Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday, 16 May 2013

DAP Tak Mainkan Politik Perkauman????


Sungguh mengarut!!!! Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC), Zairil Khir Johari semalam ketika Wacana Sinar Harian mengatakan parti DAP tidak pernah memainkan atau mengamalkan politik perkauman. Inilah antara kenyataan yang paling kelakar kerana umum mengetahui parti dokongan beliau itu merupakan gerakan politik ‘ultra kiasu’. Yang paling menarik, Zairil tidak dapat menafikan mengenai dominasi kaum Cina di dalam DAP.

“Ya, memang kebanyakan ahli DAP dari masyarakat Cina. Itu memang tidak dinafikan” katanya.

Ternyata Zairil cuba memperbodohkan rakyat dengan satu kenyataan dangkal masyarakat tahu DAP adalah merupakan sebab utama kepada Tsunami Cina dan pakatan pembangkang (PR). Malah mereka juga yang antara pengerak kepada idea untuk mengharamkan Utusan Malaysia atas alasan laporan yang dikeluarkan berbaur perkauman.

Malah DAP juga sebelum ini adalah merupakan dalang dengan mengapi-apikan sentimen perkauman sehingga menyebabkan penyokong Cina, terpedaya untuk percaya jika PR menang, kuasa Melayu akan dihapuskan dan Malaysia bakal menjadi sebuah negara republik.

Mereka juga kemudiannya berjanji seolah-olah kuasa Melayu di Malaysia tidak akan hilang, sedangkan masyarakat sedar dan melihat sendiri bagaimana Melayu Pulau Pinang, kini ibarat merempat di tanah air sendiri tanpa rumah dan kehidupan yang terurus. Mereka telah dianak-tirikan di sebalik kemajuan Pulau Pinang dengan diasingkan ke kawasan-kawasan yang terpencil.

Politik idea dan bukan bernilaikan perkauman jelas Zairil menjadi tunjang DAP adalah satu penipuan terang-terangan pembangkang yang jelas tidak menghormati hak media, malah menggunakan media mereka untuk melemparkan tuduhan jahat dan tidak berasas.

Lihat juga bagaimana cybertroppers tajaan DAP yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara yang menyerang masyarakat dengan propaganda berbaur perkauman sehingga sanggup bermain dan menyentuh sensitiviti rakyat khusus mereka yang beragama Islam.

Malah, mereka juga antara pihak yang melaksanakan pengharaman kepada media dengan kenyataan ugutan dan ancaman saman dan sebegainya. Mereka cuba menggunakan undang-undang bagi menyekat kebebasan media sekiranya gagal mengikut acuan dan rentak mereka.

Malah ketika seisi soal jawab di salh satu forum yang diadakan, seorang hadirin nyata tidak dapat mengawal perasaan apabila bangun dan bertanyakan soalan mengenai maksud kebebasan media kepada Zairil yang cuba membersihkan imej DAP.

"Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,"katanya.

Black Panther

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani dilucutkan jawatan ???

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani sekali lagi didesak dilucutkan jawatan dan disingkirkan daripada kalangan bangsa Melayu berikutan serangan secara terbukanya terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa sebagai rasis baru-baru ini.




Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, hukuman itu dilihat cukup setimpal buat individu lupa daratan dan buta sejarah seperti Azran sekali gus mampu menghalang komuniti Melayu daripada termakan kata-kata hasutannya.

“Sekiranya terus berada di situ saya khuatir tindakan Azran mampu mengikis semangat nasionalis dalam diri lebih ramai orang Melayu yang bekerja di syarikat penerbangan tersebut.

“Sebagaimana dia meluat dengan Utusan Malaysia, begitulah juga meluatnya orang Melayu dengan belang ahli korporat baharu itu. Kita tidak perlukan sebarang penjelasan daripada dia kerana kita hanya mahu dia berundur serta-merta," tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan beberapa NGO yang mahu Azran meletak jawatan berikutan kelantangannya mencemuh akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina mahu’ pada 7 Mei lalu.

Azran secara terbuka menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."
Dalam akaun Twitter pula, beliau turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan Air Asia di Utusan Malaysia.

