Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday, 10 June 2012

Jual Tanah Bukti PR Serius Sediakan Pendidikan Percuma?

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun menyatakan kesanggupan kerajaan negeri mencairkan aset milik UNISEL bagi mengatasi kesan pembekuan sementara pinjaman oleh PTPTN.
Jika ia menjadi kenyataan, tidak syak lagi inilah satu-satunya bukti penting polisi pendidikan percuma anjuran PR mudah untuk dilaksanakan. Agaknyalah.
Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Tahun ini jual tanah 500 ekar, tahun depan jual pula bangunan UNISEL - semuanya demi untuk realisasikan pendidikan percuma, tak begitu?
Sebetulnya, sejak isu pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL yang mewarnai suasana politik negara kita kini, ternampak jelas riuh rendah janji menyediakan pendidikan percuma seperti diwar-warkan oleh PR hanyalah retorik sahaja.
Baru cuma beberapa ketika PTPTN membekukan permohonan pinjaman, reaksi pemimpin pembangkang sudah sama seperti cacing yang kepanasan.
Dulu PTPTN dibenci kini PTPTN dirindui seolah macam gila talak. Tika inilah baru masing-masing bercakap soal kebajikan dan betapa pentingnya PTPTN untuk pelajar.
Malah kenyataan terbuka Khalid Ibrahim itu yang mahu menjual tanah milik UNISEL sebenarnya telah membongkar realiti dan wajah sebenar pemimpin pembangkang yang tiada perancangan teliti untuk setiap janji yang mereka kemukakan kepada rakyat.
Mereka bercakap secara semberono, tanpa fikir panjang dan semuanya dilakukan atas sifat untuk popular dan menarik perhatian semata-mata.
Jika dalam isu PTPTN, mereka berura-ura untuk menjual tanah manakala dalam kes Yayasan Selangor sudah terbukti ada tanah tergadai kepada para kroni atas alasan tidak menguntungkan, agaknya selepas ini apa lagi yang mahu di jual dan di gadai?
Jual aset, jual tanah dan gadai harta benda dah macam satu trademark PR bila berhadapan dengan sesuatu masalah atau dugaan. Sinonim betul.
Harapnya ia tak jadi budaya, takut nanti ada pula yang jadikannya panduan dalam menyelesaikan kemelut ekonomi rumahtangga dengan menggadai kehormatan bini sendiri atas alasan untuk kebajikan anak-anak. Parah nanti.

No comments:

Post a Comment