Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday, 23 October 2013

Nik Aziz boikot calon PAS Sg Limau???? @ZambryAbdKadir


 

Seperti ada yang tidak kenasuasana kempen pilihan raya kecil Sungai Limau tidakberjalan seperti kebiasaannya. Ini kerana sejak semalam, Pas telah mula menurunkanjentera kempennya dan memasang bendera dan poster di kawasan-kawasan yangdianggap strategik untuk menarik perhatian pengundi.

 

Namun sehingga ke pagi initiada satu pun gambar mahupun poster Mursyidul Am Pas,Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan di sepanjang kawasan Sungai Limau. Tidak sepertikempen pilihanraya sebelum inijentera Pas sentiasa menjadikan Nik Aziz sebagaiumpan untuk memancing pengundi.

 

Contohnya poster yang paling popular, Nik Aziz Menangis yang sering dijaja bagimenagih simpati pengundi. Tidak cukup dengan itu, DAP yang terkenal dengan sikapanti-Islam dan chauvinist, turut menggunakan Nik Aziz sebagai model pilihan raya.

 

Inilah pendekatan pembangkang yang dinamakan matlamat menghalalkan cara.Pada mereka di dalam politik tidak ada istilah haram yang mutlak kerana jika haramsekalipun ia boleh dihalalkan dengan mengubah packaging(bungkusan), jenama ataulabel. Untuk lebih meyakinkan ditampal dengan label halal walaupun kandungannyaharam.

 

Mereka yang menentang Islam pun boleh memakai sarungkulit atau jersi parti Islamjanji menang pilihan rayaapabila beroleh kuasa kelak golongan inilah yang akanmeratah Islam sehingga ke tulang belulang.

 

Berbalik kepada isu tadi, yang paling menarikada pihak di dalam kem pembangkangmengatakan ini adalah merupakan satu konspirasi terancang antara Naib Presiden Pas,Mahfuz Omar dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob untukmenyingkirkan Nik Aziz.

 

Ini kerana mereka dikatakan mula tidak selesa dengan pendekatan Nik Aziz yangsering campur tangan dalam urusan parti dan kerajaan. Malah walaupun tidak lagimenjawat jawatan MB, Nik Aziz dikatakan masih cukup berkuasa berbanding AhmadYakob. Atas sebab itusatu gerakan terpaksa dilakukan untuk mengubah keadaantersebut.

 

Paling memeranjatkan Nik Aziz juga dikatakan tidak beberapa bersetuju dengan calonyang diturunkan untuk mewakili parti itu di dalam PRK kali ini. Ini kerana calon yangdiketengahkan bukan dari kumpulan ulamak dan yang paling penting dia dikatakan turutmenganuti fahaman sesat Syiah.

 

Sebagai tanda protesNik Aziz dikatakan enggan hadir di sepanjang tempohberkempen ini sebagai salah cara untuk beliau menzahirkan rasa tidak puas ataskerakusan mereka mengejar kuasa.

 

Malah tindakan Pas Jerai untuk tidak menggunakan gambar poster Nik Aziz, jugadikatakan sebagai tindak balas atas sikap yang ditunjukkan oleh mantan MB Kelantanitu. Tidak cukup dengan itumereka juga dikatakan mula menyebarkan ceritakononnyamantan MB Kelantan itu sedang berada dalam keadaan yang uzur dan nazak.

 

Mereka turut mengatakan Nik Aziz juga sudah mula dipakaikan pampers’ bagimenunjukkan kononnya Nik Aziz sedang benar-benar uzurNampaknya gayanya,semakin hari politik Pas semakin kotor dan menjijikkan.

 

Tahniah kepada puak Endorgan Pas, ANDA SEMUA TELAH BERJAYA MENJADIKAN PAS SEBUAH PARTI YANG LIBERAL SEPERTI FAHAMAN KOMUNIS.

PRK Sungai Limau : Bukti Kebongkakan Dinasti Lim


 

Penduduk Sungai Limau, Kedah bakal memilih ADUN baru selepas 18 tahun berada di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.  Kawasan yang telah menjadi sinonim dengan Tan Sri Azizan itu pastinya menghadapi sedikit rasa kekok untuk diwakili oleh orang lain apatah lagi apabila beliau baru sahaja ‘pergi’.  Tan Sri Azizan seolah-olah telah sebati dengan rakyat kawasan ini dan tentunya sukar dicari ganti. 

