Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday, 24 February 2013

ANWAR KEHABISAN PELURU SERANG UMNO-BN

Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi 'political mileage' atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.

Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.

Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.

Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.

Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.

Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini.

Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.

Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk.

Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.

Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.

Anwar dalang sebenar  atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.

Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan  Kristian bertapak di Malaysia

Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.

Anwar Liwat Kesucian Huguan Siou

Masyarakat Kadazandusun nampaknya masih lagi tidak dapat memaafkan Anwar Ibrahim kerana ‘meliwat’ kesucian gelaran Huguan Siou iaitu kedudukan tertinggi bagi kaum tersebut.  Bukan sahaja kerana ia tidak mengikut prosedur dan adat perlantikan tetapi yang lebih menyakitkan hati ialah ia merupakan jawatan ekslusif yang hanya boleh dipegang oleh kaum Kadazandusun Murut. 

Justeru, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) telah menuntut permohonan maaf dari pihak PKR Ranau dan Anwar Ibrahim sendiri atas tindakan tidak bertanggungjawab menganugerahkan gelaran tersebut kepada Ketua Pembangkang itu.  Menurut Setiausaha Agung KDCA, En. Suman Yasambun dalam kepercayaan kaum mereka, tindakan tersebut akan mengundang sumpahan ke atas pihak yang telah mencemar struktur kepimpinan, terutamanya apabila ia melibatkan Institusi Huguan Siou.

Huguan Siou merupakan ‘penjaga’ kepada budaya, norma-norma, artifaks dan tradisi Kadazandusun Murut yang diraikan setiap tahun dalam Pesta Kaamatan.  Gelaran itu membawa bersamanya semangat perpaduan, keberanian dan keazaman.  

Huguan Siou yang sah pada hari ini adalah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sekali gus menjadikan perlantikan seorang lagi Huguan Siou sebagai satu penghinaan terhadap beliau, serta seluruh masyarakat Kadazandusun.

Jelaslah bahawa tindakan PKR Ranau adalah keterlaluan, selain tidak bijak.  Lebih dari itu, tindakan Anwar untuk menerima penganugerahan itu juga, dilihat sebagai bukti sikapnya yang tidak sensitif dan gila kuasa. 

Percubaan Anwar untuk memperbaiki keadaan dengan menafikan beliau ada menerima gelaran tersebut serta menuduhnya sebagai salah satu dari taktik kotor politik BN, nampaknya tidak berjaya.  Ini kerana, seluruh rakyat Malaysia telah melihat sendiri gambar-gambar Anwar memakai hiasan kepala tradisi Kadazandusun yang dipanggil ‘sigar’ dan juga selempang yang tertulis ‘Huguan Siou Malaysia’. 

Mana mungkin terdapat Huguan Siou Malaysia sedangkan ia merupakan gelaran khas bagi satu kaum sahaja?  Mana mungkin Anwar menjadi Huguan Siou sedangkan beliau bukan dari kaum Kadazandusun?  Dan, mana mungkin terdapat dua orang Huguan Siou?   

Ketua Cabang PKR Ranau, Jonathan Yasin mungkin terbawa-bawa dengan keghairahannya untuk mengambil hati Anwar sehingga terlepas pandang akan kesucian gelaran Huguan Siou.  Keinginan yang meluap-luap untuk menang pilihanraya telah menjadikan Jonathan terlupa siapa dan apakah Huguan Siou dan siapa dan apakah Anwar Ibrahim. 

Namun begitu, Jonathan mungkin hanya melakukan apa yang diarahkan atau dinasihat oleh pihak atasan parti sahaja.  Tidak mustahil, beliau diberikan tugas untuk menonjolkan sokongan dan penerimaan masyarakat Kadazan terhadap Anwar yang tidak berbelah bagi.  Justeru, satu-satunya cara yang dapat difikirkannya ialah dengan menggambarkan Anwar sebagai pemimpin tertinggi masyarakat tersebut, iaitu sebagai Huguan Siou. 

Jika Anwar mempunyai sedikit maruah atau moral, beliau pasti tahu bahawa cara terbaik untuk meredakan kemarahan kaum Kadazandusun adalah dengan meminta maaf atas ‘kejahilannya’ mengenai adat resam kaum tersebut.  Tetapi, seperti yang kita sedia maklum, Anwar adalah jenis manusia yang tidak bermoral, tidak pernah mengaku salah dan tidak mungkin meminta maaf. 