Sementara itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail kesal dengan tindakan Azran yang bukan sahaja memberi impak negatif kepada generasi muda sekali gus menggagalkan agenda utama menyatupadukan komuniti itu.

“Azran sendiri merupakan produk daripada perjuangan orang Melayu dahulu berdasarkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi dia tidak sedar semua itu kerana nikmat tersebut hanya dirasai oleh ibu bapa dan nenek moyangnya.

“Walau pun dia tidak memerlukan sebarang bentuk bantuan kerajaan, tetapi jangan sewenang-wenangnya mempertikaikan peranan akhbar Utusan Malaysia sebagai nadi perjuangan memartabat maruah orang Melayu Islam," katanya - Utusan

LA... TAK HABIS LAGI KE SI HUSAM TU MERAJUK???

Alahai!!! Mengalahkan bebudak sekolah tadika la pulak Si Husam ni. Punya la kuat penangan kekalahan yang dia hadapi di Putrajaya, sampai hilang akal dibuatnya.

Kalau macam ni la rupa, gaya dan sifat seorang yang nak menggelarkan diri sebagai pejuang, memang patut sangat la Rejim PAS Kelantan gugurkan nama dia.

Bukan apa beb. Buat malu je ada pemimpin yang kuat merajuk tak tentu arah macam ni. Buat malu dengan ahli - ahli dan rakyat secara keseluruhannya. Baik suruh Si Husam ni duduk kat kandang kambing dia je lagi bagus. Tak de la menyusahkan orang!!!
Tindakan Naib Presiden PAS, Husam Musa memboikot majlis persaraan bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu sehari dua lepas amat mengejutkan ramai penyokong PAS kerana ia dilihat kurang matang dan agak memalukan Kerajaan PAS Kelantan.

Ketika semua pemimpin dan wakil rakyat PAS boleh menghadirkan diri untuk memberi penghormatan kepada Nik Aziz atas jasanya yang tidak seberapa sepanjang 23 tahun menjadi MB Kelantan, namun ketiadaan kelibat Husam jelas menunjukkan rajuknya belum padam.

Bekas Exco Kanan itu nampaknya belum dapat menerima hakikat di atas kegagalannya mewarisi jawatan MB dan terpinggir pula dari menduduki kerusi Timbalan MB. Lebih malang lagi namanya untuk sebagai Exco juga tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan.

Dari satu aspek, memang Husam berhak untuk meneruskan rajuk hatinya memandangkan selama ini hanya dia sajalah buah hati pengarang jantung Nik Aziz sepanjang 23 tahun bekas MB itu mengurus tadbir negeri ini.

Tanpa Husam memang hilang punca Nik Aziz dibuatnya apatah lagi orang tua yang bermulut berus itu kepandaiannya setakat merasmikan perlancaran batu asas dan papan tanda itu ini sahaja, mahu tak mahu pada Husam sajalah tempatnya bergantung harap.

Jika tidak kerana permainan politik musuhnya dalam parti, barangkali Husam masih lagi membarisi kepimpinan Kerajaan PAS Kelantan sebagai Timbalan MB yang baru atau paling lekeh pun namanya masih kekal sebagai Exco Kanan dan tidaklah terpinggir seperti sekarang.

Demikianlah perjalanan politik PAS, waktu menjadi anak emas MB dialah segala penentu arah tujunya selain kerap mengkhianati rakan separti untuk kepentingan diri, kini bila terpinggir terpaksalah memencil diri sukar menerima hakikat betapa pedihnya bila dikhianati.

Entah bila akan padam rajuk Husam hanya dia saja yang tahu,namun dilihat dari keengganannya menyertai majlis persaraan Nik Aziz ada kemungkinan rajuknya akan berpanjangan. Kasihan Husam, hidupnya kini ibarat dah habis madu sepahnya dibuang begitu saja.

Sumber : http://bit.ly/1062JZW

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 15 May 2013

ADA AHLI PARLIMEN BN YANG SUDAH BERSIAP-SEDIA ANGKAT BUNGKUS DAN SEBERANG KE PAKATAN RAKYAT!!!


Sudah pecah berita...

Seorang ahli parlimen Barisan Nasional sudah pun bersiap-sedia untuk menyeberang masuk ke Pakatan Rakyat. Parti yang bakal disertainya adalah PKR.

