Itu adalah hujah yang diberikan oleh para penyokong Pakatan Rakyat apabila perhimpunan UMNO yang membabitkan lebih 100,000 orang malam tadi, berlangsung secara aman tanpa mendatangkan sebarang kerosakan pada harta awam mahupun mengganggu urusniaga orang ramai.
Kesukaran untuk mereka menerima bahawa BERSIH 3.0 yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat sebagai satu demonstrasi ganas dan sebenarnya bermotifkan rusuhan, terbukti apabila perhimpunan aman ahli-ahli UMNO di Bukit Jalil semalam langsung tidak menimbulkan sebarang masalah meskipun jumlah penyertaannya jauh lebih besar.
Daripada dua perhimpunan; satu berhimpun di jalan raya dan satu lagi berhimpun di dalam stadium, ternyata perhimpunan di dalam stadium dan kawasan tertutup lebih efektif, aman dan damai.
Justeru, gelagat dan hujah puak-puak Pakatan Rakyat, ,sebenarnya sekadar menggelakkan diri mereka sendiri memandangkan BERSIH 3.0 telah ditentang oleh majoriti rakyat Malaysia. Malahan sebelum perarakan dan demonstrasi jalanan dilakukan di jalan-jalan utama di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, telah disarankan kepada mereka agar perhimpunan dilakukan di stadium.
Bagaimanapun, saranan tersebut ditolak dan diperlecehkan. Kononnya kalau di stadium, orang tak ramai dan kurang thrill. Kononnya kalau dibuat di kawasan tertutup, maka tak nampaklah kekuatan Pakatan Rakyat.
Apabila jumlah yang hadir dalam BERSIH 3.0 tidak sampai pun 10% daripada sasaran iaitu 500,000 orang, mulalah nak buat rusuhan dan rusuhan tersebut ingin dipanjangkan sehingga 1 Mei.
Mujur polis cepat bertindak. Itu pun setelah beberapa orang anggota polis dicederakan dan diparahkan, termasuklah kenderaan polis diserang dan dirosakkan!
Perhimpunan besar UMNO malam tadi telah membuktikan yang Pakatan Rakyat sememangnya sebuah pakatan politik yang ganas dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai matlamat mereka menguasai negara.
Disebabkan perhimpunan UMNO semalam berjalan dengan lancar, maka disalahkan pula kononnya polis tidak melemparkan gas pemedih mata, membuatkan perhimpunan tersebut aman. Yang tidak disebut ialah, tiada seorang pun daripada peserta-peserta himpunan yang sangat ramai itu, memulakan rusuhan, menyerang polis, malah mereka mengikut segala arahan dengan baik.
Kalau dah dasar hati perut Pakatan Rakyat, orang lain semua salah, mereka sahaja yang betul!
No comments:
Post a Comment