Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday, 10 December 2012

Budaya Samseng Sinonim Dengan Pembangkang

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu kekecohan yang berlaku di Gombak menyifatkan kejadian tersebut sebagai bukti adanya pihak yang akan menimbulkan kekecohan sekiranya PRU 13 dimenangi oleh Pakatan Rakyat(PR).

Maksud Nik Aziz, sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 maka pihak lawan seperti UMNO dan BN akan menimbulkan huru hara.

Nampak sangat Menteri Besar Kelantan itu tidak memahami hujung pangkal isu yang timbul di Gombak semasa siri Jelajah Merdeka Rakyat yang disertai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beberapa malam lepas.

Jika Nik Aziz yang terkenal dengan gelaran Mulut Berus itu tahu bahawa punca kekalutan dimulakan oleh puak penyokong PR yang membaling batu, botol air dan lain-lain objek keras ke arah penyokong UMNO dan orang ramai, tentunya dia akan malu sendiri dengan kenyataan gopohnya itu.

Seandainya Nik Aziz tahu kedatangan Anwar dibantah oleh ramai penduduk tempatan kerana majlis anjuran PKR itu diadakan berhampiran kediaman mereka pastinya Nik Aziz tidak berani buka mulut mempertahankan budaya samseng yang dirintis oleh gerombolan penyangak PR.

Namun kita faham, salah satu kelebihan utama Nik Aziz terletak pada keupayaan lidahnya yang pandai memutar belitkan cerita dan memusingkan fakta supaya yang jahat dari PR dapat ditukar supaya kelihatan baik manakala kebaikan dari UMNO pula digambarkan sebagai buruk dan jahat.

Hakikatnya sejarah tidak boleh dibohongi, sudah terlampau banyak peristiwa genting dan kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam seringkali dimulakan oleh penyangak-penyangkak dari pembangkang.

Lihat sajalah kejadian di Memali, Baling yang pernah kecoh suatu ketika dulu. Disebabkan sikap taksub penyokong PAS berpegang pada hasutan pemimpinnya, mereka sanggup melancarkan kempen keganasan dengan menentang pihak berkuasa konon atas alasan untuk menegakkan negara Islam ala PAS.

Berbulan-bulan sebelum itu telah berlaku peristiwa tragis Lubuk Merbau yang menyaksikan keganasan penyokong-penyokong PAS yang datang dari luar kawasan atas nama Pemuda Jihad dengan bersenjatakan berpuluh bilah parang sengaja memulakan kekecohan sehingga akhirnya beberapa nyawa melayang.

Sebetulnya, baik ketika UMNO dan BN menang mahupun ketika tewas di Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor ataupun Perak tidak timbul pun sebarang isu huru hara, keganasan atau kekecohan.

Orang UMNO dan majoriti rakyat jarang sangat terjerut dengan emosi menggila, jauh berbeza dengan tingkah laku liar yang sudah sinonim dengan penyokong pembangkang.

Yang meroyan sakan termasuklah baring atas jalan sewaktu kejatuhan Kerajaan DAP PAS di Perak bukannya orang UMNO, tapi orang PAS yang akalnya terencat. Yang sibuk menghasut penyokong berhimpun di tengah bandaraya KL bukannya penyokong BN tapi penyokong PKR, DAP dan PKR.

Hatta yang memulakan kekecohan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk setempat semasa pilihanraya kecil di Bagan Pinang kemudian berlakon cedera parah ditetak dengan pedang samurai pun bukan penyokong BN sebaliknya adalah penyokong PR.

Namun seperti mana biasa, bila kekecohan berlaku dan ada yang cedera atau jiwa melayang, maka pihak PAS akan segera menuding jari mengatakan semua itu salah UMNO atau Kerajaan. Tak cukup dengan tipu daya itu, diusung pula penyokong atau ahlinya yang terlibat dalam sesuatu kejadian untuk berceramah sambil mengutip derma untuk poket parti dan pemimpin.

Itu tabie semulajadi pembangkang khususnya PAS yang sudah sinonim dengan budaya samseng dan ganas. Lantaran itu Nik Aziz sewajarnya mencerminkan diri dahulu sebelum membuat andaian buruk pada pihak lain.

Biasa-biasakan diri melihat kain kapan sendiri yang sudah sekian lama koyak sebelum sibuk nak mempertikaikan kain orang lain.

No comments:

Post a Comment