Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday, 21 March 2014

#PRKKajang : Mahkamah Dunia & Keadilan Dwaumilimahshar !



Di Kajang, Keadilan hanya untuk pembangkang. Jika apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka, maka ia akan dituduh sebagai konspirasi, kezaliman dan kejahatan. Bagaimana pula keadilan untuk insan kecil seperti Saiful? Bila dicabar, supaya melakukan sumpah laknat atau muhabalah, Anwar berdolak-dalik. Dan apabila mahkamah membuat keputusan, terima sahajalah sisi undang-undang itu. Fitnah
dijadikan mainan politik, mereka ini lupa bahawa akhirnya Allah yang menentukan segala-galanya.Yang hak pasti berdiri dan yang batil pasti jatuh.
Meskipun khalayak tidak tahu apa yang kita lakukan tetapi Allah Maha Menge­tahui segala-galanya. Dunia ini adalah terlalu singkat buat kita hidup. Tetapi yaumil akhirah adalah panjang dan ia kekal. Di dunia kita boleh bersilat lidah, tetapi di depan Allah nanti anggota badan akan menjadi saksi. Lidah itu sendiri tidak akan berbohong dan jawapannya adalah terang dan nyata. Mereka yang yakin akan kuasa Allah, azab Allah adalah terlalu pedih buat kita. Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang untuk kita. Kepada Pengundi Melayu Kajang, yang seramai 19,000 orang. Pada Ahad ini, hak memilih ditangan anda. Lakukan lah yang terbaik untuk negara dan agama kita..

No comments:

Post a Comment