Kebencian dan kecaman terhadap Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang kerana gagal melaksanakan tugas sebagai ADUN di sana. Tugas dan tanggungjawab tidak dilaksanakan dengan baik, bahkan meninggalkan Kajang dan kini mengejar Permatang Pauh. "Jangan jadi macam kami di Kajang" " Kami telah ditipu PKR.. Benarkah PKR perjuangkan Islam?"
Menurut jurucakap merangkap Presiden Suara Akar Umbi KeADILan
(SAUK), Mazli Saring dan sekumpulan penduduk dari Kajang, Selangor sangggup
turun ke Permatang Pauh demi menyatakan kekecewaan akar umbi parti apabila
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah gagal menyelesaikan masalah di DUN
Kajang.
Mereka turun membuat bantahan secara aman supaya pengundi
tidak menyokong calon PKR pada Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Bantahan dilakukan di Pusat Komersil Permatang Pauh semalam 3 Mei 2015 jam 3.00 petang.
Orang PKR dari Kajang sendiri membuat pengakuan bahawa memang Kak Wan tak buat kerja di kawasan. Mengapa harus pilih dia...
No comments:
Post a Comment