 

Walaubagaimanapun, undang-undang telah menetapkan bahawa wakil yang pergi perlu diganti.  Pada 4 November ini, pengundi Sungai Limau akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN iaitu bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, dengan calon PAS iaitu Ketua Pemuda Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah PASTI.

 

DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar.  Daripada jumlah itu, 25,323 orang atau 93 peratus ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.

 

Berdasarkan sejarah PAS yang konservatif  hatta ekstrem, kedudukan Sungai Limau sebagai kubu kuat PAS mengukuhkan ‘sifat’ keMelayuannya.  Ini kerana PAS suatu ketika dahulu menentang keras orang-orang kafir .  Tetapi itu adalah kisah silam. 

 

PAS era ini adalah sebuah parti yang berpendirian separa liberal kerana menerima perjuangan DAP yang menentang kedudukan rasmi agama Islam.  PAS juga menerima pendirian PKR yang bebas mentafsir semula atau menolak hukum hakam agama Islam mengikut nafsu pemimpinnya. 

 

Pendirian liberal ini diambil oleh PAS atas dasar sepakat dalam usaha untuk berkuasa. 

 

Oleh itu, PAS tidak jemu-jemu berkorban dengan menyerahkan segala-galanya termasuk maruah dan harga diri bagi menambat hati pengundi India dan Cina.  Isu Kalimah Allah juga menyaksikan bagaimana PAS berdolak dalih dan berpecah belah semata-mata kerana kepimpinan tertinggi PAS cukup bimbang kalau-kalau hati orang-orang Kristian/Cina/DAP terguris. 

 

Namun, malang bagi PAS kerana DAP tidak sanggup berkorban walaupun sebesar zarah untuk menjaga hati orang-orang Islam.  Ketiadaan pemimpin DAP ketika penamaan calon di Sungai Limau membuktikan keangkuhan parti itu yang enggan membantu PAS semata-mata ia adalah kawasan majoriti Melayu. 

 

Lagipun, DAP tentunya ingin mengelak dari terpaksa berhadapan dengan isu Kalimah Allah yang sedang hangat kini.  Bagi DAP, biarkan sahaja sibodoh dari PAS yang menjawab kepada rakyat Sungai Limau tentang kedegilan mereka untuk menggunakan Kalimah Allah dalam risalah Kristian.  DAP tidak perlu masuk campur dalam apa jua strategi atau penipuan PAS dalam usaha untuk meraih sokongan Melayu.

 

Mungkin bagi DAP, 1,842 pengundi Cina di Sungai Limau tidak membawa apa-apa makna atas kemenangan atau kekalahan PAS.  Justeru, mereka wajar diabaikan saja. 

 

DAP juga mungkin merasa ‘cuak’ kalau-kalau aura Ustaz Azizan masih terlalu kuat di kawasan itu.  Ini kerana Allahyarham cukup terkenal dengan ketegasan apabila berhadapan dengan DAP.  Pendek kata, Ustaz Azizan cukup arif akan permainan jahat DAP yang ingin menindas orang-orang Melayu dan tidak mustahil arwah telah menerapkan maklumat itu di kalangan masyarakat Sungai Limau. 

 

Sebelum ini, kita ada mendengar bahawa DAP telah mempersiapkan Christopher Howard Lim untuk memperdaya pengundi Sungai Limau.  Christopher telah dilantik khas dalam keadaan yang penuh kontroversi sebagai Pengerusi DAP Kedah tanpa menghiraukan Pengerusi lama yang dilantik secara demokrasi. 

 

Christopher yang memakai nama Melayu iaitu Zairil dan berbinkan bapa tirinya Khir Johari, dicanang DAP sebagai Melayu semata-mata untuk mengaburi mata orang-orang Melayu.  Dan Sungai Limau dilihat sebagai satu pentas yang paling sesuai untuk menguji kemampuan Christopher berlakon dan menipu.  

 

Namun, dengan kehadiran jentera siber BN yang bersedia dengan maklumat lengkap mengenai Christopher pastinya membuatkan DAP berfikir dua kali.  Justeru, sehingga kini, Christopher belum lagi dilihat di mana-mana di Sungai Limau.  Sekiranya beliau muncul, maka jentera BN juga telah bersedia untuk mendedahkan DNA Cinanya kepada penduduk Sungai Limau yang mana akan menggandakan risiko bagi PAS. 

 

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa DAP tidak pernah berjuang kerana rakyat tetapi hanya berjuang untuk merampas kuasa untuk kaum Cina dengan diterajui oleh Dinasti Lim.  Sekiranya jumlah kaum Cina di kawasan itu terlalu kecil dan tidak mampu menjadi tapak untuk berkuasa, maka DAP akan mengabaikan saja mereka.

