Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday, 2 November 2013

Ustaz Kazim Lebih Langsi Dari Anwar !!!!!

Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam bagi membantu jentera kempen Pas nyata GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkanMalah purata jumlah kehadiran di setiap program yang dihadirinya hanya sekitar 100 - 300 orang sahaja.

 

Sedangkan sebelum pilihan raya umum yang laluanggaran kehadiran di setiap program ceramahnya ada kalanya mencecah ribuan orang. sekiranya kita melihat momentum yang diterima sebelum pilihan raya umum yang lalu

 

Malah mengikut penelitian yang dilakukan semalam, rata-rata yang hadir adalah merupakan orang luar dan tidak layak untuk mengundi. Sebagai contoh di PDM Dulang Besar apabila Anwar membangkitkan isu yang berkaitan penduduk tempatanialangsung tidak mendapat sambutan para hadirin.

 

Namun apabila dia menyentuh isu-isu yang berkaitan nasionalsokongan dilihat sedikit meningkat sekali gus membuktikan tidak ramai penduduk Sungai Limau yang keluar untuk mendengar cerita penglipur-lara dari Anwar.

 

Paling menarik ketika programnya di kawasan Sungai Limau Dalam, Anwar turut dimalukan oleh pengundi Cina yang enggan keluar mendengar celoteh dan temberangnya. Ini kerana program yang sepatutnya di khusus untuk orang Cina itu hanya dihadiri oleh rombongan Anwar dan mereka yang berasal dari luar kawasan.

 

Sebagai contoh mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Utusankira-kira 1,800pengundi Cina di pekan berkenaan tidak keluar untuk mendengar ceramah pembangkang yang diadakan khusus untuk menarik undi mereka.


Jika berdasarkan jadual yang diperoleh ialah pertemuan Anwar dengan kaum Cina,tetapi ceramah malam ini hanya dipenuhi oleh orang Melayu yang datang dari kampung berdekatan.

 

Terdahulu Timbalan Presiden KeadilanAzmin Ali yang berucap menyatakan rasa kecewa kerana kurangnya kehadiran kaum Cina dan menyindir kaum tersebut sebagai menyokong parti MCA yang tidak pernah menjaga kebajikan kaum berkenaan.

Lebih memalukan menunjukkan Azmin tidak faham dengan politik setempat apabila beberapa dia merujuk para pengundi di Sungai Limau terdiri daripada golongan pesawah dan nelayan sebagai golongan miskin papa kedana.

Tindakan beliau menyebabkan orang ramai terdiamseolah-olah tidak selesa dengan gambaran tidak betul yang diberikan mengenai penduduk Sungai Limau.

 

Mungkin akan ada yang cuba mengatakanmasyarakat Sungai Limau bukan dari jenisyang suka mendengar ceramahNamun kehadiran masyarakat Sungai Limau ketika ceramah Ustaz Kazim sudah cukup untuk menangkis hujah tersebut kerana berjayamenarik hampir 5,000 hadirin.

 

Kesimpulannya selepas gagal menawan Putrajayatembelang penipuan Anwar semakin jelas sehingga menyebabkan ramai yang mula meninggalkannya. Atau dalam bahasa kasar Ustaz Kazim.

No comments:

Post a Comment