Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday, 22 April 2015

RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI !!! #PRKPermatangPauh



ANWAR dan KIT SIANG pernah menjadi orang tersohor, dan rambut mereka masa itu masih lagi hitam berkilat, namun kedutan di muka tidak lagi boleh disembunyikan. Bancian menunjukkan mereka berdua tidak lagi menjadi kegemaran ramai. Ada yang menganggap kedua-duanya menjadi penghalang kepada putaran bumi ini. Anwar dan Kit Siang pada masa ini boleh dianggap sebagai pahlawan hebat yang telah lesu dan mengah.
PEMIMPIN ini pernah memegang jawatan Setiausaha dan Ketum, iaitu jawatan yang paling berkuasa dalam parti mereka. Malangnya dalam tempoh berkenaan parti berkenaan meronta-ronta, sekejap tenggelam dan sekejap timbul. Terdapat ramai bijak pandai dalam parti tetapi mereka mengambil keputusan untuk berundur kerana tidak sehaluan. Jangan asyik menuding jari menuduh orang lain tidak mahu berundur.
KERANA polemik hudud! Ia telah menyebabkan Parti Keadilan Rakyat berpe­cah, UMNO memberi sokongan, parti yang tidak berjenama enggan mengambil tahu. DAP dan parti-parti yang memperjuangkan nasib orang Cina membantahnya. Meskipun bantahan dibuat, hudud telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.
SEMASA PRU 2008 dan 2013, Pas mengabaikan hukum hudud ini buat sementara dan menukarnya kepada negara berkebajikan. Mungkin pada masa itu pengaruh Anwar terlalu kuat? Dan Arwah Nik Aziz terlalu menjaga hati rakan politiknya DAP.
IBARAT barang palsu atau tiruan yang tidak akan bertahan lama, begitulah pakatan pembangkang. Sandiwara politik antara mereka kini semakin sampai ke penghujungnya. Kepura-puraan dalam menjalin kerjasama sudah tidak dapat lagi dilindungi oleh retorik dan hipokrasi politik.

TIDUR  tidak SEBANTAL!

No comments:

Post a Comment