Penafian Anwar menyebabkan kaum Kadazandusun semakin ‘sakit hati’ terhadapnya.  Anwar nampaknya langsung enggan bertanggungjawab malah tidak segan silu pula menuding jari terhadap BN walaupun bukti begitu nyata.  Ini tidak menghairankan kerana beliau juga tidak pernah mengaku menjadi pelakon utama dalam video seks yang tersebar sedangkan wajah serta gerakgeri pelakon tersebut saling tak tumpah dengan dirinya.  Malah disahkan pula oleh sistem pengesan wajah sebagai 99% dirinya.   Jika itupun Anwar masih boleh menafikan, maka tentu saja Anwar boleh menafikan apa saja.    

Inilah masalahnya jika terlalu dahagakan sanjungan dan penerimaan tetapi sukar mendapatnya.  Anwar telah lama mengidam menjadi pemimpin tertinggi dalam negara.  Memandangkan terlalu sukar sekali untuk memakai gelaran Perdana Menteri Malaysia, maka gelaran Huguan Siou Malaysia sahaja sudah memadai baginya, buat masa ini. 

Malangnya, gelaran Huguan Siou Malaysia itu nampaknya telah menjauhkan lagi Anwar dari gelaran Perdana Menteri Malaysia.


Saturday, 23 February 2013

Confirm!!! Anak Kelantan Di Perantauan Akan Bagi Undi Pada BN

Kehadiran lebih 15,000 orang anak Kelantan memeriahkan Himpunan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 sememangnya di luar jangkaan ramai pihak.

Rata-rata pemerhati politik serta pemimpin PAS khususnya, sedari awal lagi berkeyakinan penganjuran majlis himpunan itu akan hanya memalukan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak sahaja kerana mengandaikan hanya kurang dari seribu orang sahaja yang akan hadir.

Atau pun paling tidak kata mereka, tak sampai pun tiga empat ribu yang hadir sekadar untuk isi masa hujung minggu kemudian selepas selesai bertemu rakan-rakan senegeri masing-masing akan segera pulang tanpa mendengar ucapan dari PM.

Itu andaian dan anggapan PAS dan sesetengah pemerhati politik. Secara jujurnya, keyakinan mereka ada asasnya jika rekod sebelum ini diambil kira, lebih-lebih lagi sudah menjadi pengetahuan umum yang majoriti anak Kelantan di perantauan merupakan penyokong dan pengundi PAS.

Lebih-lebih lagi bila diambil kira jumlah kehadiran di program himpunan anjuran PAS selalunya mencecah angka 3,000 hingga 6,000 orang, tidak kira ia dilangsungkan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan atau Perlis, senantiasa penuh dan meriah.

Sementara itu majlis yang sama anjuran UMNO pula jika dapat mengumpul 500 orang anak Kelantan di rantauan sudah boleh dikira melegakan. Itu senario sebelum berlakunya PRK DUN Manek Urai dan keadaan itu lebih terserlah lagi sebelum berlangsungnya PRU 12 2008.

Pendek kata amat jarang program himpunan anak Kelantan di perantauan anjuran PAS ataupun sekutunya jarang mendapat sambutan, tapi adalah perkara biasa bila mana majlis anjuran UMNO hanya dihadiri segelintir orang sahaja.

Mutakhir ini senario sudah berubah, keadaan sudah terbalik apabila kebanyakan program himpunan anak Kelantan di perantauan anjuran PAS pula yang semakin lesu dan kurang mendapat sambutan.

Program himpunan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya yang dihadiri Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 30 Julai 2011 misalnya hanya merekodkan kehadiran sekitar 1,000 orang sahaja.

Manakala semasa Nik Aziz merasmikan Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan di Puchong Perdana, Selangor pada 22 April 2012 pula hanya sekitar 300 hingga 400 orang anak Kelantan di perantauan sahaja yang menunjukkan muka di majlis itu.

Di masa yang sama, majlis himpunan anak Kelantan yang dianjurkan UMNO pula terus mendapat sambutan termasuklah yang terbaru Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang menyaksikan buat pertama kalinya lebih 15,000 rakyat Kelantan berkumpul di bawah satu bumbung.

