Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday, 9 April 2013

Kisah Bang Nuar Dan Kak Jijah ... sungguh trajis..

Kisah kali ini mengenai seorang jejaka bernama Nuar dan seorang perempuan bernamaJijah...


Aku sarankan korang baca sampai habis sebab ada hikmah disebaliknya....



Bermulalah kisah......

Bangga Nuar dapat jadi raja sehari.



Sudah lama Nuar menyimpan perasaan hendak memperisterikan Jijah, seorang gadis setamannya yang bertudung dan bermata ayu.



Di intai-intai dari jauh, memang nampak keanggunan Jijah, seorang lulusan Universiti.



Nuar pun apa kurangnya, sudah berjaya dalam perniagaannya, kini bergelar seorang usahawan muda berjaya.



Keluarga mereka berdua sangat-sangat gembira kerana dapatlah disatukan dua buah keluarga yang sudah kenal lama.



Akrab tak ubah seperti saudara sendiri.



Duduklah Nuar dan Jijah di atas pelamin dengan muka malu-malu, sambil dikipas oleh pengapit kedua-dua mempelai.

Majlis tamat, khemah pun sudah diturunkan, saudara mara pun sudah ramai yang beredar pulang.



Mungkin akibat penat, Nuar pun memohon diri untuk mandi lalu terus masuk ke kamar tidur terlebih dahulu.



Bapa Jijah hanya tersenyum melihat telatah si Nuar, dalam hatinya, "bagus menantu aku ni, dah la hensem, sopan santun pulak tu."

Nuar lalu ke dapur, membisikkan sesuatu kepada isterinya.



Mak si Jijah hanya tergelak-gelak dalam hati, "sudahlah tu Jijah, takyah lah dibasuh pinggan tu lagi. Dah lewat dah ni.. Kau ni pun, hari ni kau takyah buat kerja rumah la."

Nuar pun masuk ke bilik diikuti Jijah.



"Abang pegi mandi dulu, lepas tu Jijah pulak," kata Jijah sedikit menggeletar.



"Orait ! Jangan lari tau.." kata Nuar dengan nada mengada-ngada.



Nuar masuk mandi sementara Jijah duduk memerhatikan hantaran-hantaran yang tersusun.

Nuar selesai mandi, Jijah bangun pula masuk ke bilik air.



Nuar dapat mendengar bunyi curahan air dari bilik mandi, membuatkan dirinya sedikit ghairah.



"Untung aku dapat isteri camni.. hihihi.." fikir Nuar.



Lalu Nuar teringat kembali hubungan-hubungan lalu yang telah berkecai.



Sudah beberapa kali dia bercinta tapi semua putus begitu saja.



Ah Mei, GRO China, Shamsidar, isteri orang dan sebelum Jijah, dia bercinta dengan seorang pekerja di pejabatnya.



Nuar masih ingat bagaimana marahnya mereka bila dia ingin memutuskan hubungan, semata-mata kerana Nuar masih belum mahu berkahwin.

"Pedulikkan semua itu... yang penting, aku dah rasa diorang.." fikir Nuar.

"Untung aku dapat Jijah ni... betul la cakap member-member aku, nak kawin carik yang baik, pakai tudung."



Jijah tidak pernah disentuhi langsung oleh Nuar, kerana pada dia Jijah calon isterinya, jadi perlu dijaga sebaik mungkin.



Berbaloi pengorbanan Nuar selama hampir setahun menunggu balasannya malam itu, seorang gadis dara sunti.

Jijah keluar dari bilik air dengan memakai robe mandi.



Nuar terus berimaginasi memikirkan apa yang terkandung di balik robe itu.



"Abang.." bisik Jijah manja.



"Ye, Jijah ?" tanya Nuar.

"Tak mau gopoh-gopoh ye... saya takut sakit," pesan Jijah sambil memakai sedikit pewangi mahal yang baru dibelikan Nuar.



Nuar makin ghairah.



Di depan matanya seorang dara sunti yang sudah pun halal disentuhinya.



Nuar terus memeluk Jijah dari belakang.



Hangat nafas Nuar dirasai pada leher Jijah.

Pada beberapa saat itu, sentuhan nafas Nuar dirasakan sangat panas pada leher Jijah.



Sepanas nafas teman lelaki pertamanya, Mat Sabun.



Hangat nafas Nuar tapi tidak seghairah kehangatan nafas Mat Sabun, lelaki pertama yang menyentuhnya.



Dakapan tangan Nuar, tidak segagah pelukan Mat Sabun.



Jijah rasa sedikit kecewa, campur gementar mungkin kerana pada dirinya, Mat Sabun sempurna, memang tercipta untuk dirinya.



Tiada lelaki lain yang mampu membuatkan dirinya lupakan Mat Sabun mahupun suaminya sendiri.

Nuar lalu melucutkan baju t shirt yang dipakainya.



Jijah sedikit tergamam, kaget kerana didepannya ada seorang lelaki bergelar suami yang sudah bersedia menerkam tubuhnya.



Tapi, bayangan Mat Sabun tidak mampu hilang.



Mat Sabun tidak pernah melukai hatinya.



Mat Sabun hilang kerana desakan keluarga Jijah, alasan mereka, Mat Sabun kerja merata-rata, berceramah siang malam, semua kerja dibuatnya, jadi ekonomi dan masa depan tidak terjamin.

Nuar mencium Jijah membuatkan air mata Jijah mula mengalir.



"Kenapa sayang?"



Mahu saja Jijah lari, kerana takut dengan igauan masa lalu.



Sedih, takut bercampur dengan perasaan bersalah.

"Takde... Jijah takut.. tak tau macam mana rasa..," terpaksa dibohongi Nuar.



"Abang pun.. tak tau macam mana ni...," Nuar pun turut sama berbohong.

"Mari, baring sini sebelah saya.." pinta Nuar menarik tangan Jijah.



"Bertuah aku dapat bini macam ni punya suci !" fikir Nuar sangat-sangat gembira.



Imbasan Mat Sabun tidak pernah hilang dari igauan Jijah walaupun Nuar sudah duduk diatasnya.



Kerana Mat Sabun yang pertama dan yang paling istimewa pada hatinya, dirinya sudah jadi kepunyaan Mat Sabun satu masa dahulu.

"Jijah takut, Jijah sedih..," bisik Jijah, makin kuat aliran air mata nya.



"Takpe.. kita try-try dulu eh, kita pun baru nak belajar camne ni," kata Nuar.

Lalu bermulalah adegan malam pertama Nuar dan Jijah.



Kalau diikutkan jumlah sebenar, itu merupakan malam ke 12 Jijah dan malam, siang, senja dan subuh yang keberapa ratus kali untuk Nuar.



Yang penting, malam itu, malam pertama antara Nuar dan Jijah.

Morale of the story : Bukan semua lelaki yang berserban besar bakul itu sebenarnya baik dan bukan semua perempuan yang pakai tudung itu sebenarnya suci !!!

No comments:

Post a Comment