Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday, 2 October 2012

Hudud PAS Untuk Kepentingan Peribadi


Apabila ditanya oleh Zulkifli Nordin , mengapa 6 perkara ini dimasukkan kedalam hudud PAS? Dengan selamba mereka (PAS) menjawab.. kami sengaja buat sebab memang nak bagi UMNO tolak Hudud... dan senang kami bagi tau rakyat bahawa UMNO tolak Hudud...
fikir-fikirkanlah..

Friday, 28 September 2012

Bajet Alternatif 2013: Satu Lagi Pembohongan Anwar


Pada tahun 2012 kerajaan pusat membentangkan Belanjawan negara berjumlah RM232.8 billion, dan PR pula hanya memperuntukkan hanya RM220 walaupun setelah mengambilkira segala perbelanjaan yang termaktub dalam janji-janji syurga ala fantasi untuk rakyat.
Tahun ini, seperti biasa, PR bergegas untuk mendahului kerajaan dalam membentangkan bajet 2013. Bajet Fantasi PR untuk 2013 pula memperuntukkan RM233 billion dengan kadar defisit sekitar 3.5% berbanding 4.4% pada pembentangan 2012.
Nampaknya Anwar Ibrahim terus yakin yang rakyat mudah diperdaya dengan janji-janji manis yang tidak masuk akal dengan membentangkan janji-janji ‘tambahan’ di dalam Bajet Alternatif 2013 Pakatan Rakyat. Beliau nampaknya tidak serik apabila janji-janji dalam Buku Jingga diketawakan kerana jika ditunaikan, ianya hampir pasti menyebabkan negara muflis dalam masa dua tahun sahaja.
Kita sedia maklum bahawa Anwar Ibrahim itu mukanya tebal. Jika tidak cukup tebal, tidak mungkin beliau sanggup ke hulu ke hilir sedangkan satu dunia telah menonton dirinya berbogel dan beraksi di atas katil. Mungkin Anwar sudah terlalu biasa berbohong dan sudah tidak malu lagi apabila pembohongannya terkantoi, seperti kegagalannya menunjukkan jam omega.
Kerana itu, Anwar dengan bangga membentangkan Bajet Alternatif PR yang digarapkan dalam mimpi atau fantasi para pemimpin PR. Bajet Fantasi ini disediakan tanpa memerlukan maklumbalas dan kajian terperinci dari Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam, Dewan-dewan Perniagaan dan lain-lain badan yang berkenaan sepertimana yang perlu dilakukan oleh sesebuah kerajaan bagi memastikan ianya praktikal dan tepat. Sebaliknya, Bajet Fantasi PR hanya memerlukan sumbangan idea dari ahli-ahli politik PR semata-mata.
Sebenarnya, kita tidak perlu melangkau jauh untuk menilai kredibiliti Bajet Fantasi PR 2013 iaitu sama ada ia benar-benar mampu membawa kesejahteraan kepada semua terutama rakyat biasa. Tetapi, cukup bagi kita untuk mengkaji impak dari satu perkara sahaja dari pembentangan Bajet 2012 parti itu, iaitu penghapusan subsidi korporat seperti IPP, kepada rakyat keseluruhan.
Secara dasarnya, penghapusan subsidi korporat akan menyebabkan peniaga menanggung kos yang lebih tinggi. Oleh itu, untuk memastikan perniagaan mereka kekal untung dan terus maju, para peniaga ini perlu menaikkan harga barangan. Justeru, yang bakal menanggung kesan dari penghapusan subsidi korporat akhirnya adalah pengguna, yakni rakyat biasa.
Namun, Anwar telah menjanjikan yang harga barangan tidak akan naik walaupun subsidi korporat dihapuskan dan perbelanjaan kerajaan bertambah berdasarkan janji-janji manis yang ditabur. Malahan, dalam Bajet yang sama juga, Anwar tidak pula membentangkan pelan penjanaan pendapatan kerajaan untuk menampung semua kos tambahan yang dipindahkan ke bahu kerajaan itu.
Sebaliknya, Anwar hanya menjanjikan penjimatan wang dengan cara menghapuskan korupsi dan meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran tanpa mampu menjelaskan cara dan jangkaan jumlah yang dapat dijimatkan. Selain itu, Anwar juga membayangkan Petronas sebagai satu-satunya sumber pendapatan tanpa memikirkan kesannya di masa panjang.
