Almarhum Tan Sri Azizan selama memegang jawatan Menteri Besar Kedah telah berusahasedaya upaya dalam perjuangannya untuk menegakkan Islam yang sebenar. Ketika hayatnya,arwah cukup jelas menyatakan perbezaan antara PAS dengan Islam atau parti dengankerajaan. Beliau enggan mencampuraduk kedua-duanya tidak kira apa pun yangdihadapinya. Kerana itu beliau menghadapi cabaran yang begitu berat dalam menerajui negeriKedah.
Biarpun apa kelemahannya dalam pentadbiran, keikhlasan beliau terhadap rakyat tidak dapatdinafikan. Beliau begitu takut untuk menerima sebarang pemberian, yakni ‘hamper’ sekalipun. Malah, sering mengembalikan wang yang diberikan kepadanya oleh tauke-tauke besarmahupun tauke-tauke ‘alibaba’ yang mana menyebabkan beliau dimusuhi mereka.
Mungkin menyedari kekurangan beliau dalam ekonomi dan pentadbiran, maka beliau tidak segansilu meminta nasihat, hatta dari musuh sekali pun, demi kesejahteraan negeri. Namun, malangsekali keikhlasan dan kejujurannya menyebabkan beliau menjadi sasaran mudah para penipu danpendengki. Justeru, nama beliau diburuk-burukkan dan difitnah oleh mereka-mereka ini.
Apa yang mengejutkan ialah mereka-mereka yang memusuhi beliau ini, pada hari inimenggunakan nama beliau untuk berkempen di PRK Sungai Limau. Calon PAS, iaitu AzamSamat diwar-warkan sebagai anak didik arwah Tan Sri Azizan.
Hakikatnya, Azam Samat bukan sahaja tidak pernah rapat dengan arwah tetapi merupakan duapupu kepada orang yang paling hebat memusuhi arwah, iaitu Phahrolrazi, bekas ExcoKedah. Siapa tidak kenal Phahrolrazi yang pernah mencabar arwah secara terbuka dan memberigelaran yang begitu buruk kepada Tan Sri Azizan.
Tidak cukup dengan itu, Phahrolrazi turut memfitnah Tan Sri Azizan dan keluarga. Semuanyakerana ingin merebut projek penyelenggaraan jalanraya sejauh 2148km yang merangkumi 12daerah. Kos yang terlibat adalah RM60 juta bagi 10 tahun.
Tan Sri Azizan difitnah oleh Phahrolrazi sebagai memberi projek tersebut kepada kroni UMNOmelalui syarikat milik isterinya, To’ Puan Faekah. Kononnya projek tersebut bernilai RM600juta.
Cerita ini dicanang seluruh Kedah sehingga menyebabkan ramai yang memandang serongkepada Tan Sri Azizan.
Apa yang berlaku ialah Tan Sri Azizan ingin merancakkan aktiviti anak syarikat kerajaan negeridengan memberikan projek tersebut kepada STDC yang bernaung di bawah PKNK dalamrancangan ‘Kedah Gemilang’. Tujuan beliau adalah murni iaitu bagi menjana ekonomi negeri.
Sesuatu yang sukar untuk dipercayai oleh orang-orang politik ialah, Tan Sri Azizan tidak pernahgilakan jawatan atau wang, dan arwah langsung tidak kisah jika projek jalanraya tersebutmemakan masa 10 tahun di mana terdapat kemungkinan dalam tempoh tersebut, UMNO akanmengambil-alih kerajaan negeri.
Ini yang menyebabkan ramai pemimpin PAS tidak puas hati.
Yang paling sakit hati ialah Phahrolrazi. Phahrolrazi inginkan projek tersebut diberikan kepadasyarikat HCM Sdn Bhd. Apa yang difahamkan ialah anaknya merupakan antara pemiliksyarikat tersebut. Kegagalan beliau meyakinkan Tan Sri Azizan untuk mengikut cakapnya telahmencetuskan dendam kesumat yang begitu kuat sehingga tidak dapat dirahsiakan lagi.
Busuknya hati Phahrolrazi ini sehingga dapat dihidu oleh semua rakyat Kedah. Tidak hairanlahramai yang mengesyaki beliau turut mensihirkan Tan Sri Azizan, Wallahualam.
Fitnah ini terlalu besar dan kutukan Phahrolrazi terhadap arwah terlalu kejam. Justeru, kita tidakfaham kenapa PAS sanggup meletakkan dua pupu kepada Phahrolrazi sebagai calon penggantiTan Sri Azizan.
Sekadar mengingatkan pengundi Sungai Limau, ketepikan dulu soal parti dan lihatlah dari segifakta. Bukankah memilih Azam, umpama memilih Phahrolrazi? Di mana semangat Tan SriAzizan yang meletakkan kebenaran mengatasi parti dan agama mengatasi politik?
Ingatlah, melantik Azam sebagai wakil Sungai Limau bukan sahaja umpama menentang Tan SriAzizan, tetapi seolah-olah turut mempersenda To’ Puan Faekah dan seluruh keluarga beliau.
No comments:
Post a Comment