Tidak pula dapat dipastikan, berapakah jumlah yang dibayar oleh Anwar Ibrahim sebagai 'yuran' perpindahannya itu tetapi daripada maklumat yang kami terima, Ahli Parlimen itu, telah menjanjikan sebilangan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan menyertai PKR, DAP dan PAS.

Walaupun pada masa yang sama, PAS sedang berusaha mendapatkan Terengganu menerusi pengisytiharan Mahkamah ekoran kemenangan tipis Barisan Nasional di negeri itu, manakala DAP pula sedang berusaha mendapatkan Perak, juga dengan kaedah yang sama kerana majoriti tipis Barisan Nasional, langkah-langkah lebih drastik telah diambil oleh Anwar Ibrahim bagi mendapatkan jumlah Ahli-Ahli Parlimen dari Barisan Nasional untuk membolehkannya menjadi Perdana Menteri.

Sebelum berpilihanraya, calon-calon Barisan Nasional telah membuat 'AKU JANJI' yang berasingan. Dalam AKU JANJI tersebut, sekiranya mereka melompat masuk Pakatan Rakyat, kerusi yang mereka wakili akan terbubar dan pilihanraya kecil akan dilaksanakan.

Hari ini, barisan Kabinet baru akan diumumkan. Menjelang malam, wakil rakyat tersebut akan membuat onar dan mengumumkan penyertaannya ke dalam Pakatan Rakyat.

Sumber tidak memberitahu secara tepat, siapakah Ahli Parlimen berkenaan tetapi klu yang diberikannya ialah Ahli Parlimen tersebut adalah KAKI SYABU....

sumber

7hb Demo Tolak K’putusan PRU, 9hb Kenduri Kesyukuran Menang Di S’gor!!!

 
 
MEMANG betulah cakap ramai orang, budak-budak pembangkang ni bodoh, bukan ada otak nak fikir sendiri. Dalam pemimpin mereka sibuk-sibuk menjaja serata tanahair mengajak rakyat menolak keputusan PRU13 yang lepas, pembangkang di Selangor rupanya mengadakan kenduri kesyukuran di Dataran Kemerdekaan Shah Alam atas kemenangan mereka di negeri tersebut.

Ironinya, tarikh kenduri tu pulak (9hb Mei) hampir sebelah menyebelah dengan himpunan kesesakan jalan raya di Stadium MBPJ Kelana Jaya menolak keputusan PRU yang diadakan 2 hari sebelumnya (7hb Mei).

Atau dalam bahasa ringkas, tak kering lagi air liur mengatakan PRU tak adil, mulut dah penuh menyuap makan kenduri kesyukuran sebab menang di Selangor!!


SHAH ALAM: Rakyat Selangor dijemput hadir ke majlis kesyukuran atas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Khamis malam, 9 Mei ini.“Sebagai tanda terima kasih kita menjemput rakyat ke Dataran Kemerdekaan pada Khamis malam ini, 9 Mei untuk satu majlis kesyukuran sederhana dan ceramah,” ujar Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media di sini hari ini.
Menurut Abdul Khalid lagi, selain menyediakan jamuan sederhana, satu ceramah juga diadakan.

Benda ini (majlis kesyukuran), tidak dihebahkan secara besar-besaran atas sebab yang kita semua tahu – taknak nampak bercanggah dengan himpunan dan demonstrasi yang telah dan akan mereka adakan dalam soal menolak keputusan pilihanraya ini.

Malah berita ini yang penulis ambil dari Harakah pun, tidak menjelaskan lebih banyak kenapa pembangkang mengadakan kenduri kesyukuran kerana menang di Selangor tapi dalam masa yang sama mengajak rakyat menolak keputusan pilihanraya.

Atau dalam bahasa mudah, puak-puak ini hanya tolak keputusan di tempat yang depa kalah, di tempat yang mereka menang, DEPA BUAT KENDURI KESYUKURAN!!!! Hahahahaaha….meh pakat gelak ramai-ramai.

Is that too obvious? Pandai pulak SPR ni menipu di tempat-tempat lain tapi berlaku jujur di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan? Itu satu hal, satu hal lagi, mana SPR tahu yang pembangkang akan menang 89 kerusi parlimen dan perlu 22-30 kerusi untuk ambil alih kerajaan pusat dengan simple majority?

