Di dalam kesibukan kempen pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, penulis dikejutkandengan kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad yang menyelarpenggerak media sosial di kalangan pakatan pembangkang yang dikatakan sebagaipenyebar fitnah.
Tambah menarik kenyataan tersebut dilaporkan di dalam akhbar HarakahDaily (Bil1889, 23 – 26 Zulhijah, Edisi Isnin). Menurut Idris “budaya fitnah dan pengkhabaranyang tidak betul, tidak boleh menjadi budaya walaupun dengan musuh. Apatahlagi sesama jemaah”.
Nampaknya Idris baru menyedari akan KEJAHATAN penggerak media pembangkangyang selama ini menjadi kebanggaan mereka.
“Mereka yang bersikap demikian, TIDAK LAYAK bersama dengan Pas, Apabila kitabertanya kenapa mereka memburukkan Pas melalui media sosial, jawapan mudahnya,pimpinan Pas tidak ambil perhatian teguran mereka” katanya.
Malah Anwar Ibrahim sendiri di dalam salah satu forum yang diadakan di ibu negara,turut mengakui antara faktor ‘kemenangan’ mereka dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu adalah disebabkan kerana jentera media sosial.
“Jawapan saya mudah, apa tujuan kita masuk Pas? Kita tidak boleh kecewa teguranyang tidak diambil peduli pimpinan. Pemimpin seperti ini tidak lama di dalam Pas jikadia bersikap demikian. Orang yang seperti itu ‘nafas’ tidak panjang dalam perjuangan”tegasnya.
Sekiranya diteliti ia secara tidak langsung membuktikan bahawa kelebihan yangdiperoleh oleh pembangkang dalam pilihan raya lalu adalah disebabkan penyebaranfitnah yang disebarkan oleh mereka.
Sekiranya kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Umno, pasti ada yang akanmengatakan ia sebagai cubaan untuk memburuk-burukkan pakatan pembangkang.Namun kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pimpinan parti Pas yang jelas tidak selesadengan budaya yang disebarkan oleh jentera pakatan pembangkang.
Paling menarik, Idris bukan sahaja menyelar para penggiat media sosial pakatan malahdia juga secara sinis menujukan kenyataan tersebut kepada para pimpinan pakatanagar tidak lagi mengamalkan budaya fitnah dalam berpolitik. Ini kerana beliauberpendapat mereka yang gemar dengan amalan tersebut TIDAK LAYAK untuk dudukbersama dengan parti itu.
Ini bermaksud, Idris akhirnya mula sedar bahaya fitnah yang begitu berleluasa diamalkan di dalam pakatan pembangkang. Tambahan pula budaya tersebut dilihatsudah semakin membarah, apabila ada di kalangan mereka yang sanggup berkata apasahaja demi untuk mendapatkan kuasa politik.
Malah pendekatan tipu dan fitnah di kalangan pembangkang juga, dilihat begitusemakin menjadi-jadi khususnya ketika PRK Sungai Limau ini. Sebagai contoh jenteraPas cuba memainkan sentimen Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraihundi dengan menggambarkan kononnya calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samatmerupakan anak didik bekas Menteri Besar Kedah tersebut.
Mereka mula mengedarkan pelbagai gambar antara Azizan dan Azam bagimengukuhkan persepsi tersebut. Namun apabila diselidiki semua gambar-gambartersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. Rupa-rupanya mereka menghasilkangambar-gambar ‘akrab’ tersebut melalui perisian Adobe Photoshop dan tekniksuperimpose gambar.
Tidak cukup dengan itu, mereka turut menggunakan gambar Azizan dalam risalahmengenai biodata, latar belakang dan visi Mohd. Azam yang diedarkan kepada orangramai sempena PRK ini.
Nampaknya Pas yang mendakwa sebagai pejuang Islam tidak lagi memikirkan soalhalal dan haram. Patutlah ada pimpinan di kalangan mereka yang mula tidak senangdengan perkembangan tidak sihat itu.
Kesimpulannya budaya tipu, fitnah dan adu domba sudah mula membarah di dalamparti itu.
No comments:
Post a Comment