAN JADI 'CINA BUTA'

Wednesday, 27 May 2015

PRESTASI PARTI BULAN PENUH YANG MALAP !!!


HAKIKATNYA, sasaran Pas adalah untuk menjadi dominan dalam pakatan pembangkang. Inilah yang diimpikan oleh Abdul Hadi dan ulama parti itu. Tapi Pas diperlekeh dalam Pakatan Rakyat dan sekadar menjadi rubber stamp oleh DAP dan PKR.
PENGHINAAN ini bermula dari Kajang sehinggalah kepada Abdul Hadi di­cerca dan dihina oleh DAP. Terbaru, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat sudah sampai ke peringkat mahu mengajar Pas bagaimana untuk melaksanakan hukum hudud. Jelaslah, pemimpin DAP itu sudah tidak mengenal lagi batas kesopanan sehingga tergamak ‘mengajar itik berenang’ di halaman orang.
Pas mesti menjadi dominan dalam PR, sama seperti UMNO dalam BN. Cuma, persepsi rakyat kala ini, Pas sekadar menjadi pengikut dalam PR. Yang ketara kini, orang Melayu masih bergantung harap kepada UMNO untuk membela dan memperjuangkan nasib mereka.
ORANG Melayu tidak yakin Pas boleh menjadi pengganti UMNO kerana yang kelihatan orang Cina lebih ketara menyokong PR. DAP tidak mahu Pas menjadi dominan dalam PR. Kerana itu me­ngapa DAP ‘groom’ orang Melayu untuk menjadi calon pilihan raya mereka, sepertimana Dyana Sofya di Parlimen Teluk Intan.



Pas tetap Pas; ia tidak akan berkongsi dengan UMNO. Kalau tidak, masakan Pas sanggup beradu kekuatan dengan UMNO di Rompin, ketika UMNO memberi ruang tidak bertanding di DUN Chempaka tempoh hari. Pas sanggup ‘menjilat ludah sendiri’ dengan pusing­an U menyokong calon PKR di Permatang Pauh walaupun semua ADUN UMNO di Kelantan telah menyokong perjuang­an hudud parti Pas.
APA yang nyata, Pas kini lebih rakus untuk mengambil alih kuasa pemerintahan negara bersama rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. Keghairahannya itu sehinggakan kita tak tahu apa sebenar yang dicari sehingga Pas kelihatan terus terkial-kial hendak menempatkan diri dalam pakatan pembangkang.
TAKUT-takut Pas sekadar digunakan untuk menolak kereta yang baterinya lemah. Selepas kereta itu hidup, Pas hanya ditinggalkan ‘memakan asap’.

SELAMAT BERSIDANG !

Tuesday, 12 May 2015

Kak Wan Kat Mana ??? Kak Wan Kat Mana ??? #PRKPermatangPauh


KAK WAN sudah jadi Ahli Par­li­men dan ADUN dalam usia 63 tahun. Beliau sendiri merupakan antara sumber perbalahan antara PKR dan DAP dengan Pas. Selain sudah ditolak oleh ulama Pas untuk mengemudi Selangor, akar umbi parti berlambang bulan penuh itu juga memboikot beliau di Permatang Pauh.
KAK WAN dengar kabar akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Itulah yang menjadi hajat besar DAP bagi mengimbangi kuasa dan pengaruh Pas. Di Per­ma­tang Pauh lalu, Pas main silap mata untuk memberi imej bahawa parti itu tetap memperjuangkan Islam.
KAK WAN adalah calon yang anti hudud dan bersekongkol dengan DAP bagi memutuskan hubungan dengan presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bagaimanakah KAK WAN mahu mengikut kata DAP dan pada masa sama hendak membalas budi Pas?
KAK WAN seperti yang di­gam­barkan sebelum ini sebagai boneka, tidak mungkin mampu melakukan yang luar biasa. Malah KAK WAN dan pakatan pembangkang tidak akan mem­bawa Malaysia ke mana-mana.
KAK WAN dan PKR semakin sinonim dengan perbuatan anarkis. Bukan sekadar ganas seperti dalam pemilihan kepimpinan mereka, tapi juga berlaku dalam pilihan raya di Permatang Pauh minggu lalu. Pilihan Raya yang disifatkan sebagai pilihan raya paling ganas.
KAK WAN telah dipilih sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Tahniah dan selamat ber­khidmat walaupun ramai bertanya berkhidmat un­tuk sia­pa!

awak-awak kat mana!


Kak Wan dah jumpa menantu baru!!!!

Kerana Daulat ... SK Tanah Liat Dilanda Banjir !!! #PRKPermatangPauh

Hari ini SK Tanah Liat, Permatang Pauh dilanda banjir. Apakah punca banjir ini? Adakah ianya berpunca dari BADI Kak Jijah atau DAULAT Black? Didepan pintu pagar sekolah inilah Black dibaling batu hingga mendapat 8 jahitan di kepala. Di depan pondok sekolah inilah darah merah Black menitis ke bumi Permatang Pauh.

