Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday, 17 December 2012

Penyokong Anti Lynas Bodoh Tak Sudah-Sudah

Banyak blog dan media pro PR yang tidak tahu hujung pangkal cerita sedang memainkan kisah seorang warga tua keturunan Cina, Tuw Yin Lan, 71 dan dua rakannya yang ditahan oleh pihak polis di Pejabat Menteri Besar Pahang semalam.

Tuw Yin Lan yang merupakan peserta berjalan kaki anti Lynas sebenarnya ditahan mengikut Kanun Keseksaan Seksyen 186 dan 189 kerana kerana menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas serta cuba mendatangkan kecederaan.

Tua atau muda seseorang itu bukan alasan yang kukuh untuk membiarkan kesalahannya apatah lagi bila Yin Lan dengan reaksi marah tiba-tiba menyerbu dan melakukan kekasaran termasuk cuba memukul MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Alasan dangkal lagi terserlah kebodohannya dari Ketua publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung kononnya wanita itu dan rakannya datang bertemu MB Pahang itu sekadar untuk meminta Adnan memohon maaf hanyalah satu pembohongan untuk menutup keterlanjuran mereka sahaja.

Nak minta orang lain memohon maaf tidak perlu pun melakukan kekasaran, alasan rendah IQ lagi menampakkan kebodohan sendiri sahaja.

Lagipun pihak polis tidak sebodoh itu untuk sengaja menahan seseorang individu hanya disebabkan individu tersebut datang menuntut maaf secara sopan dan beradat tanpa melakukan kekasaran.

Pun begitu alasan, alasan dan dolak dalik bodoh sebegitu bukannya pertama kali dilakukan oleh kumpulan anti Lynas.

Pada November 2012 yang lalu, selepas Mahkamah Tinggi Kuantan membuat ketetapan muktamad memberi kebenaran kepada kilang pemprosesan bahan nadir bumi, Lynas untuk beroperasi secara sah, kumpulan anti Lynas yang disertai Yin Lan ini juga ada melakukan satu lagi tindakan serba bodoh.

Mereka dengan sengaja telah mengambil tindakan yang menghina mahkamah apabila meneruskan bantahan terhadap Lynas diikuti dengan menganjurkan acara berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebagai protes terhadap kilang nadir bumi itu.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan selaku manusia yang waras, sepatutnya keputusan Mahkamah Tinggi itu diterima baik oleh semua pihak dan tidak ada sebab lagi untuk mempertikaikannya sekalipun atas alasan politik propaganda.

Namun bagi segelintir rakyat negara ini yang terpengaruh dengan propaganda jahat pakatan pembangkang, seakan sudah menjadi tabie mereka untuk menolak proses timbang tara dan keadilan bila mana sesuatu keputusan kes itu tidak mengikut kehendak mereka.

Menghina mahkamah satu hal, di masa yang sama sambil mereka berjalan di bawa pula bersama pelbagai alatan dan gadget elektronik yang komponen dalamannya diperbuat daripada bahan nadir bumi.

Gah memprotes kilang pemprosesan nadir bumi tapi tidak pula kekok dan takut berhubung dengan rakan-rakan dan mengemaskini aktiviti protes mereka menggunakan smartphone, Galaxy tab dan pelbagai gadget lain. Bodoh satu ditambah satu lagi hipokrit.

Tak cukup dengan itu, mereka cuba pula memperdaya pandangan khalayak kononnya aktiviti berjalan kaki 300 kilometer itu langsung tidak memerlukan sebarang kenderaan.

Padahal kereta dan kenderaan 4x4 digunakan untuk mengangkut mereka dan hanya menurunkan semula peserta berjalan kaki itu bila tiba di kawasan dan jalan yang kelihatan ramai orang sahaja, kemudian video dan gambar dirakamkan untuk membuktikan konon kumpulan protes itu benar-benar berjalan kaki.

Entah sampai bila kumpulan anti Lynas yang tidak sedar diri ini mahu tenggelam dalam halusinasi mereka sendiri, tak sudah-sudah berkelakuan bodoh dan cuba memperbodohkan orang ramai.

No comments:

Post a Comment