Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday, 18 September 2014

#PengkalanKubor : PAS Rampas Kerusi Anwar ??? #PRKPengkalanKubor #PrkDR



Kerusi Pengkalan Kubor sebelum ini milik PKR yang diberikan semula pada PAS, Sepatutnya pakatan rakyat mencalonkan Anuar Ibrahim sebagai calon N01 Pengkalan Kubor. Sekiranya menang Anuar boleh menjadi MB Kelantan dan selangkah lagi untuk ke Putrajaya.

Tiada bezanya menjadi MB Selangor atau Kelantan kerana keduanya negeri di bawah PR. Mengapa Anwar tidak mahu bertanding di sini? Sedangkan semua orang tahu kerusi ini adalah milik PKR. Maklumat yang diterima bahawa di Pengkalan Kubor PKR mempunyai keahlian seramai 5736 orang. Benar atau tidak, tidak dapat dipastikan. Sekiranya benar sudah pasti Anwar mempunyai pengikut dan jentera yang ramai di DUN Pengkalan Kubor ini. Ianya pasti tidak dapat ditandingi oleh PAS.

#PengkalanKubor : Ketandusan Isu, PAS Mula Tabur Fitnah !!! #PRKPengkalanKubor #PrkDR

PAS di Pengkalan Kubor nampaknya sudah mati akal. Sudahlah calon sendiri ditikam dan dicantas oleh kalangan PAS tempatan kerana beberapa skandal dan penyelewengannya sepanjang menjadi Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat, beberapa kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan merancang, menyedia dan menyiapkan prasarana untuk rakyat di Pengkalan Kubor, mula disebut-sebut.

Taktik PAS mengalihkan perkara sebenar dengan menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak menyediakan banyak kemudahan dan keperluan di Pengkalan Kubor serta Kelantan, sudah mula memakan diri sendiri ekoran sudah ramai yang mempersoalkan kuasa Kerajaan Negeri dengan kuasa Kerajaan Pusat dalam pembangunan negeri.

Disebabkan isu pembangunan dan royalti minyak kurang mantap, PAS mula menjadikan kehidupan peribadi calon BN, Mat Razi Mat Ail sebagai sasaran.

Dan seperti biasa, skandal seks menjadi umpan yang paling sedap untuk mengalihkan sokongan.

Kononnya, PAS berjaya menjejaki seorang wanita yang pernah belajar di salah sebuah sekolah di Geting dalam kawasan Pengkalan Kubor, yang pernah menjalin hubungan asmara dan seks dengan Mat Razi.

Kononnya juga, hubungan sulit itu berlaku sewaktu Mat Razi menjadi guru di sekolah berkenaan. Oleh kerana hubungan sulit itulah, isteri Mat Razi tidak keluar berkempen membantu suaminya sebagai calon kerana bimbang, akan ada pengundi yang bertanya dan dia tidak boleh menjawab.

PAS pernah menggunakan taktik yang sama dalam PRK Permatang Pasir pada tahun 2009 ke atas calon BN, Rohaizat Othman. Rohaizat yang sedang mendapat sokongan besar, tiba-tiba didedahkan mempunyai seorang isteri yang dikahwini secara rahsia demi menutup pengetahuan isteri pertama.

seterusnya

#PengkalanKubor : Akibat Pulut, Santan Binasa ... #PRKPengkalanKubor #PrkDR

Sungguh memalukan apabila ada pemimpin politik di PRK Pengkalan Kubor didakwa menggunakan taktik fitnah untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional dan kerajaan Persekutuan.

Akibat keceluparan mulut ahli politik itu, laporan polis telah dibuat ke atas beliau!

Sila baca :

Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung satu ceramahnya yang didakwa berbaur hasutan.

Ketua Pergerakan itu Akbar Salim berkata ceramah tersebut disampaikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Ahad lepas.

Menurut Akhbar ceramah Mohd Nasaruddin itu di Kampung Simpangan mempunyai unsur fitnah apabila mendakwa kononnya kerajaan pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kerana kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla.

Kenyataan itu disifatkan amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dikalangan umat Islam dan kebencian rakyat terhadap kerajaan Persekutuan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor.

Mohd Nasaruddin adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan ACP Dahlan Mohd Noor mengesahkan ada menerima laporan tersebut. mSTAR

Di bawah adalah video kenyataan ahli politik PAS itu :



Jika benarlah ianya fitnah, kita tentu tidak menjangka seorang yang nampak warak berpakaian jubah seperti lebai ini sanggup melakukan sedemikian.