Kalah dah SPR tipu, semua pun berlakulah penipuan, apa di kawasan yang BN menang saja?

Atau sebetulnya pembangkang sengaja cipta semua pembohongan berlaku penipuan di 30 kawasan ni? Macam dia tipu blackout itulah, sampai la ni, dah dekat 2 minggu, satu kawasan yang dikatakan blackout itupun masih tidak dibuktikan sehingga sekarang.

Sudah-sudahla tu jadi pembohong. Jangan nak tipu budak-budaklah, majoriti diaorang tu (budak cina) bukan faham sangat politik atau cakap Melayu pun, harap standard burung tiong je la, suruh angguk, angguk, suruh geleng, geleng.

Hipkorit!!
 

Perpaduan sesama Islam dianggap jenaka - Nasrudin Tantawi



Nasrudin: Gesaan Umno-Pas bersatu ungkapan jenaka

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan gesaan menyatukan Umno dan Pas, yang semakin kerap dibangkitkan mutakhir ini sebagai suatu ungkapan jenaka malah tidak membawa sebarang kesan.

Sebaliknya ujar beliau, ia hanya akan menimbulkan fitnah serta menebalkan jurang persefahaman antara kedua-dua parti.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, usaha penyatuan itu tidak mungkin berlaku sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) masih meneruskan penindasan terhadap hak rakyat terutamanya dalam soal pemberian royalti minyak dan pembangunan di kawasan atau negeri yang dimenangi pembangkang.

"Isu penyatuan atau perpaduan itu tak ada sudahnya, kerap kali diulang dan diungkap.

"... seruan itu tak berfaedah, usah bermain dengan kata-kata, buktikan bahawa negara ini amalkan politik matang dulu, hormat-menghormati perbezan pandangan, hilangkan kekeliruan, kembalikan hak rakyat dan hapuskan penindasan, kemudian barulah cakap soal perpaduan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika berucap dalam program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM, semalam.

Nasharudin menggesa agenda penyatuan kedua-dua parti itu dijadikan sebagai usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan kaum Melayu di negara ini.

Dalam pada itu, Nasrudin mendakwa isu perpaduan cuba digunakan Umno-BN apabila terdesak setelah gagal memperbaiki rekod prestasinya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akibat hilang sokongan rakyat dengan hanya menang mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

"Dalam isu royalti minyak, tuntutan rakyat tak diberikan, lepas itu mereka tertekan, kemudian nak ajak cakap soal perpaduan, ia sesuatu yang tak masuk akal.

"Selagi apa yang berlaku hari ini, ungkapan itu hanya untuk melariskan surat khabar saja.

"Umno-BN saban hari menyerang Pas gunakan tv dan surat khabar, menyebabkan ada maklum balas daripada Pas, akhirnya hubungan Umno-Pas semakin tengang.

Tambah beliau, kerjasama itu sukar direalisasikan jika Umno-BN terus-menerus menyerang dan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap Pas termasuklah parti Islam itu mengamalkan ajaran sesat dan menggadaikan prinsip Islam.

Agak kurang manis tegasnya jika selepas itu Umno-BN ingin berunding dan bercakap mengenai soal perpaduan dan kerjasama kedua-dua parti Melayu-Islam itu.

"Satu ungkapan yang tak manis dan tak dipandang positif oleh masyarakat.

"... buatlah perubahan dulu, jangan asyik dera rakyat, kerajaan Umno kena tunaikan kehendak dan kemahuan rakyat yang baik.

"Kalau dengar kenyataan menteri besar Terengganu, dia kata mana-mana pengundi yang tak sokong BN dalam pilihan raya lepas, kawasan itu tak akan diberikan peruntukan dan tidak akan dibangunkan, lepas itu dia nak ajak bersatu pula, itu tak mungkin jadi kenyataan," katanya.

Tambah beliau, gesaan itu juga pernah dilontarkan oleh anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah, yang mengatakan bahawa sekiranya Pas menyertai Umno, hudud akan dilaksanakan.