Mereka datang tidak dipaksa, hanya kad jemputan menjadi pengantara, malah sebahagian besar daripada mereka hanya bersandarkan jemputan umum yang dibaca dari akaun sosial Facebook dan laman web sahaja.

Jika senario ini dijadikan indikator tambahan, nampak gayanya PRU 13 kelak faktor anak Kelantan di perantauan bukan lagi bonus tambahan untuk PAS sebaliknya bakal menjadi faktor kejatuhan PAS pula.

Tak mustahil sebahagian besar anak Kelantan di perantauan untuk pertama kalinya akan memberi undi mereka secara besar-besaran kepada BN, jika itu menjadi realiti bermakna suka atau tidak PAS terpaksa mengucapkan selamat tinggal dari tampuk pemerintahan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Mengapa Deepak Masih Bujang?

Dalam isu terbaru Deepak Jaikishan berkenaan dengan pendedahan beliau terhadap apa yang gagal dilakukan oleh SUARAM, kisah berkenaan 'kaitan Perdana Menteri dan isteri terhadap pembunuhan seorang model dari Mongolia yang dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal 'transaksi pembelian kapal selam Scorpene, Altantuya, Deepak telah membuat pendedahan tergempar terhadap bekas penganalisa politik yang yang digugurkan dari menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut, Razak Baginda, atas alasan beliau mandul.
Razak Baginda didakwa mempunyai hubungan sulit bersama Altantuya. Namun, tiada bukti yang dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara tersebut.
Mungkin pada Deepak, mendedahkan nama Razak baginda dan memalukan beliau adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana hanya perkara tersebut yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya, dengan Perdana Menteri.
Mungkin Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Deepak mungkin boleh berkata bahawa Razak Baginda baru sahaja mengalami masalah tersebut kerana anak beliau dilahirkan pada tahun 1987.
Namun, ini masih tidak memberi sebarang jawapan terhadap dakwaan Deepak.
Mengapa Deepak masih lagi mahu membuat pendedahan-pendedahan ini walaupun segala masalah beliau di mahkamah tentang masalah perniagaan beliau sudah selesai? Mungkin Deepak masih mahukan sesuatu, jika tidak, mengapa Deepak menyambung kerja-kerja yang gagal dilakukan oleh SUARAM?
Bagaimanapun, terdapat beberapa komen daripada pemerhati-pemerhati kes Deepak di mahkamah yang mungkin dapat memberikan kita jawapan jelas. Ramai yang mendakwa bahawa Deepak kelihatan tertekan, hilang arah dan tidak selesa. Ada juga yang mengatakan bahawa Deepak mungkin mengalami masalah tekanan kerana kehilangan jumlah wang yang banyak.
Namun, jika kita lihat kembali kepada Deepak, mungkin kita dapat tahu mengapa beliau membuat dakwaan mandul terhadap Razak Baginda.
Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand kini berumur 40 tahun. Sebelum perniagaan beliau mengalami masalah besar, beliau dikatakan sebagai seorang yang berjaya, datang dari keluarga yang berpengaruh dalam pembangunan dan pelaburan hartanah. Telah dilaporkan bahawa dibawah pimpinan Deepak, kedua-dua syarikat beliau, Carpet Raya Sdn Bhd dan Tek Holding Sdn Bhd (syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah), berjaya menjana wang hingga berbilion-bilion. Bursa Malaysia meyatakan, dari tahun 2000 hingga 2009, Deepak berjaya menyiapkan projek-projek pelaburan hartanah yang berjumlah kira-kira RM3 billion.
Bagi industri permaidani pula, Deepak telah berjaya membuka dan mengambil alih kilang pembuatan terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Mulia Carpet Sdn Bhd.
Pada tahun 2000, unit pembuatan ini dikatakan sebagai satu-satunya kilang pembuatan yang menghasilkan benang permaidani sendiri. Pada tahun 2003, Deepak telah membuka sebuah kilang pembuatan (Premier Weavers) yang mempunyai teknologi menenun yang terkini di Malaysia. Deepak telah berkecimpung dalam industri permaidani selama 15 tahun.
Dengan segala kejayaan yang dikecapi, hanya satu perkara sahaja yang masih belum cukup untuk Deepak, seorang wanita. Deepak adalah seorang usahawan berjaya yang masih bujang.
Jika kita lihat pada logik, Deepaklah yang sebenarnya mempunyai masalah 'dalaman', bukannya Baginda. Menuduh Baginda dengan mengatakan bahawa beliau mandul kelihatan seperti Deepak hanya menipu diri sendiri.
Jika perkara ini benar, ini bukanlah pertama kali pihak Pembangkang mengupah orang yang mempunyai masalah mental untuk mambantu mereka menipu rakyat. Raja Petra Kamaruddin, individu yang dipercayai telah menulis skrip terhadap kes pembunuhan ini, juga dikatakan mempunyai masalah mental ketika beliau muda. Bagaimanapun, Raja Petra  telah membuat U-turn terhadap perkara yang sedang diceritakan oleh Deepak.
Terdapat juga kemungkinan mengapa seorang ahli perniagaan yang berjaya ini masih lagi bujang, mungkin Deepak tidak mempunyai sebarang minat terhadap wanita, mungkin Deepak adalah seorang homoseksual.
Mungkin ini juga kebetulan, Pembangkang juga sering mengupah golongan gay untuk melakukan kerja-kerja mereka. Ini mengingatkan kita terhadap Hakim V.T. Singham yang dikenali sebagai penyokong pembangkang kerana sering membuat keputusan yang berat sebelah dan sering memihak kepada pihak pembangkang. Sama seperti Deepak, Hakim V.T. Singham juga berada pada peringkat umur yang sama, dan juga masih bujang. 