Jelas, apa yang dibentangkan Anwar untuk tahun 2012, adalah tidak menepati hukum ekonomi, tidak logik dan merbahaya untuk negara.
Ekonomi bukan matematik mudah yang letaknya tetap dan tidak berubah. Ekonomi itu berbentuk rangkaian yang berkait antara satu sama lain dan berterusan yang mana seorang graduan Pengajian Melayu seperti Anwar mungkin sukar untuk memahaminya.
Sesuatu kos hanya boleh berpindah dari satu pihak ke pihak lain tetapi tidak boleh dihapuskan terus. Justeru, Anwar tidak boleh menjanjikan pengurangan kos kepada satu pihak tanpa menyebabkan pihak lain menanggung bebannya. Jika kerajaan menyerap semua kos yang melibatkan peniaga dan pengguna sekali gus maka kerajaan pasti akan bankrap dalam masa yang singkat. Begitu juga jika peniaga menyerap kos dari dikenakan kepada pengguna atau kerajaan maka perniagaannya akan pasti tidak akan maju atau mengalami kerugian.
Dan nampaknya, sehingga pembentangan Bajet Fantasi 2013 ini, Anwar masih belum dapat memahami ekonomi dengan baik. Kerana itu, beliau menambah lagi gula ke dalam janji-janji sedia ada dalam Buku Jingga ke dalam Bajet Fantasi ini, antaranya kenaikan gaji anggota polis sebanyak 5 peratus dan kenaikan gaji kakitangan perubatan sebanyak 20 peratus.
Antara janji di dalam Buku Jingga ialah:
Perkara
RM (Billion)
Penghapusan tol
50
Wifi percuma
1.2
Royalti minyak utk negeri pengeluar
12.5
Pendapatan minima isi rumah RM4,000
93.9
Menurunkan harga kereta
8
Pendidikan percuma
18.5
Elaun guru RM500 sebulan
2.4
Jumlah
206.5
Dan ini belum lagi diambilkira pemberian langsung kepada rakyat seperti bonus warga emas, elaun suri rumah dan lain-lain lagi.
Pada 2012, peruntukan belanjawan kerajaan pusat ialah RM232 billion tanpa menjanjikan apa yang termaktub dalam Buku Jingga PR. Sedangkan janji Buku Jingga PR sahaja sudah mencecah RM206.5 billion tanpa mengambil kira janji-janji lain, janji-janji tambahan serta kos sedia ada.
Justeru, apakah rakyat boleh mempercayai Bajet Alternatif PR 2013 ini?
Apakah PR sedar bahawa ekonomi dunia berada di dalam keadaan goyah dan tidak menentu. Keadaan dijangka semakin buruk pada tahun hadapan. Ini bermakna harga minyak dan barangan akan terus meningkat dan kerajaan tidak akan mampu untuk terus menyerap kos bagi pihak rakyat tanpa meletakkan ekonomi negara dalam risiko yang besar.
Walaupun kerajaan pusat dijangka membentangkan ‘Bajet Pilihanraya’ yang akan menggembirakan rakyat tetapi kita pasti ia tentunya berpijak di bumi nyata iaitu mengambilkira keadaan ekonomi global. Ini kerana kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab ke atas rakyat dan negara untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran yang berterusan.
Sedangkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat dan negara termasuk negeri yang diperintah mereka sendiri. Malah, mereka juga sering enggan bertanggungjawab walaupun untuk memikul kesalahan sendiri.
Justeru, Anwar mampu membentangkan Bajet Fantasi yang melangkaui realiti ekonomi global dan semasa. Malah, Anwar mampu berkata apa saja kerana sesungguhnya fantasi tidak punya had dan peraturan.
Dan itulah realitinya hidup Anwar, iaitu beliau boleh merealisasikan segala fantasi liarnya – dengan Chinadoll, lelaki muda, isteri orang dan siapa saja. Jika beliau berfantasi ingin menaiki jet peribadi dan ingin hidup bagai seorang Ketua Negara, beliau boleh melakukannya.
Tetapi, ingatlah bahawa rakyat bukan hidup dalam fantasi liar Anwar Ibrahim, tetapi di bumi nyata yang memerlukan kita bekerja dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Kerana itu, Bajet Fantasi PR perlu ditolak kerana ia bakal membawa kita ke neraka.