"Kadang kala saya keliru dengan ucapan itu, yang bercakap itu kerajaan BN.

"Kalau Umno bentang hudud di Parlimen, insya-Allah ahli parlimen Pas akan sokong mereka, tapi kerajaan kena buktikan dulu," tegasnya.

ps: golongan angkuh biasalah, biarlah, kalau kita hulurkan tangan untuk salam, mereka ludah, kita sabar je, sebab dalam pas mesti ada golongan yang baik dan cintakan perpaduan!!

sumber

Tuesday, 14 May 2013

SIAPA PEGAWAI KANAN YANG BEKALKAN SEGALA MAKLUMAT KEPADA HUSAM MUSA DI PUTRAJAYA?


Apabila Husam Musa dicalonkan oleh PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya, ramai yang bersorak hebat terutama sekali para penyokong PAS. Mereka menggambarkan yang Husam Musa akan menjadi ahli dan pemimpin PAS pertama yang dapat mengalahkan UMNO di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.

Namun keputusan PRU13 tidak berpihak kepada Husam Musa. Husam Musa telah berjaya dikalahkan oleh penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Walaupun sebelum ini didedahkan bagaimana Husam Musa menggunakan kekuatan jentera-jentera PAS dari kawasan-kawasan berhampiran, termasuklah mengimport awang-awang gedebe dari Kelantan serta ditempatkan di homestay yang amat selesa, namun ada perkara lain sebenarnya yang menjadi persoalan.

Husam Musa dilihat bekerja lebih 'bijak' dengan menggunakan orang dalam atau lebih tepat lagi, pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bekerja di Putrajaya.

Adalah difahamkan jentera Husam Musa mempunyai kaedah gerakan yang cukup hebat. Mereka mempunyai maklumat yang sangat lengkap sehinggakan sekolah anak kepada kakitangan awam pun mereka mempunyai butirannya. Bahkan lebih menarik lagi ialah data-data atau perincian berhubung pinjaman perumahan kakitangan awam, pinjaman ANGKASA, Bank Rakyat dan segala macam perincian yang lain juga mereka ada.

Perincian-perincian tersebut digunakan oleh Husam Musa untuk mencucuk jarum hasutan yang paling halus ketika berkempen bagi memenangkan dirinya.

Berdasarkan maklumat, perincian-perincian tersebut telah DISERAHKAN SECARA SUKARELA oleh pimpinan kanan kakitangan awam yang sememangnya merupakan ahli PAS atau PKR.

Pendedahan butiran dan pembocoran maklumat awam sebenarnya adalah satu kesalahan besar di negara ini. Bagaimanapun, sehingga sekarang, belum ada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka.

Ini bukan cerita politik dan ini juga bukan cerita partisan. Sebaliknya ia melibatkan kakitangan awam yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Kalau perincian tentang kawan-kawan mereka boleh didedahkan kepada pihak yang memunculkan perasaan simpati dan kecenderungan mereka, bayangkanlah sekiranya pihak musuh asing pula berjaya melembutkan hati mereka.

Menyimpan puak-puak pengkhianat ini di dalam perkhidmatan awam, hanya akan membuatkan negara semakin porak-peranda. Kita telah dapat melihat bagaimana kakitangan awam gagal menjalankan fungsi dan dasar-dasar kerajaan menerusi pelbagai kerenah birokrasi dan sebagainya, tetapi yang dipersalahkan adalah kerajaan. Kakitangan awam yang amat mudah menerima rasuah, tetapi kerajaan pula yang dikatakan pengamal rasuah.

Seharusnya tindakan pantas dan cekap diperlukan untuk menghapuskan fenomena ini. Tidak mustahil sekiranya, sudah terlalu banyak rahsia kerajaan yang mengalir ke pihak asing dan musuh kerana sikap pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan yang melihat parti politik adalah lebih hebat daripada tugas serta tanggungjawab yang mereka diamanahkan.

Jangan seronok sangat dengan kemenangan tetapi pada masa yang sama, tidak sedar bahawa ada musuh yang sedang bersembunyi di sebalik gebar bergelar kakitangan awam!!!

Bersihkan Perkhidmatan Awam daripada manusia-manusia hipokrit yang menjadi lintah ini!!!

sumber