Hadi, Nik Aziz Tak Guna! - Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak langsung ada rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin PAS. "Hadi Awang tidak tahu apa-apa!, Nik Aziz hanya ikut apa yang dilakukan PAS," adalah antara perkara yang dikatakan oleh Anwar dalam ucapan beliau kepada 1,500 penyokong PKR ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Putera Ballroom Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Februari lalu.
Isu yang disentuh diperkatakan oleh Anwar adalah tentang isu Kalimah Allah. Video tersebut kini sudah mula tersebar di blog-blog, Facebook dan juga YouTube.
PKR kini berada dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dari rakyat Sabah. Sehingga kini, PKR tidak yakin bahawa mereka akan menang lebih daripada 3 kerusi di Sabah, walaupun mereka percaya bahawa mereka akan meraih 13 daripada 25 kerusi Parlimen. Dengan hanya RM35 juta yang boleh dibelanjakan untuk meraih undi di 7 kerusi seperti Penampang, Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu, Putatan, Libaran dan kemungkinan besar di Tawau, Anwar perlu bekerja keras untuk PKR.
Memandangkan majoriti penduduk Sabah adalah penganut agama Kristian, isu kalimah Allah dikatakan sebagai isu yang boleh membantu Anwar untuk menunjukkan bahawa beliau bersifat terbuka terhadap agama Kristian. Namun, ini boleh mendatangkan masalah kepada Anwar apabila PAS sering mengkritik perbuatan beliau.
Jadi, Anwar sedar bahawa beliau perlu menolak PAS ke belakang, memastikan bahawa penduduk Sabah percaya bahawa PAS tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Pakatan Rakyat. Anwar perlu meyakinkan penduduk Sabah bahawa Nik Aziz dan Hadi Awang hanyalah simbol semata-mata dan mereka tidak tahu apa-apa tentang kalimah Allah.
Kami setuju dengan Anwar bahawa Hadi dan Nik Aziz tidak tahu akan Islam dan hampir segalanya. Bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau adalah lebih 'Islam' berbanding kedua-dua pemimpin PAS tersebut adalah 'lawak'.
Jika Nik Aziz dan Hadi Awang benar-benar tahu tentang Islam, mereka tidak akan bermain politik - memecah-belah umat Islam dan membantu musuh-musuh Islam. dan jika Anwar adalah lebih baik berbanding mereka, Anwar tidak akan mengadakan hubungan sulit sesuka hati beliau. Dan yang penting, Anwar tidak akan mengakui bahawa Wolfowitz, salah seorang individu yang memecah-belahkan umat Islam, sebagai sahabat baik beliau.
Persoalannya di sini, apakah agaknya reaksi Hadi Awang dan Nik Aziz terhadap perkara ini? Mungkin mereka akan menidakkan video ini dan berkata bahawa video ini telah di-edit.
Selain itu, terdapat juga kemungkinan di mana penyokong-penyokong akan mempertahankan Anwar dan menuduh UMNO.
Dari situ, Anwar percaya bahawa beliau boleh berkata apa sahaja terhadap pemimpin-pemimpin PAS, kerana beliau percaya bahawa,"Pemimpin-pemimpin PAS tidak guna, dan jika anda berada dalam Pakatan Rakyat, anda boleh katakan apa sahaja tentang mereka, termasuklah yang yang berkaitan dengan Islam, mereka tidak kisah. Pemimpin-pemimpin PAS tidak kisah jika mereka dilayan seperti sampah, mereka tidak akan melawan, kerana mereka tidak tahu apa-apa dan tidak ada nilai!"
Jika Anwar salah, mengapa kita masih tidak menerima sebarang respon dari Tok Guru dan Tuan Guru?

