Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday, 19 February 2014

Dr M takut Anwar jadi MB !!!!

  • Dr M 'takut' Anwar jadi MBBekas Perdana Menteri Merangkap Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF), Tun Dr Mahathir Mohamad (depan) diiringi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr Rais Yatim tiba pada majlis pelancaran 'Tun Dr Mahathir PGPE Chair for Global Peace' di UIAM Gombak di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana perjuangan Anwar hanyalah untuk menjadi perdana menteri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir dia (Anwar) tak layak (jadi Menteri Besar), dia tubuh satu parti semata-mata untuk nak tentukan dia jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

"Di mana-mana dia berjuang pun cuma untuk jadi perdana menteri, masuk dalam Umno (dulu) pun pasal nak jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir, yang juga Presiden PGPF, berkata beliau juga 'takut' rakyat Selangor tidak akan selamat jika Anwar menjadi Menteri Besar negeri itu.

"Sudah tentulah saya berasa takut sebab rakyat tidak akan selamat, kakitangan tidak akan selamat dengan kehadirannya, anda lihat apa yang berlaku kepada kakitangannya? Dia akan lebih dipengaruhi kebebasan untuk berbuat apa yang disukainya.

"Dia fikir sebagai perdana menteri, mungkin dia tidak dapat disentuh undang-undang, anda bukan tidak dapat disentuh undang-undang, jika anda melakukan perbuatan yang salah, (atau jika) anda tidak bermoral, kerajaan akan mengambil tindakan ke atas anda," katanya

seterusnya di SINI

No comments:

Post a Comment