Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday, 28 March 2013

Pengakuan Bapa Arwah Ibrahim Libya !!!! Kemaluan PAS Dilondehkan ???



Di dalam kes Memali ini, pihak PAS menjadikan wanita & kanak-kanak sebagai perisai bahagian hadapan. Ianya menyonsang dari prinsip peperangan dalam islam, sepatutnya lelaki di hadapan, bukan kanak-kanak dan wanita.

Jelas dalam video polis bertindak tenang untuk menyuraikan orang kampung, tapi mereka yg mula bertindak aggresif.

AMANAT HAJI HADI MENJADI SUMBER RUJUKAN PERJUANGAN MEREKA.

 Bapa Ibrahim Libya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.

13 Perkara yang akan Anwar Ibrahim lakukan menjelang PRU13

Anwar Ibrahim kita kenal sebagai seorang yang banyak sandiwara dan licik. Menjelang PRU13 ni macam-macam perkara telah direncanakan Anwar untuk meraih simpati dan undi rakyat Malaysia, perkara itu telah pun didedahkan Zul Noordin sebelum ini.


Antara 13 perkara yang akan Anwar lakukan untuk meraih simpati adalah dengan cuba membuktikan dia tidak terlibat dalam seks songsang dengan Saiful Bukhari, dengan menggunakan kenyataan bapa Saiful sendiri, dan perkara ini telah pun berlaku apabila bapa Saiful, dalam satu sidang media mengatakan dia meminta maaf kepada Anwar, dan sekaligus menyertai PKR.


Anwar juga dikatakan akan merancang kejadian di ditembak dalam kempen pilihan raya, tapi dipercayai peluru pada ketika itu tidak mengenai dirinya, sebaliknya isteri dan anaknya ... sandiwara satu keluarga.


Seorang pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.


Anwar juga dikatakan akan bersumpah tipu :"Demi Allah, saya tak buat apa yang Umno tuduh", sekaligus pembangkang kemudiannya akan mengangkat Anwar kerana berani bersumpah dia tidak meliwat Saiful.


Jam Omega tiruan juga akan dikeluarkan Anwar di saat-saat akhir kempen sebelum hari mengundi. Kenapa saat akhir? Sebab pada masa itu, polis tidak akan sempat untuk menyiasat ketulenan jam tersebut.


Anwar juga dikatakan akan memujuk ahli Parlimen dan ADUN PKR yang lompat parti untuk menyertai PKR dan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Keluarga mereka ini dikatakan sedang ditekan dan ditawarkan bayaran lumayan.


Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Seolah-olah Mak Tom memaafkannya dan menerimanya, Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri.


Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Pembangkang dikatakan sedang cuba memujuk para pegawai penyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.


Tidak cukup dengan mainan dan sandiwara terhadap Umno dan Datuk Seri Najib, pembangkang juga akan serang isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah sedang dipujuk, digoda, dan dijanjikan habuan wang ringgit untuk membuat akuan Rosmah terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat.


Setiap ahli Pas juga akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS"
Anwar juga akan tunjuk surat palsu Yusuf Al-Qaradawi yang kata Anwar patut jadi PM Malaysia.

Kemudian Pakatan akan umum dan haramkan Umno dan BN.


Terakhirnya, lelaki yang berwajah seperti Anwar akan muncul dan mengakui dialah yang berlakon dalam video seks skandal Chinadoll.
Licik bukan, inilah perancangan Anwar untuk cuba meraih simpati rakyat Malaysia. Apa sahaja jalan akan digunakannya tanpa mengira batas agama semata-mata nafsu politik dan kemaruk nak jadi PM.


Tak percaya? Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan episod pelakon drama yang diberi jolokan pemimpin Anugerah Tuhan ini.

WOW !!!! Bakal Calon PR... hebat!!!

Yaa..senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.

Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.

Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.

"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka?

"Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.

Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.

Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.

Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.

Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat semalam.


SENARAI CALON PKR
Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Segamat - Chua Jui Meng
Batu Pahat - Syed Hamid Ali
Selayang - William Leong Jee Ken
Kuantan - Fuziah Salleh
Azan Ismail - Kemaman
Padang Serai - N Surendran
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail
Sungai Petani - Johari Abdul
Pandan - Rafizi Ramlii
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian


SENARAI CALON DAP
Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong
Ipoh Timur - Thomas Su
Ipoh Barat - Wong Kah Woh
Batu Gajah - V Sivakumar

PERISTIWA MEMALI DIULANGI PADA PERISTIWA #LahadDatu ?

 
Ini situasi sebenar yang berlaku, bukan versi rekayasa oleh PAS kerana kandungan 'Kertas Putih' telah dibentang & disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS & pembangkang sendiri.


11 PERSOALAN YANG TIMBUL:

Apakah dengan peristiwa Lahad Datu, anggota polis/keselamatan cuma ingin menjaga keselamatan.?

Minta penduduk Memali bersurai dan beberapa org dalang di sebalik insiden ini menyerah diri untuk siasatan?adakah kita memandang remeh perkara ini jika peristiwa ini berlaku sekarang di Sabah?

Bukan niat menyerang atau membunuh penduduk kampung?adakah benar menyerang Anggota Keselamatan?

PAS berubah dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, apa masih dikatakan syahid pejuang Memali?

Apa dah jadi dengan amanat Haji Hadi?


Insiden Memali bukan Ustaz Ibrahim Libya tapi hasutan ahli PAS Mat Hassan (interview bapa Ibrahim Libya).