Ancaman Terhadap Psy Memalukan Negara

Kesediaan superstar dari Korea, Psy yang popular dengan lagu tarian kuda Oppa Gangnam Style untuk turut sama memeriahkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang tempohari rupanya meninggalkan sedikit tompok hitam dalam sejarah hidup penyanyi itu.

Mana tidaknya apabila keselamatannya diancam gara-gara kegilaan segelintir pihak yang tidak dapat menerima hakikat penyanyi popular Korea itu tetap bertegas untuk memenuhi undangan mengadakan persembahan di majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh BN.

Beberapa hari sebelum Psy mengadakan persembahan di hadapan lebih 80,000 orang hadirin di majlis itu, keterujaan penyanyi itu untuk buat julung kalinya menemui peminatnya di Malaysia sedikit terencat apabila kehadirannya tidak hanya dipertikaikan oleh PR malah dijadikan isu politik untuk memburukkan Kerajaan Malaysia.

Para pemimpin PR berusaha sedaya upaya mensabotajnya dengan melancarkan propaganda kononnya penganjuran majlis tersebut adalah satu pembaziran wang rakyat dan wang pembayar cukai walau hakikatnya tidak pun begitu.

Bila kebenaran diketahui umum kos penganjuran dan perbelanjaan membawa Psy ke Malaysia ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta, PR melalui dukungan penyokong mereka menukar taktik dengan menghujani pula akaun sosial Facebook Psy dengan komen-komen yang mendesak artis itu membatalkan persembahannya di Malaysia.

Tidak cukup dengan gesaan-gesaan itu, sesetengah penyokong PR menghamburkan kata-kata kurang manis terhadap penyanyi itu sementara yang lain pula sengaja memburukkan negara tercinta ini dengan pelbagai tuduhan berbau politik.

Tampak jelas ketidakmatangan fikiran dan sikap penyokong PR dalam isu ini, agak memalukan dan tak sedikit tercalar imej negara ini di mata dunia. Malang betul tanah tumpah darah tercinta ini mempunyai segelintir rakyat yang buruk budi pekerti seperti itu.

Tidak berpuas hati dengan kegagalan demi kegagalan mensabotaj majlis itulah barangkali membawa kepada tindakan gila penyokong PR membuat ugutan yang mengancam keselamatan Psy. Ugutan itu mungkin serius atau sekadar acahan biasa, tapi bagi pihak polis semua itu bukannya satu perkiraan kerana itu langkah berjaga-jaga tetap diambil.

Psy mungkin sedikit kecewa kepulangannya ke negara sendiri pada keesokan diniharinya terpaksa diatur secara sulit tatkala orang ramai sedang nyenyak tidur, ia tentunya pahit tapi demi keselamatannya beliau, itu boleh dikira satu langkah bijak bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Pun begitu, apa yang terjadi pada Psy bukanlah satu perkara pelik bila diimbas kembali beberapa peristiwa lama yang ada hubung kait dengan PR.

Di awal tahun 2009 dulu sewaktu negeri Perak sedang kalut ribut dengan krisis politik, seramai tujuh orang wakil rakyat dari sebuah parti dalam PR pernah menerima ugutan bunuh dari samseng upahan selepas timbulnya ura-ura kesemua mereka itu mahu keluar dari parti dan menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.

