Sajak Salam Kemerdekaan Buat bonda !!!!
Bonda !!!!
Dalam meniti hari-hari kehidupan ini,
Hari demi hari penuh cabaran
Saban tahuntanggal keramat 31 Ogos
Pasti datang, Datang mu di sambut berulang
Datang mu pasti gemilang
Dalam sedu tangis dan ketawa
56 sudah usia tanah air bonda merdeka
Disana sini, tercipta segala indah
Jalur Gemilang kibar mu penuh gagah
Bonda!!!!
Dalam keredupan dan kedamaian hari ini
Masih ada anak-anak bonda lupa
Erti sebuah kemerdekaan,
Jalur Gemilang milik bonda
tidak lagi di kibar penuh bangga
Hadirnya tidak seindah dulu
hadirnya di pandang sepi
Kerana anak-anak bonda
Sedang leka menikmati juadah
KEMERDEKAAN
Bonda !!!!
Apakah masih mereka ingat
Suatu waktu dahulu
Belantara bonda penuh gelora
Darah-darah merah tumpah
Wira-wira semangat kental
Berjiwa api jatuh rebah
Demi tanah bonda dari
Pertualang durjana.
Memisah kasih seorang ibu tua
Dari anak yang tercinta
Meragut sayang, cinta,
seorang isteri yang setia
Hilang sudah belaian seorang
Ayah buat anak yang di manja.
Segalanya adalah untuk
Sebuah KEMERDEKAAN
Buat tanah air bonda yang berdaulat.
Bonda !!!!
Apakah mereka lupa kisah kelmarin
Di Bukit Candu, Bukit Kepong menjadi sejarah.
Apakah mereka lupa cerita semalam
di Kampung Tanduo Lahat Datu menjadi saksi..
Wira.. wira gugur rebah kaku
Kerana kedaulatan bumi bonda.
Ayuh bangun!!!! Bangun lah anak-anak bonda
Hindarlah sebarang sengkrta
Pertahankan lah tanah bonda
Yang berdaulat ini dari pengkhianat
Durjana walau nyawa jadi taruhan
Buat wira-wira yang gugur rebah
Semadilah !!!!
Semadilah dibawah rimbunan
Dan keharuman kemboja
Kami iringi doa dan Al - Fatihah
"SALAM KEMERDEKAAN BUAT MU BONDA"
Hasil nukilan
Pw1 (B) Haji Azri Jaafar
Tongkat Waren 1
merangkap
Pegawai Khas YAB ADUN Pangkor
sajak yang hebat...
ReplyDelete