Ianya juga menjatuhkan imej Islam dan sangat memalukan.


Tidak sangka parti PAS sanggup menabur fitnah untuk menarik undi rakyat di Pengkalan Kubor. Bagi kita, tindakan terdesak mereka itu dilakukan kerana rakyat Pengkalan Kubor lebih tertarik dan akan memilih calon BN.

#pengkalanKubor : Mat Razi Tidak Pinta Di Panggil 'Ustaz' #PRKPengkalanKubor #PrkDR





Wednesday, 17 September 2014

#PengkalanKubor : PAS Tidak Mengharapkan Kerusi Pengkalan Kubor !!! PrkDR



Black turut menghadiri beberapa ceramah PAS di Pengkalan Kubor ini. Calon Pas dalam setiap kali dalam ucapan beliau meminta tolong dari pengundi agar memberi undi kepada beliau. Beliau amat mengharapkan agar diberi peluang menjadi wakil rakyat atau dalam bahasa tempatan 'Tok Wokil'.

Tetapi bagaimana pula kenyataan dari EXCO Kerajaan Negeri iaitu YB Nasharuddin Mat Daud ADUN Meranti menyatakan PAS tidak mengharapkan kerusi tersebut. Ini bukan Black yang kata... Dia kata sendiri dalam petikan video diatas. Calon nak kerusi tetapi EXCO kata lain.

Lidah Bercabang macam biawak...

#PengkalanKubor : Pokok Tumbang Akibat Dari Ribut, Adakah Ini Salah UMNO??? #PrkPengkalanKubor #PrkDr

Kejadian ribut petang ini menyebabkan dua bwtang pokok besar tumbang diatas jalan di jalan ke Pengkalan Kubor. Iaitu jalan berhampiran dengan Bomba Pengkalan Kubor.
Pokok tumbang ini juga PAS akan gunakan dan menyalahkan UMNO. Itu kebiasaan bagi puak ni. Selagi ada tragedi di Malaysia dan seluruh dunia akan dikatakan berpunca dari UMNO.
Terima kasih kepada pihak keselamatan iaitu bomba dan polis mengawal lalulintas dan pembersihan yang dilakukan. Khidmat anda amat dihargai.

#PengkalanKubor : Mutamar Pemuda PAS Suhaizan KP DPP Ajar Orang Menipu!!! #PrkDR #PRKPengkalanKubor

Shuhaizan merupa salah sseorang yang berpengaruh dalam PAS. Yang menghairan Black, beliau mengajar anak buah agar terus menipu. 5 kawasan tidak layak menghantar perwakilan tetapi dibenarkan masuk melalui 'pintu belakang'. Hairan sungguh Black tengok orang macam ini.
PAS kononnya diketuai  atau dipimpin oleh golongan yang kuat agama dan sudah pasti tidak pandai menipu. Apa yang terjadi dalam mutamar ini adalah WAJAH SEBENAR pemimpin PAS. Ini adalah hasil didikan dari Mat Sabu yang menyokong dan mendukung Anwar Ibrahim yang lebih dikenali ANWARINAS.
Siapa tidak kenal dan tidak tahu tentang pembohongan yang sering diutarakan olehnya. Seluruh Malaysia tahu tentang penipuan Anwar yang konon akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September tujuh tahun yang lalu.
Tapi apa kurangnya dengan puak PAS ini. Di negeri Kelantan, Husam pernah berjanji akan melaksanakan keretapi laju dengan kelajuan yang amat maksimum dengan tempoh 1 jam boleh sampai ke Kuala Lumpur. Mengapa sampai sekarang masih tiada lagi perkhidmatan yang dinyatakan? Bagaimana dengan Stadium yang kononnya akan dibina menggantikan Stadium Sultan Mahmud V? Adakah hanya untuk meraih undi ?
Black pasti dan yakin pengundi Pengkalan Kubor tidak bodoh untuk menerima janji manis dari puak penipu ini. Penipuan yang dilakukan adalah cukup nyata dan terang-terangan.
Wahai Pengundi Pengkalan Kubor... fikir dulu sebelum memangkah undi nanti. Adakah masih mahu terus ditipu oleh puak Anwarinas atau inginkan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh arwah Dato' Ruzaidi?