 

Jika PAS sanggup ke hulu ke hilir membantu DAP tiap kali pilihanraya kecil atau besar, DAP pula tidak akan membodohkan diri berbuat yang sama untuk PAS. 

 

DAP tidak akan menyusahkan diri semata-mata untuk meraih undi Melayu kerana DAP terlalu benci dengan orang-orang Melayu.   Apa perlu DAP bersusah payah berkempen di kawasan majoriti Melayu jika PAS boleh melakukannya bagi pihak mereka?  Biarkan PAS yang mengutip derma untuk kawasan Melayu kerana DAP tidak akan sama sekali membantu. 

 

Tetapi, jika PAS menang, DAP juga menang.  Itulah hakikatnya yang pengundi Sungai Limau perlu cernakan sebelum 4 November ini. 

Sunday, 13 October 2013

Tahniah kepada barisan Pemuda UMNO Lumut 2013-2016 @ZambryAbdKadir

Alhamdulillah segala Puji Kepada Allah. Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Lumut berjalan lancar pada 12/10/13 . Tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Lumut Sdr Mohd Shahril Yahya kerana berjaya mengekalkan jawatan dan tahniah juga kepada sahabat saya Sdr Mohd Ithnain Mohd Yusuf kerana memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Lumut. Walaupun saya tewas dalam pemilihan ini.. saya amat berbangga dengan sokongan yang diberikan oleh perwakilan dengan memberi undi kepada saya. Kekalahan ini bukan bererti saya tidak lagi berjuang... tetapi ianya menjadi semangat kepada saya untuk terus berjuang... Tahniah kepada semua barisan AJK yang baru... Amanah yang diberikan wajib dilaksanakan. Ikatan tali persaudaraan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Lumut harus diteruskan... 

TAHNIAH SEKALI LAGI SEMUA dan Tahniah juga kepada semua perwakilan ....

Tuesday, 8 October 2013

Mengapa perkara ini boleh terjadi????? @ZambryAbdKadir @MPManjung

Nampak gayanya golongan pelampau ini semakin menjadi-jadi. Di mana kuasa pentadbir kerajaan tempatan? Black hairan mengapa pihak berkuasa tempatan membenarkan tulisan selain dalam bahasa Melayu. Di Selangor...Kerajaan Selangor ingin menghapuskan tulisan jawi... Sedangkan di Sitiawan terdapat nama jalan dalam bahasa Cina.... Adakah ini yang diperjuangkan Melayu ??? Kalau di Kg Koh ini boleh guna tulisan Cina... Mengapa kawasan Melayu tidak ditulis tulisan Jawi?? 
Mari bersama Black mempertahankan hak Melayu....

Friday, 27 September 2013

PilihanRaya Kecil (PRK) Pertama selepas PRU 13 ( DUN Sungai Limau) @NajibRazak #MM4VP

Selepas PRU 13 ini adalah PRK pertama. Tapi tarikhnya belum diumumkan oleh SPR... Kerusi DUN Sungai Limau telah kekosongan kerana penyandangnya Dato' Seri Azizan mantan Menteri Besar Kedah telah meninggal dunia. Berikutan itu kerusi ini akan dipertandingkan semula. PAS pasti akan meletakkan calon terbaiknya dan akan dicabar oleh BN. 
Pasti pertarungan dijangka sengit. Dato' Paduka Mukhriz Mahathir pasti akan menyediakan jentera yang cukup. Ini merupakan cabaran pertama sebagai Menteri Besar dan Calon Naib Presiden Umno.

Anak-anak ini perlukan perhatian... @ZambryAbdKadir

Anak-anak kecil ini telah kehilangan ibubapa. Mereka adalah adalah anak yatim dari Rumah Amal Haruman Kasih. Black amat terharu akan nasib anak-anak ini. 
Alhamdulillah... Black bersama rakan-rakan lain dapat meraikan mereka ini di majlis bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat. Ini sahaja yang termampu untuk kami membantu anak-anak ini. Sedikit jamuan makan malam. Terima kasih kepada semua sahabat yang terlibat. Semoga Allah merahmati kita semua.




Thursday, 26 September 2013

Bekas MB Kedah dah meninggal dunia....@NajibRazak

Diberitakan bahawa Mantan MB Kedah DS Azizan telah meninggal dunia hari ini. Black tak pasti lagi. Mohon pencerahan dari blogger yang berhampiran.