Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday, 11 May 2014

Selamat Ulangtahun UMNO Ke 68

Tarikh keramat ini amat bermakna pada Black. Walaupun Black belum lahir lagi 68 tahun lalu, namun ianya amat bererti dan sentiasa dalam ingatan.
Hari ini genaplah umur UMNO 68 tahun. Namun hakikatnya UMNO terus berkhidmat untuk masyarakat di Malaysia dan Melayu khasnya. Walaupun sudah 68 tahun, namun khidmat UMNO masih diperlukan dalam pentadbiran negara demi keamanan dan kesejahteraan seluruh masyarakat Malaysia.
UMNO sentiasa dihati.
Black amat berbangga telah dilahirkan didalam keluarga UMNO. Ibu Black pernah menjadi Ketua Wanita UMNO suatu ketika dahulu iaitu kira-kira 34 tahun yang lalu. Waktu itu Black hanya anak kecil yang tidak tahu apa itu UMNO. Kini, Black akan terus berjuang bersama UMNO demi meneruskan perjuangan datuk, nenek dan ibubapa Black suatu ketika dahulu.
Terima kasih IBU kerana telah mendidik Black dan terus memperjuangkan kedaulatan negara walaupun ibu kini telah mencecah umur 70an. Namun semangat UMNO tidak pernah luntur dari jiwanya.
Emak dan Ayah Black adalah pengundi di Parlimen Teluk Intan yang bakal menghadapi Pilihanraya kecil.
Al fatihah kepada arwah datuk dan nenek kerana menjadi pejuang kemerdekaan ketika menuntut kemerdekaan dahulu. Al fatihah juga kepada semua muslimin dan muslimat yang telah sama-sama berjuang demi AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN UMNO KE 68..

No comments:

Post a Comment