Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday 6 May 2012

Siti Zailah Dan Muslimut PAS “Menaruh Hati” Pada Azmin?

zailah-utusan2
Saya ketawa sinis apabila menerima khabar mengenai tindakan Dewan “Muslimut” PAS Kelantan yang membakar akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan menyebarkan berita lucah dan fitnah berhubung penyiara beberapa gambar aksi panas seorang lelaki mirip Azmin Ali baru-baru ini.
Diketuai oleh Ketua “Muslimut” parti itu, Siti Zailah Mohd Yusof, mereka membakar beberapa naskhah akhbar Utusan itu sejurus selepas selesai Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan ke-39, di negeri mundur pimpinan Nik Aziz itu.
Melihat perangai “muslimut” PAS tersebut, maka saya teringat mengenai tindakan para penduduk Putrajaya melalui beberapa NGO yang mengoyak akhbar lidah rasmi PAS, Harakah, pada awal April lalu.
Marah benar puak-puak PAS apabila mendapat tahu mengenai akhbar “suci” mereka yang dikoyak rakyat. Sebagaimana biasa, PAS menyalahkan UMNO atas tindakan mengoyak bahan bacaan “zikir” mereka itu meskipun sangat jelas ia dilakukan oleh NGO-NGO.
Malah mereka mendakwa tindakan mengoyak Harakah itu menunjukkan bahawa UMNO sudah terdesak dan takut pada mereka. Padahal, Harakah dikoyak rakyat kerana menyebarkan berita yang memanipulasi dan menghasut rakyat serta terbukti berkali-kali “kantoi” berbohong!
Misalnya mengenai isu “Imam baling kasut” yang dikatakan Harakah telah mengIslamkan beberapa banduan di dalam penjara. Padahal, laporan itu tidak benar dan dinafikan oleh Jabatan Penjara! Banyak lagi cerita-cerita bohong yang ditulis di Harakah…
Berbalik kepada kisah Utusan Malaysia dibakar “muslimut” PAS, Zailah membakar akhbar itu kerana menyiarkan berita lucah dan fitnah yang dikaitkan dengan Azmin. Persoalannya, apakah Utusan menuduh lelaki di dalam gambar-gambar panas itu adalah benar-benar Azmin?
“Terbaru kes Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan terbabit dalam kes seks telah menyiarkan gambar lucah palsu untuk memburukkan imej Azmin dan PKR,” itu kata Zailah.
Hakikatnya, Utusan hanya melaporkan tentang gambar-gambar seorang lelaki yang dikatakan mirip Timbalan Presiden PKR itu sahaja. Tiada satu ayat pun di dalam akhbar berkenaan yang menuduh bahawa lelaki itu adalah Azmin.
Kemudian, Utusan menyiarkan gambar-gambar aksi lelaki tersebut bagi menyokong laporan mengenai aksi panas lelaki itu bersama seorang wanita di dalam tandas. Tidak ada satu pun fakta yang menyatakan Utusan menuduh lelaki itu sebagai Azmin. Hanya mirip.
“Muslimut” dan penganut “agama” PAS tahu erti perkataan “mirip”?
Zailah marah pada Utusan kerana menyiarkan gambar-gambar panas itu. Persoalannya, apakah wajar untuk berita tersebut dipadankan dengan gambar Nik Aziz? Sedangkan, laporan itu menyatakan bahawa lelaki itu adalah mirip Azmin dan bukan Mursyidul Am PAS!
Jika Zailah dan “muslimut”nya mahu gambar Nik Aziz atau Hadi Awang disiarkan di muka hadapan Utusan, rasanya mereka perlu memberikan gambar-gambar aksi “panas” lelaki yang mirip kedua pemimpin tertinggi PAS itu kepada Utusan. InsyaAllah akan disiarkan di muka hadapa akhbar tersebut.
Janganlah marah bila isu lelaki mirip Azmin itu disiarkan di Utusan. Nak buat macamana? Zailah dan “muslimut” PAS perlu akur dan akui bahawa para pemimpin pembangkang memang tertarik kepada kelucahan melampau dan Presiden “agama” PAS membenarkan aib pemimpin disebarkan kepada rakyat.
Lainlah kalau Siti Zailah atau ada di kalangan “muslimut” PAS yang menaruh hati pada Azmin. Kalau ada yang menaruh hati pada suami Shamsidar itu, tidak hairanlah mengapa mereka marah Azmin dikaitkan dengan gambar-gambar panas itu sehingga bertindak membakar Utusan!
Anwar memang terkenal dengan tabiatnya yang tertarik kepada seksual luar tabii. Perempuan seperti Zailah atau “muslimut, lelaki atau anak teruna orang, habis “dikebas”nya. Dan tidak hairanlah anak didiknya juga punya tabiat yang sama. Tapi bagi kes ini, mungkin Azmin tidak terlibat, cuma “lelaki miripnya” sahaja…
Justeru, untuk pengetahuan Zailah dan “muslimut” PAS, tindakan membakar Utusan tersebut tidak sama sekali menjejaskan penjualan Utusan atau penyebaran maklumat tepar dan benar kepada rakyat negara ini.
Saya mendapat tahu bahawa hasil tindakan Zailah dan “muslimut” itu, Utusan terpaksa melipatkan gandakan cetakan akhbarnya untuk menampung permintaan rakyat yang semakin yakin dengan laporan-laporannya.
Lagipun, tindakan Zailah dan “muslimut” itu juga telah membantu kumpulan Utusan menaikkan jumlah penjualan akhbar itu. Beberapa ratus ribu dicetak untuk pembaca yang kian meningkat dan beberapa puluh ribu dicetak untuk menjadi “bahan bakar” Zailah dan “muslimut” PAS.
Bagaimanapun, sekalung terima kasih diucapkan kepada Zailah dan “muslimut” PAS kerana memberi publisiti percuma kepada Utusan dan saya percaya bahawa tindakan bodoh itu membuktikan bahawa PAS semakin terdesak menghadapi kebenaran, khususnya apabila pembohongan Harakah kian terbongkar!

No comments:

Post a Comment