PAS taja keganasan seperti Memali dan Sauk. Apabila Kerajaan ambil tindakan, disalahkan pula Kerajaan dan sama seperti di Insiden Lahad Datu pun dimulakan oleh pemimpin pembangkang. Lupakah kita?

Sistem keluarga berpecah belah kerana taksub PAS (hubungan Ustaz Ibrahim Libya dengan Ayahnya).Adakah kita lupa?

Tempoh revolusi PAS, dari nasionalis sayap kiri (Sebelum merdeka), Islamist radikal (kebangkitan semula PAS ikut acuan revolusi Iran), Islam Liberal (hari ini). PAS dulu sanjung Muaamar Ghadaffi dan bagaimana sekarang?

Adakah Kematian anggota polis oleh radikal penyokong PAS, Syahid?

Penyelewengan tabung Memali kita nampak sangat dilihat hanya untuk gunaan PAS, bila masakah mereka menyerahkan tabung Memali kepada orang yang memerlukan pada waktu itu?
SUMBER

Sambutan Hari Polis ke 206


KLON Nurul Izzah Mengamuk !!!!

Cuba check belakang Si Nurul Izzah ni.
Mana tau kot ada 'Tangan Ghaib' tengah meraba... HeHeHe...
Hadeh!!! Dah kantoi dah Si Ciputdin ni rupanya. Dia sebelum ni konfiden sangat nak mendedahkan identiti pelakon seks yang sama muka dengan Si Nurul Izzah tu.

Sekali tak pasal - pasal dia dah salah orang. Sekarang, dah dia pulak yang menggelupor nak elakkan diri dari disaman oleh wanita terbabit. Hah! Baru dia tau bahana menabur fitnah terhadap orang. Sekarang, Baru la Padan Muka Dia!!!
"Saya malu gambar saya dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sanggup memapar disana sini macam saya tak ada harga diri", ujar gadis berkenaan yang sedih dengan apa yang menimpanya.


Gadis berkenaan telah memohon dan merayu kepada orang ramai agar tidak lagi mengambil kesempatan dengan menggunakan wajah beliau untuk kepentingan politik.


Wajah gadis berkenaan tersebar sebaik Saifudin Nasution dari PKR membuat pengakuan bahawa beliau telahpun melihat video lucah yang dikatakan mirip Nurul Izzah Anwar yang kononnya akan dimainkan oleh blogger-blogger dan cybertroopers dari UMNO.


Menurut gadis berkenaan, ada pihak telah memuat turun gambarnya tanpa kebenaran dari laman sosial MySpace dan kemudiannya telah membuat superimpose agar kelihatan seperti Nurul Izzah Anwar.


Wanita berkenaan yang sedih dengan apa yang menimpanya pada petang ini memaklumkan bahawa dia amat malu apabila terdapatnya blog-blog pembangkang yang memuatnaik gambarnya. Malah lebih teruk lagi, dari blog penyokong Pakatan Haram menuduh beliaulah pelakon kepada video lucah berkenaan.


Blog berkenaan menulis..."Wanita yang melakonkan wataknya dalam video tersebut sudah didedahkan. Tidak dapat dipastikan namanya. Tetapi wajahnya sudah didedahkan di media internet."


Ekoran dari itu, gadis berkenaan hari ini telah membuat laporan polis terhadap Saifuddin Nasution kerana mengaitkan beliau sebagai pelakon kepada video lucah yang dikatakan mirip Nurul Izzah Anwar.


Gadis berkenaan dikatakan sedang berbincang dengan peguamnya untuk menghantar notis saman RM100juta kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang merupakan 'master mind' dalam permainan jijik ini.

PAS dah bina 12 Masjid ????

Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga, Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa. Malah menurut rakan baik Anwar Ibrahim itu, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.

"Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua," kata beliau di dalam satu program wacana yang bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin" tidak lama dahulu.

Namun baru-baru ini, Pas dikecam hebat oleh beberapa orang ulama di Kelantan yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP. Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti ‘ultra kiasu’, mengunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah Karpal Singh sendiri suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayatnya sekiranya Pas ingin menjalankan menubuhkan negara Islam di Malaysia”. Lebih malang lagi, ‘baiah’ Karpal itu masih dipegang olehnya sampai kini sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikut Pas berhubung kerjasama yang terjalin itu.

Terbaru kegagalan Pas untuk mempertahankan Islam terutamanya dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana terlalu tunduk dengan desakan DAP juga sukar untuk dimengertikan. Malah bukan itu sahaja, PAS sekarang ini, sudah sampai ke tahap sanggup berbohong demi meneruskan survival politik mereka.

PAS juga begitu bangga menyatakan, kononnya kerajaan negeri Kedah telah membina sebanyak 12 buah masjid sepanjang hampir lima tahun pemerintahan mereka seperti yang terkandung di dalam buku 'Sayangi Kedah Sejahtera'.

Yang mana ia jelas merupakan satu penipuan yang maha besar di Kedah kerana pembinaan masjid itu telah nitanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM24 juta.

Bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab membina 22 masjid baru itu sejak 2008 dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.

Oleh yang demikian tindakan pemimpin PAS ini boleh diklasifikasikan sebagai munafik.

Kerajaan Kedah yang diterajui oleh pimpinan parti yang kononnya berasaskan Islam seharusnya berasa malu kerana gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu.

Sebaliknya, BN yang sebelum ini tewas, terus dilihat tetap melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kedah dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa kecil hati walaupun kalah dalam pilihanraya yang lalu.

Apapun, rakyat Kedah kini sudah semakin sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan dan pasti akan bangkit dalam pilihan raya akan datang untuk menebus kembali kesilapan mereka.