Sebahagian daripada mereka turut menerima surat ugutan berisi peluru hidup sebagai gambaran talian hayat wakil-wakil rakyat itu bila-bila masa sahaja boleh melayang begitu sahaja jika meneruskan hasrat untuk menjadi ADUN Bebas.

Berikutan ancaman itu, hanya seorang sahaja dari kumpulan tersebut yang berani mengambil risiko keluar dari parti untuk turut serta bersama dua orang lagi ADUN parti lain dari PR, yang kemudian diikuti dengan kejatuhan secara rasmi pemerintahan PR di Perak.

Selang beberapa ketika kemudian, selepas keadaan sedikit reda barulah salah seorang lagi dari kumpulan wakil rakyat itu mengikut jejak langkah sama menjadi ADUN Bebas mesra BN. Sementara bakinya terpaksa terus kekal bersama PR walaupun kepercayaan mereka semakin luntur terhadap gabungan parti yang tidak berdaftar itu.

Secebis kisah mengenai krisis politik di Perak itu sudah cukup membuktikan ketidakmatangan politik agak dekat dengan PR dan bukan sesuatu yang mengejutkan bila mana kini tiba pula giliran Psy diancam keselamatan nyawanya.

Tindakan kurang waras penyokong PR itu diakui sedikit sebanyak memalukan negara kita sebagai tuan rumah dan tentunya menjejaskan nama baik negara ini pada mata dunia. Suka atau tidak realiti ini terpaksa kita hadapi selagi pembawaan politik sempit terus menjadi pegangan PR.

Azizan Mengugut Cara Islam?

Ternganga kita dibuatnya apabila Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah mengugut Kerajaan Pusat agar membayar RM100 juta setiap tahun kepada negeri itu sebagai pampasan jika ingin pihaknya menghentikan penggondolan hutan untuk pembalakan.   Nampak benar, yang Menteri Besar Kedah ini telah benar-benar buntu dalam usaha menjana pendapatan negeri. 

Kata orang, ego biar bertempat.  Jika sudah buntu, dan tak tahu apa-apa, buangkanlah ego itu jauh-jauh, jika tidak, pasti terserlah kebodohan sendiri.  Tidak apa jika bodoh itu tidak memberi kesan kepada sesiapa, tetapi masalahnya bodoh seorang Menteri Besar memberi kesan kepada rakyat, malah bumi Kedah juga. 

Jika dulu Azizan begitu lantang menghamun kepimpinan Barisan Nasional, kononnya bodoh, tidak prihatin dan korup, tetapi setelah diberi peluang untuk menunjukkan cara kepimpinan yang bijak, prihatin dan telus, bingunglah pula Azizan jadinya.  Kini, baru beliau tahu bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar ijazah dalam bidang agama dan suara lantang yang gemar menghentam orang. 

Sepertimana kaum Arab yang dikurniakan sumber paling berharga di dunia tetapi tidak mampu menjadi peneraju ilmu dan pemerintah dunia, begitulah keadaannya di kalangan pemimpin PAS.  Telah dikatakan di dalam AlQuran, bahawa ilmu yang penting adalah ilmu sains dan matematik dari pengamatan bintang dan cakerawala, gunung ganang dan lautan mahupun zarah-zarah di dalam udara.   Tetapi mereka tidak mendengarnya, mereka tidak memahaminya walaupun ramai di antara mereka fasih berbahasa Arab, hatta hafal Al-Quran juga. 

Justeru, hari ini kita melihat sendiri apa terjadi apabila seseorang yang mengaku pakar agama mentadbir macam orang tak ada agama. Terserlah sikap angkuh, ego, takbur, riak, panas baran dan mengugut sana sini apabila buntu dan terdesak. 

Bukan sahaja kerajaan pusat hendak diugut, tetapi juga kerajaan sahabat merangkap jiran sendiri, iaitu Pulau Pinang juga turut cuba diperas.  Oleh kerana Pulau Pinang enggan melayan mimpi Azizan untuk mengenakan caj bekalan air mentah ke negeri itu, maka Phahrolrazi, exco Kedah telah membuat kenyataan berbaur ugutan iaitu Pulau Pinang akan mengalami kesukaran jika terus enggan melayan cadangan Kedah. 

