Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday, 11 June 2014

Mungkin Imam Masjiddil Haram, Mekah juga terkejut dengan berita ini ???


Jangan kata Imam Masjiddil Haram Dr Abdul Rahman Abdul Aziz... Malah kalau diceritakan pada orang lain pun sudah pasti diorang akan terkejut jugak. Apa yang berlaku memang satu berita yang cukup menggemparkan.

Selama ini, PAS selalu mendabik dada kononnya hanya diorang je pejuang Islam yang memperjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud di Malaysia ni. 

Tapi bila UMNO secara terbuka buat cadangan agar isu tersebut juga turut dibangkitkan di Selangor, mula diorang jadi tak tentu arah dan panas punggung.

Dari laporan yang didedahkan, PAS Selangor mula menjadi resah seolah - olah mereka rasa terancam bila UMNO bawak usul Hudud di sidang Dewan Undangan Negeri.

Sampai tahap Pesuruhjaya PAS yang juga merupakan Exco Rejim Pakatan Selangor turut menjadi terpinga - pinga bila perkara tersebut dibangkitkan.

Sebelum ini turut dilaporkan ADUN Sungai Air Tawar yang mewakili UMNO menggesa Rejim Pakatan Selangor mengkaji keberangkalian perlaksanaan Hukum Hudud.

Dek kerana terkesima dengan cadangan yang diutarakan oleh UMNO dan tak tau nak jawab macam mana, maka Si Pesuruhjaya PAS tu mula mempertikaikan usul yang dibuat.

Dia mula mempersoalkan keikhlasan UMNO yang mahu membangkitkan isu tersebut dalam sidang DUN nanti. Kenapa perlaksanaan mengenainya tidak dibuat sebelum ini?
 “Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?

“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” katanya.
Nah!!! Nampak gayanya Si Pesuruhjaya PAS Selangor ni pun dah tak tau nak jawab apa dah sampai tahap dia pulak yang mempersoalkan keikhlasan orang lain.


Yang diorang menjadikan isu Hudud tu sebagai bahan Politik sejak 60 tahun tak nak pulak dia persoalkan? Kenapa dia tak jawab tuduhan yang dibuat oleh DAPigs sebelum ini?


Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh menyatakan bahawa PAS hanya mahu melaksanakan Hudud demi untuk meraih sokongan orang Melayu.



Dakwaan itu membuktikan bahawa PAS juga tidak ikhlas untuk memperjuangkan Hukum Islam tu. Tetapi hanya sekadar mempergunakannya untuk kepentingan Politik semata - mata. Bukannya diorang nak menegakkan Hudud tu sangat pun!!!

No comments:

Post a Comment