Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday, 30 May 2012

Nizar vs Sultan Johor

PADA ketika artikel ini ditulis, penulis suka nak memaklumkan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin yang mula mempolitik isu ini melalui twitternya sejak malam tadi telah tampil dengan penjelasan – UMNO sengaja membesar-besarkan isu tersebut.

‘Penjelasan’ ini diberikan setelah anakanda Sultan Johor, Tengku Ismail sendiri tampil menangkis tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat yang mencecah harga sebanyak RM 520,000 – yang juga merupakan rekod dalam sebarang bidaan nombor plat di negara ini.

Seperti biasalah, bila Pakatan Rakyat ada masalah, UMNO akan dijadikan kambing hitam.  Ini bukan masalah besar yang nak dipeningkan sangat.

Soal duit rakyat atau tidak itu bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga.  Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain yang dikhaskan untuk baginda.

Malah sebelum ini pun baginda adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29 tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010.  Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah jawatan rasmi dan bergaji.

Semua inilah yang melayakkan baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.

Nizar cuba membangkitkan sentiment kebencian di kalangan rakyat, kononnya DYMM Sultan Johor ini menghabiskan duit rakyat.  Ini memang sikapnya yang sudah banyak termakan budi dengan DAP yang diketahui ‘membenci’ sistem beraja dan sering mencari jalan untuk menghapuskannya.  Benci dalam erti kata pendapatan yang diterima, tapi kerana hanya orang melayu sahaja yang boleh menduduki jawatan tersebut.

DAP, seperti mana parti induknya PAP di Singapore, lebih suka kalau orang bukan melayu juga berpeluang untuk menjadi ketua negara, disamping ketua kerajaan (Perdana Menteri), yang sedang menjadi topik perbincangan hangat di laman-laman sosial sekarang.

Yang Nizar tidak nampak ialah wang sebanyak RM 520,000 itu dibayar semula oleh Tuanku Sultan kepada rakyat – kalau benarlah tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat tersebut, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menguruskan bidaan tersebut adalah sebuah jabatan kerajaan.

Kalau difikir-fikirkan, DYMM Sultan Johor tidak perlu turut serta pun dalam bidaan tersebut, baginda boleh sahaja menggunakan pengaruhnya untuk meminta kerajaan menyerahkan nombor tersebut kepadanya.  Tapi baginda bukan seorang yang begitu, baginda tetap turut serta dalam bidaan tersebut bagi mengelak prasangka yang lebih buruk di kalangan rakyat, terutama dikalangan ahli perniagaan kaya yang turut mengintai peluang untuk menggunakan nombor plat yang mempunyai tarikan tersendiri itu.

Isu ini sebenarnya bukan isu politik pun, tapi kerana sudah namanya Nizar, dia akan cuba juga memastikan ia dipolitikkan, dengan dia sendiri sebagai pemulanya.  Yang penting kepada Nizar ialah komen-komen lain yang menyusul selepas isu ini menjadi sensasi.  Itu yang sebenarnya dimahukan Nizar sebagai balasan kepada DAP yang meletakkannya sebagai Menteri Besar Perak (walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi di DUN Perak).

No comments:

Post a Comment