Malangnya, Pulau Pinang mengambil sikap ‘bo-layan’ sahaja terhadap ugutan Kedah. 

Maka, semakin bingunglah Azizan sehingga sanggup mengambil risiko memusnahkan alam sekitar dan mendedahkan rakyat kepada risiko kehilangan nyawa dan harta benda akibat bencana alam dengan berdegil untuk meneruskan pembalakan haram.  Maka, satu-satunya cara untuk menghentikan kegilaan ini ialah dengan kerajaan pusat membayar sejumlah RM100 juta kepada Kedah. 

Persoalannya, sampai bila Azizan boleh mentadbir dengan cara mengugut? 

Kenapakah keadaan sebegini tidak pernah terjadi semasa pemerintahan BN?  Kenapakah walaupun dikatakan korup, bodoh dan zalim, BN tidak pernah mengambil risiko ke atas nasib rakyat dan tidak pernah membiarkan kewangan negeri berada dalam keadaan begitu tenat? 

Bagaimana jika kerajaan pusat mengambil keputusan untuk mengugut Azizan kembali iaitu, jika beliau inginkan RM100 juta itu, maka beliau harus menjustifikasi dan menangani segala ketirisan dalam kewangan negeri Kedah secara terperinci terlebih dahulu, bagi memastikan RM100 juta tersebut tidak terbazir begitu saja. 

Atau lebih baik lagi, jika kerajaan pusat mengugut agar Azizan meletakkan jawatan terlebih dahulu, jika inginkan RM100 juta itu disumbangkan kepada Kedah. 

Atau lebih mudah, mungkin kerajaan pusat boleh mengugut Azizan agar membuat pengakuan terbuka dan meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana beliau benar-benar tidak tahu bagaimana untuk mentadbir sebuah negeri, sebelum menyalurkan RM100 juta tersebut kepadanya.  Bagaimana?

Walaupun persoalan ini kelihatan seperti ‘lawak’, kata orang Kedah, tetapi sebenarnya tiada apa yang lawak mengenainya, malah sedih dan membimbangkan. 

Khabar dari Kedah menyatakan bahawa kewangan Kedah sudah terlalu sangat meruncing sehinggakan semua program dan perjalanan dibekukan kerana kerajaan negeri tidak dapat menanggung kos, terutamanya kos minyak. 

Mana tidaknya, jika kesemua perbelanjaan negeri bergantung sepenuhnya kepada pendapatan dari balak semata-mata.   Bayangkan, ketika pemerintahan BN pada tahun 2007, balak hanya menjana RM8 juta, tetapi di masa pemerintahan PAS pendapatan dari balak dalam keluasan yang sama mencanak naik sehingga RM35 juta pada 2008, RM38 juta pada 2009 dan RM53 juta pada 2010?!

Kini balak-balak hampir habis, sehinggakan hutan simpan kekal juga gondol dikerjakan PAS Kedah sedangkan di masa yang sama kesemua anak-anak syarikat dan projek-projek negeri mengalami kerugian dan masih lagi menjana kerugian kerana ketidakcekapan, ketidaktelusan dan ‘ketidak-tahuan’ para pegawai yang dilantik.  Mahu tidak meroyan jadinya Azizan?

Benarlah rungutan rakyat Kedah, bahawa PAS memerintah bagaikan mentadbir sebuah kampung.  Perihal peraturan dan undang-undang semuanya diambil ‘enteng’.  Kesemua pegawai dan exco membawa sikap ‘kaduk naik junjung’ dan ‘kera mendapat bunga’ seolah-olah merekalah kuasa segala kuasa dan boleh berbuat apa saja.  Akhirnya, semuanya berada di luar kawalan. 

Khabarnya juga, pegawai kewangan negeri, Dato’ Haji Puat, sepupu Azizan yang telah berada di situ sejak zaman pemerintahan BN juga sudah putus harapan kerana gagal mendapat kerjasama Azizan sendiri. 

Justeru, apakah kesudahannya nasib Negeri Kedah?

Nasib negeri Kedah adalah tidak pasti kerana ia bergantung kepada rakyat Kedah dalam PRU-13 ini. 

Namun, apa yang pasti ialah Azizan tidak ada hak untuk mengugut, tetapi inilah masanya untuk beliau mengangkat tangan, mengaku kalah.