Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam bagi membantu jentera kempen Pas nyata GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Malah purata jumlah kehadiran di setiap program yang dihadirinya hanya sekitar 100 - 300 orang sahaja.
Sedangkan sebelum pilihan raya umum yang lalu, anggaran kehadiran di setiap program ceramahnya ada kalanya mencecah ribuan orang. sekiranya kita melihat momentum yang diterima sebelum pilihan raya umum yang lalu
Malah mengikut penelitian yang dilakukan semalam, rata-rata yang hadir adalah merupakan orang luar dan tidak layak untuk mengundi. Sebagai contoh di PDM Dulang Besar apabila Anwar membangkitkan isu yang berkaitan penduduk tempatan, ialangsung tidak mendapat sambutan para hadirin.
Namun apabila dia menyentuh isu-isu yang berkaitan nasional, sokongan dilihat sedikit meningkat sekali gus membuktikan tidak ramai penduduk Sungai Limau yang keluar untuk mendengar cerita penglipur-lara dari Anwar.
Paling menarik ketika programnya di kawasan Sungai Limau Dalam, Anwar turut dimalukan oleh pengundi Cina yang enggan keluar mendengar celoteh dan temberangnya. Ini kerana program yang sepatutnya di khusus untuk orang Cina itu hanya dihadiri oleh rombongan Anwar dan mereka yang berasal dari luar kawasan.
Sebagai contoh mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan, kira-kira 1,800pengundi Cina di pekan berkenaan tidak keluar untuk mendengar ceramah pembangkang yang diadakan khusus untuk menarik undi mereka.
Mungkin akan ada yang cuba mengatakan, masyarakat Sungai Limau bukan dari jenisyang suka mendengar ceramah. Namun kehadiran masyarakat Sungai Limau ketika ceramah Ustaz Kazim sudah cukup untuk menangkis hujah tersebut kerana berjayamenarik hampir 5,000 hadirin.
Kesimpulannya selepas gagal menawan Putrajaya, tembelang penipuan Anwar semakin jelas sehingga menyebabkan ramai yang mula meninggalkannya. Atau dalam bahasa kasar Ustaz Kazim.
No comments:
Post a Comment