BODOH dan bagang sungguh hujah pemimpin-pemimpin PKR;
apabila mereka membandingkan senario Selangor dengan Kedah dan Pulau Pinang.
Kata mereka, kalau Pas mempunyai kuasa mutlak ke atas kerusi MB Kedah manakala
DAP untuk kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, maka PKR pula mempunyai hak yang
sama untuk MB Selangor.
SOALNYA, berapa kerusi (DUN) Selangor yang dikuasai oleh PKR
pada pilihan raya umum lalu? Adakah Teori matematik penyamun Nujum Pak Belalang
digunakan sehingga tanpa rasa malu dengan hanya menguasai 14 kerusi berbanding
Pas dan DAP masing-masing 15 kerusi, PKR boleh mendakwa mereka mempunyai kuasa
mutlak ke atas kerusi MB Selangor? Sekarang dah tolak satu kerusi PKR!
DI KEDAH, Pas pada 2008 memperolehi kerusi terbanyak, begitu
juga di Pulau Pinang, DAP menguasai kerusi majoriti, maka layaklah mereka
mempunyai kuasa mutlak bagi jawatan MB dan Ketua Menteri; seperti mana di
Kelantan. Tetapi di Selangor, Pas paling layak bukan PKR. Tetapi tiada apa yang
perlu dihairankan kerana pemimpin-pemimpin PKR sememangnya pakar dalam memutar
belit fakta dan sering mengamalkan politik imaginasi.
MEREKA boleh terpekik terlolong menyatakan mereka menang
Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendapat undi lebih banyak (undi popular)
daripada Barisan Nasional (BN). Pada 2008 mereka berkhayal siang dan malam
untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September melalui pintu belakang.
No comments:
Post a Comment