Kenyataan Nik Aziz yang bertentangan dengan ajaran Islam di bawah ini dipetik daripada Youtube yang menyiarkan rakaman temuramah beliau . Dalam temuramah itu, Nik Aziz mengangap demonstrasi sama dengan ibadah solat 5 waktu, solat hari raya dan perhimpunan semasa ibadah haji di Tanah Suci.
Menurut Nik Aziz, "Demonstrasi tabiat manusia, orang Islam diajar berdemonstrasi setiap hari 5 kali. Solat jemaah itu demonstrasi, setiap orang kampung yang solat Jumaat pada setiap minggu di masjid juga demonstrasi, setahun sekali orang Islam datang berdemonstrasi di Tanah Suci Mekah, ini hak manusia. Zaman Rasulullah s.a.w, terjadi demontrasi kecil-kecilan. Isteri-isteri Rasulullah s.a.w demonstrasi sesama mereka meminta belanja lebih, mereka jumpa Rasulullah s.a.w., akhirnya dinasihat oleh Allah, samada mereka nak pilih Rasulullah s.a.w. atau nak pilih hidup senang, akhirnya isteri Rasulullah tak jadi demonstrasi. Demonstrasi ini hak manusiatak boleh disekat. Kalau tak nak jadi demonstrasi jangan lakukan sesuatu bercanggah dengan kehendak rakyat."
Pendapat Nik Aziz di atas, beliau menganggap orang yang melakukan demonstrasi, menjerit-jerit di jalan sepertimana yang dilakukan oleh Bersih 2.0 lalu yang turut disertai oleh Presiden PAS sama dengan orang melakukan solat, solat Jumaat dan mengerjakan haji di Mekah. Pada hal solat solat dan mengerjakan haji itu adalah ibadah untuk tujuan mengabdikan diri pada Allah.
Sedangkan DEMONSTRASI sebenarnya yang terjadi adalah suatu perhimpunan untuk mengadakan PROTES . Memprotes sesuatu yang tidak disenangi. Sedangkan solat dan haji bertujuan untuk beribadah dan bukan bertujuan MEMPROTES Allah akan hal-hal yang kita tidak senangi dengan perintah Allah, tetapi menzahirkan ta'abbud kepada Nya.
Sebenarnya, fatwa yang membolehkan demontrasi itudiambil dari fatwa Abdul Rahman Khaliq, pengasas Yayasan Ehya' al-Turos, orang Mesir yang pernah belajar dan berkelulusan Universiti Madina dan PERNAH DIHALAU dari Madinah kerana beberapa salahlaku dan sikapnya yang kontroversi dengan ajaran Islam. Beliau adalah orang yang mengeluarkan fatwa boleh berdemonstrasi dengan memperdalilkan kepada perintah bersolat jemaah, solat Jumaat dan perhimpunan di Padang Arafah.
Mengikut sejarah, Rasulullah s.a.w. tidak pernah berdemonstrasi dan tidak pernahmemerintah para sahabat berdemonstrasi. Isteri-isteri Rasulullah s.a.w. tidak pernah cuba untuk berdemonstrasi sepertimana bentuk demonstrasi yang dilakukan oleh Bersih yang diketuai oleh Ambiga, Anwar Ibrahim dan sekutunya.
Macam biasa la, "Hamba Syaitan" nik azis ni akan ckp "sembahyang tu demostrasi", kepala hotak "hamba syaitan" ni dah cium bau taik palat ambiga kot sampai cakap mcm tu.
ReplyDeleteSelama ni dia buat demostrasi pakai sereban, pakai janggut, baca bahasa2 arab cikit..padankan org2 PAS dah jadi Bendul, sampai sembahyang org2 PAS selama ni hanyalah demostrasi...mgkn niat sembahyang depa " Sahaja aku sembahyang demostrasi 4 rakkat nak tunjuk2 pada org"