Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. kemudiannya telah dianugerahkan seluas 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP 1) bernilai RM305 juta oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membiayai kajian berkenaan.
Sehingga ke hari ini, tiada sebarang tanda-tanda sebarang kerja sebenar telah dijalankan. Tiada kapal penggerudi, boya, kerja-kerja di tengah laut mahupun pelantar terapung yang dapat dilihat di Gurney Drive. Masakan Kerajaan Pulau Pinang yang sangat hebat, terlalu bijaksana dan terlalu telus itu membayar Konsortium berkenaan RM350 juta hanya untuk kertas kerja?
Apabila Keranaan Negeri Pulau Pinang secara rasmi menandatangani perjanjian awal dengan Konsortium Zenith BUCG bagi menjalankan kajian kemungkinan di terowong dasar laut, pastinya yang diharapkan adalah kajian menilai kebolehlaksanaan teknikal dalam membina terowong dan portal; kesan portal ke atas penggunaan tanah bersebelahan, kemudahan pengangkutan dan bangunan, keperluan pengudaraan dan impak; konflik dengan utiliti sedia ada, analisis geoteknikal; kemungkinan terowong digunakan oleh lori-lori yang membawa muatan merbahaya; isu terowong yang berkaitan, dan kos pembinaan.
Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng seronok bermain politik sehingga membahayakan nyawa pengguna dan keselamatan awam? Bukankah tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini hanya menambahkan syak wasangka bahawa pembayaran RM305 juta dalam bentuk tanah kepada Konsortium Zenith BUCG sebenarnya satu transaksi yang cuba diselindungkan menerusi penyelewengan yang cuba dihalalkan. Sedangkan kajian yang dilakukan dan diterbitkan laporannya pula adalah palsu !!
Klik sini :~> http://bit.ly/1e4b4Q6
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment