Hari ini cerita sensasi memang tak ade..sorry erk.. Bulan ni bulan puasa.. Hari ini Black nak cerita pasal rezeki anak yatim piatu yang begitu banyak. Rezeki dari Allah kepada anak-anak ini. Banyak pihak yang ingin menyumbangkan kelengkapan hari raya kepada mereka. Salah satunya syarikat AEON Manjung, iaitu salah satu syarikat pasaraya terbesar di Malaysia. AEON menyediakan pakaian hari raya kepada lebih 180 anak yatim piatu dan ibu tunggal di Daerah Manjung ini. Setiap seorang RM 200.
Turut sama dalam program ini adalah ADUN Pasir Panjang, YB En Rashidi Ibrahim. Beliau begitu gembira kerana AEON dapat bersama memberi kenikmatan Hari Raya kepada anak-anak ini. Mereka juga insan seperti anak-anak yang lain yang menginginkan kegembiraan dengan berpakaian serba baru di hari raya nanti.
Black merasa amat bersyukur kerana masih mempunyai Ibu dan Ayah. Sekiranya hendak dibandingkan dengan anak-anak ini amat yang telah kehilangan kedua orang ayah dan ibu.
Oleh itu, kita yang masih mempunyai ayah dan ibu haruslah bersyukur dan sentiasa mengingati mereka dan hormatilah mereka selagi masih ada. Sekiranya sudah tiada, tiada gunanya penyesalan. Hanya doa sahaja yang dapat diiringkan kepada roh mereka...
Black Panther
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, 20 July 2013
Tuesday, 25 June 2013
Kejadian Bunuh di Kampung Sungai Wangi.... ini salah BN jugak ke?
kenderaan Mangsa
keluarga mangsa
kelongsong peluru yang ditemui
tali kuning yang diikat pada kayu adalah tempat kelonsong peluru yang ditemui
keadaan dalam kereta mangsa
Punca pembunuhan masih dalam siasatan polis. Unit anjing pengesan K9 PDRM juga dikerah ke tempat kejadian... polis menemui beberapa kelonsong peluru berhampiran tempat kejadian.
Nanti ada pula puak harbi menuduh ini semua salah BN... apa sahaja yang berlaku di negara ini.. BN akan dipersalahkan oleh juak-juak ini.
Wednesday, 19 June 2013
JIKA MATI DALAM PERHIMPUNAN BLACKOUT505, DIKIRA MATI SYAHID FI SABILILLAH!!
PERANGAI Husam Musa dah gila babi dah ni. Fatwa
dari buku hadis mana yang dia pakai sampai boleh bercakap sedemikian rupa? Nak
jadi ala-ala Zahar Derus ke yang bercakap ikut sedap mulut je?
Minta pendapat Ulama' PAS kata nanti dulu sebab
tak baca lagi kenyataan Husam ni....
Minta ulasan Presiden PAS pun sama juga, kena
kaji dulu...
Hah! Sekarang ni aku bagi tengok puas-puas
kenyataan Husam yang berkata :
"Andaikata kita
terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi
sabilillah,"
Ini bukan dari suratkhabar Utusan yang puak PAS
ni jaki sangat. Ini dari sumber Harakahdaily yang dianggap kitab paling suci
puak PAS.
Dah boleh buat penjelasan ke????
AZIZAN LETAK JAWATAN: PILIHANRAYA KECIL PERTAMA SELEPAS PRU13 AKAN DILANGSUNGKAN DI SUNGAI LIMAU, KEDAH!!!
Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Datuk Seri Dr. Azizan Abdul Razak kini bukan lagi seorang pemimpin yang berdaya. Apabila kedua-dua belah kakinya dipotong kerana gangrene, maka gugurlah kelayakannya selaku seorang pemimpin.
Dia sedar tentang perkara itu. Apatah lagi, Azizan lebih banyak berada di katil hospital berbanding bersama-sama rakyat. Dan difahamkan sehingga sekarang, Azizan belum lagi mengangkat sumpah selaku ADUN Sungai Limau.
Baru-baru ini, dari sumber terdekat dengan keluarga isteri pertama Azizan memberitahu, Azizan sudah hampir meletakkan jawatan dan memberi laluan untuk Pilihanraya Kecil pertama selepas PRU13 di Sungai Limau kerana keadaannya itu. Walau bagaimanapun, ada puak-puak PAS terutama sekali yang sebelum ini banyak bergayut di sekeliling kaki seluar Azizan, terburu-buru memujuk Azizan agar tidak berbuat begitu.
Azizan menjadi bahan yang paling teruk dilanyak dan difitnah oleh puak-puak PAS sendiri. Beberapa kelompok dalam PAS yang bercempera, kelihatan bersatu hati dalam mengutuk dan menyalahkan Azizan setelah PAS gagal mempertahankan Kedah daripada dirampas oleh UMNO-BN.
Malah ada yang menyalahkan sikap Azizan yang mudah baran dan lebih banyak mendengar nasihat daripada para pemimpin UMNO untuk mentadbir negeri berbanding merujuk kepada Majlis Syura PAS. Azizan dikatakan mempunyai roh UMNO yang terlalu menebal dalam dirinya.
Gerakan untuk menggulingkan Azizan telah lama dijalankan dan diketuai oleh Mahfuz Omar yang kemudian diproksikan oleh Phahrolrazi Zawawi.... SAMBUNG BACAAN DI SINI
Monday, 17 June 2013
Tuan Ibrahim SANGKAL @HjHusamMusa Tuduh Tidak Hadir Blackout 505 adalah PENGKHIANAT PARTI !
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan yang menyifatkan tidak hadir ke
perhimpunan Blackout 505 sebagai mengkhianati parti.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun selaras dengan arahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu kesemua pemimpin bersama dalam himpunan bantahan tersebut, namun memberitahu bahawa pemimpin yang tidak hadir bukan bererti tidak menyokong.
"Setiap arahan parti, semua pemimpin akur, tapi saya yakin kalau ada pun pemimpin tidak hadir sebenarnya bukan tidak menyokong tapi mempunyai komitmen atau uzur.
"Semua pemimpin Pas secara konsisten menyatakan sokongan terhadap himpunan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyifatkan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan Blackout 505 sebagai pengkhianat parti berkenaan.
Husam juga dilaporkan berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.
Husam turut melemparkan sindiran kepada pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan itu seolah-olah membawa suara Umno dan Barisan Nasional, namun dalam masa sama menasihatkan pemimpin Pas agar mencetuskan perubahan dalam politik negara.
Tuan Ibrahim berkata, apa yang dikatakan Husam itu bukan bermaksud melakukan 'khianat', sebaliknya mengingatkan pemimpin memberikan sokongan dalam himpunan tersebut.
"Pemimpin yang tidak hadir bukannya khianat, mereka tetap menyokong. Saya yakin tiada pemimpin yang tidak menyokong, semuanya bersatu hati.
"Bantahan mereka mungkin tidak terjemah dengan kehadiran, tapi tetap sokong dengan himpunan itu," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun selaras dengan arahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu kesemua pemimpin bersama dalam himpunan bantahan tersebut, namun memberitahu bahawa pemimpin yang tidak hadir bukan bererti tidak menyokong.
"Setiap arahan parti, semua pemimpin akur, tapi saya yakin kalau ada pun pemimpin tidak hadir sebenarnya bukan tidak menyokong tapi mempunyai komitmen atau uzur.
"Semua pemimpin Pas secara konsisten menyatakan sokongan terhadap himpunan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyifatkan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan Blackout 505 sebagai pengkhianat parti berkenaan.
Husam juga dilaporkan berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.
Husam turut melemparkan sindiran kepada pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan itu seolah-olah membawa suara Umno dan Barisan Nasional, namun dalam masa sama menasihatkan pemimpin Pas agar mencetuskan perubahan dalam politik negara.
Tuan Ibrahim berkata, apa yang dikatakan Husam itu bukan bermaksud melakukan 'khianat', sebaliknya mengingatkan pemimpin memberikan sokongan dalam himpunan tersebut.
"Pemimpin yang tidak hadir bukannya khianat, mereka tetap menyokong. Saya yakin tiada pemimpin yang tidak menyokong, semuanya bersatu hati.
"Bantahan mereka mungkin tidak terjemah dengan kehadiran, tapi tetap sokong dengan himpunan itu," katanya.
Thursday, 13 June 2013
5 Wira Negara Mengelilingi Dunia Dengan Motosikal
Pasukan Kembara "1 Malaysia World Endurance Ride 2013 pada 13 Jun 2013. 5 Wira negara akan mengelilingi dunia dengan menaiki motosikal BMW 800 membawa cabaran negara dan membawa nama negara di mata dunia. Majlis Pelancaran telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Torism Centre Kuala Lumpur. Syabas kepada Dato' Zamri yang mengetuai misi ini.
Black dapat bersama mereka di Majlis pelancaran ini dan Black amat berbangga dapat mengiringi mereka. Alhamdulillah.
Pasukan ini ditaja oleh Bank Rakyat, Yayasan Wangsa Perdana dan beberapa badan korporat.
Black Panther
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Black dapat bersama mereka di Majlis pelancaran ini dan Black amat berbangga dapat mengiringi mereka. Alhamdulillah.
Pasukan ini ditaja oleh Bank Rakyat, Yayasan Wangsa Perdana dan beberapa badan korporat.
Black Panther
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, 11 June 2013
KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM DITOLAK BULAT-BULAT OLEH PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG ???
Walaupun pakatan pembangkang berjaya menambahkan kerusi parlimen di
Dewan Rakyat dan juga Dewan Undangan Negeri,kemenangan mereka semakin
tidak bermakna.Ini kerana setiap parti di dalam PR kini mahu menunjukkan
taring dan kekuatan masing-masing.Yang paling terserlah kepimpinan
Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto PR semakin terhakis disebabkan
kemelut perebutan kuasa dan pengaruh di kalangan pemimpin.Senario ini
membongkar sikap sebenar pemimpin-pemimpin pembangkang apabila mereka
sudah mendapat lebih pengaruh dan kuasa dalam pilihan raya.Kekuatan yang
mereka perolehi seolah sekarang sudah bertindak balas dan memakan diri
mereka sendiri.Semakin kuat pengaruh,semakin kuat pula kelemahan yang
muncul di tengah-tengah kemegahan kekuasaan yang mereka capai.Polemik
penolakan keputusan PRU13 yang memihak kepada Barisan Nasional belum
lagi reda.
Anwar masih dengan khayalannya bahawa kemenangan pembangkang telah
dicuri oleh BN sekaligus menafikan beliau untuk menjadi Perdana Menteri,
mungkin untuk selama-lamanya.
Janji yang dibuat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun dengan
mantan Naib Presiden Indonesia sebagai orang tengah telah dimungkiri
tanpa perasaan bersalah atau pertimbangan moral sebagai seorang pemimpin
politik.Mungkin jauh di sudut hati yang kelam dan hitam,Anwar berkata
kepada dirinya, 'Persetan semua janji yang dengan Najib ataupun
rakyat. Yang maha penting aku mesti jadi PM walau apa pun yang
terjadi,sekali pun aku terpaksa lihat negara ini hangus terbakar dek
sengketa politik.’
Kemelut di Selangor di mana Pas telah menyerah bulat-bulat haknya
menjadi Menteri Besar kerana muncul sebagai parti yang sekutu
pembangkang yang paling banyak memenangi 15 kerusi DUN setanding dengan
Dap masih jauh dari selesai.Rasa tertipu dan tersisih yang dirasai Azmin
Ali selaku pengerusi PKR negeri kerana tidak dapa jawatan Menteri Besar
juga tidak akan dapat diubati dalam masa terdekat.Setelah setiausaha
agung, Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pegawai politik di
pejabat Menteri Besar kini Dap pula mahu calonnya, Teresa Kok dilantik
ke jawatan yang sama.
Alasan Dap sebagai parti yang menang jumlah kerusi DUN lebih satu daripada PKR sepatutnyalah pertimbangan tersebut diberi. Maklumlah PKR,Pas,Dap mengamalkan konsep sama rata sama rasa. apa yang seorang dapat yang seorang lagi perlulah mendapat nikmat yang sama.Pada 15 Jun depan Anwar akan mengakhiri siri jelajah anti-SPRnya di Kuala Lumpur.Mungkin ini juga akan menandakan tamatna riwayat politik beliau setelah tindakannya di sanggah oleh Pas dan Dap sendiri.Umpamanya Dewan Ulama Pas mengatakan mereka tidak menyokong perhimpunan haram 505 malah menerima baik keputusan PRU13 yang memberi mereka kemenangan yang lebih besar di Kelantan.Dap pula mahu memboikot sesi taklimat kepada semua ahli parlimen sebelum persidangan pertama parlimen ke-13 dirasmikan oleh DYMM SPB Yang Di-pertuan Agong pada 24 Jun depan.Ada pula puak kiri di dalam Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Chegubard dan peguam Haris Ibrahim yang mahu semua ahli parlimen pembangkang memboikot terus uapacara mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat.
Sanggupkah 89 ahli parlimen pembangkang duduk di luar pagar bangunan
Parlimen sementara urusan mengendalikan pentadbiran kerajaan berjalan
rancak dengan perbahasan isu-isu penting bersangkutan kepentingan negara
dan rakyat ???
Dalam pada itu imej Anwar sebagai bakal Perdana Menteri pertama
pembangkang yang sebelum ini diangkat dan disanjung bagaikan nak rak
kini mula susut dan dipertikaikan pula oleh pihak sama mendewa-dewakan
satu ketika dulu.Akhbar-akhbar Cina seperti Sin Chew mula bersuara
mempersoalan samada Anwar kini mempunyai kriteria yang sesuai dan cocok
untuk menjadi Perdana Menteri.Kata media Cina,jika pada usia 66 tahun
gagal menjadi Perdana Menteri, apakah pada umur 71 pada PRU14 akan
datang,Anwar masih bertenaga dan mempunyai keupayaan intelek yang tidak
terjejas oleh masa dan keadaan ???
Dap seolah-olah sengaja menimbulkan pertanyaan ini seolah-olah sebagai
satu mesej tersirat kepada Anwar bahawa masa beliau sudah tiba untuk
terus hilang daripada dunia politik.Apatah lagi media Cina memainkan
sentimen janji yang dibuat oleh Anwar untuk bersara dan menjadi tenaga
pengajar jika beliau kalah dalam pilihan raya kali ini.
RENUNG-RENUNGKAN
Subscribe to:
Posts (Atom)



