PUTRAJAYA:
Dua pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) menyokong penuh kenyataan
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah tentang hukum haram bagi umat
Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan
negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Malah sesetengah
berpandangan, umat Islam juga ditegah menyokong mana-mana pihak yang
menjalinkan kerjasama dengan DAP kerana ianya itu akan turut membawa
kemenangan kepada parti itu pada pilihan raya umum.
Pendapat itu
dikongsi Setiausaha Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia, Norsammudin Abd
Kadir yang menyifatkan wajib bagi umat Islam di negara ini menolak
parti dominasi Cina itu menjelang pilihan raya umum akan datang kerana
dilihat menolak hukum Islam secara terbuka.
"Bagi pendapat saya
bahawa memang sepatutnya kita menolak DAP kerana DAP telah menolak hukum
Islam (tubuh negara Islam dan laksana hukum hudud) secara
terang-terangan.
"Saya menganggap perkara ini benar bahawa kita kena
menolak DAP. Pertama kita kena tahu DAP menolak perpaduan secara
terang-terang tentang hak orang Melayu itu sendiri," jelasnya kepada
pemberita.
Ditanya mengenai pendakwah dan ulama terlibat dengan parti
politik di negara ini, beliau menegaskan tidak bersetuju mereka
terlibat secara langsung dalam politik.
"Sebenarnya saya tidak
bersetuju ulama masuk dalam politik kerana dalam Islam itu sendiri dah
ada politik dan Islam itu sendiri dah tercipta politik, jadi saya rasa
para ulama boleh menasihati pemimpin mereka, itu pendapat saya,"
ujarnya.
Difahamkan, Pengasas Pondok Geting itu berkata, agenda
perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN)
yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa
kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
"Perjuangan
DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan
bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam
dalam PAS, Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari
jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya," memetik
laporan muka hadapan Utusan Malaysia semalam.
Sementara itu, Ahli
Jawatankuasa Pertubuhan Barisan 33 Malaysia, Ahmad Azmani Hisham
menganggap kenyataan pengasas tersebut seolah-olah membongkarkan pekung
didada PAS yang sebelum ini pernah mengeluarkan fatwa menyokong Umno
adalah haram kerana bersekongkol dengan bukan Islam.
"Sebenarnya
benda ini sudah lama PAS sendiri sudah mengeluarkan fatwa bahawa haram
bersekongkol dengan bukan Islam, mengapa hukum itu hanya kepada Umno
sahaja tidak kepada PAS.
"Jadi saya amat bersetuju dengan apa
yang yang dikatakan oleh pengasas pondok kerana ini adalah benda yang
benar dan Allah S.W.T telah balikkan semula kepada mereka," katanya
secara sinis.
Ditanya mengenai penglibatan ulama dan pendakwah
dalam parti politik, menurutnya, ia merupakan perkara biasa kerana sejak
dahulu lagi ulama telah berkecimpung dalam politik sejak dahulu lagi.
"Ulama
ini pun saya rasa dah lama berkecimpung dalam politik seperti yang kita
tahu dan sedia maklum asas kepada politik sendiri pada tahun 1920-an
diasaskan oleh ulama "dagang Islam" kemudian seterusnya "hibus muslimin"
dan berterusan kepada Umno.
"Jadi saya rasa itu bukanlah satu
masalah kerana dalam Umno sendiri kita pernah ada sayap ulama dan
Insyallah kita akan menubuhkan semula sayap ulama dalam Umno,
Insyallah," tegasnya.
No comments:
Post a Comment