Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 21 May 2012

UMNO, PAS kena bincang segera demi negara

2012/05/21

  MUHYIDDIN   beramah mesra dengan pasangan pengantin, Mohd Nazri Husain   dan Nusaibah     sambil diperhatikan bapa pengantin perempuan, Nasharuddin    (kiri)   pada majlis perkahwinan anaknya di Rumah Kelab Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam.
MUHYIDDIN beramah mesra dengan pasangan pengantin, Mohd Nazri Husain dan Nusaibah sambil diperhatikan bapa pengantin perempuan, Nasharuddin (kiri) pada majlis perkahwinan anaknya di Rumah Kelab Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam.
BANGI: UMNO dan PAS sebagai parti Melayu dan Islam terbesar di negara ini perlu segera mengadakan muzakarah demi kepentingan negara, kata bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Katanya, kedua-dua parti itu juga perlu mengetepikan kepentingan politik masing-masing, sebaliknya duduk semeja bagi menghuraikan perkara yang menjadi polemik demi kepentingan negara dan agama.
“Pemimpin tertinggi UMNO dan PAS perlu berlapang dada dan mengambil peluang ini untuk mengadakan muzakarah memandangkan ia mendapat persetujuan Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS).
(Muzakarah) ini sudah banyak kali tertangguh, saya harap kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) membuka ruang untuk muzakarah mengambil tempat walaupun syarat dikemukakan Tok Guru payah untuk diterima UMNO. - Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS
“PAS dan UMNO sebagai parti Melayu dan Islam perlu mengurangkan politiking dan mengadakan muzakarah, bukan saja untuk orang Melayu dan agama Islam, tetapi untuk negara secara keseluruhannya.

“(Muzakarah) ini sudah banyak kali tertangguh, saya harap kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) membuka ruang untuk muzakarah mengambil tempat walaupun syarat dikemukakan Tok Guru payah untuk diterima UMNO,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan anak sulungnya di Bandar Bukit Mahkota di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Nasharuddin yakin sekiranya pemimpin utama kedua-dua parti ini bersemuka bagi merungkaikan segala permasalahan mereka, ia akan dapat memperkukuhkan perpaduan serta kekuatan Islam di negara ini.

SUMBER

No comments:

Post a Comment