Dimana Kak Jijah??? Kak Jijah buat apa selepas memenangi PRK Permatang Pauh menggantikan Abang Non??? Adakah sekarang tengah senang lenang di Bukit Segambut dan membiarkan anak-anak Permatang Pauh mengharungi banjir???

Nampaknya Permatang Pauh menerima nasib yang malang seperti di Kajang...

Kak Jijah... AWAK KAT MANA? AWAK KAT MANA?

Monday, 11 May 2015

Black Sedia Memaafkan Pembaling Batu .. Allah Masih Sayang Padaku... #PRKPermatangPauh

Alhamdulillah... black masih dapat menghirup udara yang di bumi Allah ini...


Black terima hakikat bahawa ini ujian Allah pada diri Black... Namun ini juga pengajaran bahawa selepas ini lebih berhati-hati. Namun ujian ini tidak mematahkan semangat Black untuk terus berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Black sedia memaafkan pembaling batu tersebut walaupun Black tidak mengetahui siapakah pembalingnya. Namun semoga Allah membuka hatinya agar tidak melakukan perkara seperti ini lagi di masa hadapan. Black tidak mahu membuat laporan polis bukan kerana takut, tetapi tidak mahu perkara ini berpanjangan dan Black sendiri tidak mengetahui siapakah pembaling batu itu.





BLACK MAAFKAN KAMU WAHAI PEMBALING BATU....






Wan Azizah Tak Boleh Jadi MP Permatang Pauh !!! #PRKPermatangPauh



Penentangan demi penentengan terhadap Kak Wan berlaku di Permatang Pauh.

Suara Akar Umbi KeADILan (SAUK) Mengamuk di #PRKPermatangPauh Tolak Wan Azizah !!!




Kebencian dan kecaman terhadap Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang kerana gagal melaksanakan tugas sebagai ADUN di sana. Tugas dan tanggungjawab tidak dilaksanakan dengan baik, bahkan meninggalkan Kajang dan kini mengejar Permatang Pauh. "Jangan jadi macam kami di Kajang" " Kami telah ditipu PKR.. Benarkah PKR perjuangkan Islam?"

Menurut jurucakap merangkap Presiden Suara Akar Umbi KeADILan (SAUK), Mazli Saring dan sekumpulan penduduk dari Kajang, Selangor sangggup turun ke Permatang Pauh demi menyatakan kekecewaan akar umbi parti apabila Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah gagal menyelesaikan masalah di DUN Kajang.

Mereka turun membuat bantahan secara aman supaya pengundi tidak menyokong calon PKR pada Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Bantahan dilakukan di Pusat Komersil Permatang Pauh semalam 3 Mei 2015 jam 3.00 petang.

Orang PKR dari Kajang sendiri membuat pengakuan bahawa memang Kak Wan tak buat kerja di kawasan. Mengapa harus pilih dia...






Keluar UMNO Sebab Tak Dapat Duit ??? #PRKPermatangPauh



Semalam satu cawangan UMNO di Permatang Pauh telah dibubarkan iaitu Cawangan Guar Jering Jaya. Siap umumkan di Sidang Media PKR di Yayasan Aman. Katanya tidak berpuashati kerana terbiar dan tidak terbela.

Cawangan ni telah digantung kerana gagal bersidang sejak 2013. Ahlinya yang tidak sampai 100 orang pun gagal bersidang. Informasi yang diterima dari penduduk disitu selepas sidang media tersebut, menyatakan bahawa Ketua Cawangan Guar Jering Jaya hanya mahukan wang. Persidangan tahunan pun tak buat, tapi duit nak. Siapa nak bagi.

Setahu Black, setiap cawangan yang bersidang akan diberikan yang perbelanjaan untuk jamuan.. ianya tertulis didalam penyata kewangan cawangan. Memanglah tak banyak, tapi mencukupi untuk menjalan persidangan tahunan.

Khabar angin penduduk setempat menyatakan bahawa ketua cawangan ini pernah mengugut untuk membubarkan cawangan sekiranya sejumlah wang yang agak besar jumlahnya tidak diperolehi. Namun ianya tidak dilayan oleh pucuk pimpinan bahagian dan pusat kerana ianya hanya untuk kepentingan peribadi  ketua cawangan tersebut. Nampak sangat mata duitan.

Bila duit telah menjadi tuhan dimata dan dihati, apa sahaja sanggup dilakukan termasuk mengugut individu lain demi memenuhi nafsu serakah.

Akibat Mabuk KETUM.. MP Bayan Baru Jadi Lalok....!!! #PRKPermatangPauh



Apa dah jadi dengan MP Bayan Baru, YB Sim Tze Tsin ni? Adakah beliau ini sedang mabuk? Mabuk 'KETUM' kot? sampai dalam sidang media pun cakap berpusing-pusing.

Kejap nak buat pilihanraya pada hari ahad... sekejap tak nak... sahih mabuk mamat ni....