Soros taja Malaysiakini? (Utusan)

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Development Loan Fund (MDLF), Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada tiga Pengarah MKini Dotcom yang mengendalikan operasi portal berita propembangkang Malaysiakini.

Selain Mandel yang menjadi CEO kepada syarikat yang dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu, beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.

Mandel yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai Pengarah MKini Dotcom pada Julai tahun lalu manakala MDLF pula sudah menaja operasi Malaysiakini sejak lebih sedekad lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mengaku beliau merupakan salah seorang pemegang saham dalam Mkini Dotcom.

Menurut Sivarasa, dia membayar sebanyak RM5,000 bagi 5,000 unit saham ketika beliau dijemput untuk menyumbang kepada penubuhan portal berita itu pada 13 tahun lalu.

"Ia adalah untuk tujuan yang berbaloi. Saya masih memiliki 5,000 saham daripada 4.5 juta saham yang diterbitkan," katanya dalam wawancara dengan The Star.

Selain Sivarasa, seorang lagi pemegang saham  Mkini Dotcom iaitu Bruno Gentil Pereira dan CEO Malaysiakini, C. Pramesh merupakan antara aktivis yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Pemegang saham lain termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa'eza Aziz.

Malaysiakini dan Suaram menjadi perhatian pelbagai pihak ekoran dakwaan mereka antara beberapa organisasi yang menerima dana asing.

Dua penyumbang utama dana itu ialah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institude (OSI) iaitu pertubuhan yang dikaitkan dengan Soros yang menaja pelbagai pertubuhan di seluruh dunia yang selari dengan objektif penubuhan mereka.

MDLF memiliki 1.316 juta unit saham dalam Mkini Dotcom manakala Pramesh dan seorang lagi pengarahnya, Steven Gan masing-masing memiliki 1.385 juta dan 1.328 juta saham.

sebelum ini, Pramesh mendakwa MLDF memiliki kira-kira 29 peratus saham dalam syarikat tersebut manakala selebihnya dimiliki oleh pengasas bersama dan kakitangan mereka.

Bagaimanapun di sebalik pendedahan demi pendedahan mengenai Malaysiakini, Pramesh tetap bertegas portal berita itu bersifat bebas, namun beberapa blog mempersoalkan kenyataan itu ketika beberapa pemimpin pembangkang merupakan pemegang sahamnya.

Sementara itu, laporan kewangan Syarikat itu seperti yang boleh disemak daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Mkini Dotcom mencatatkan penurunan hasil daripada RM1.85 juta pada 2010 kepada RM1.63 juta tahun lalu.

Bagaimanapun 'pendapatan lain' portal itu meningkat daripada RM3.26 juta pada 2010 kepada RM3.7 juta tahun lalu manakala operasi dan perbelanjaan pentadbiran pula adalah sebanyak RM5.1 juta.

Dalam pada itu, menurut Mkini.blogspot.com pula, ia menerima geran daripada kedutaan Belanda di Malaysia; Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (ICFJ), Free Voice dan Friedrich Naumann Faundation (FNS) selain MLDF dan Southeast Asian Press Alliance (Seapa).

Wednesday, 26 September 2012

Banjir Di DUN Sitiawan.. Mana ADUN Sitiawan???






Hujan lebat yang bermula seawal jam 1.00 pagi mengakibatkan beberapa kawasan dalam DUN Sitiawan dilanda banjir kilat. Salah satunya ialah di kawasan Taman Mawar yang terletak dalam peti undi Kg Cina.


Beberapa buah rumah dimasuki air hingga ke paras lutut menyebabkan barangan rumah dan peralatan elektrik rosak.

Pihak penduduk ada menghubungi Pejabat ADUN Sitiawan, iaitu Pejabat Datuk Ngeh Koo Ham. Jawapan yang diterima amat mengecewakan. Kakitangan pejabat tersebut menyatakan ianya BUKAN MASALAH kami. Kakitangan tersebut menyuruh berhubung saja terus dengan Wakil Parlimen. Dengan wakil Parlimen tidak menjadi masalah. mereka terus datang setelah dihubungi.


Apa punya la wakil rakyat yang macam ni...masa nak merayu pengundi, sanggup turun ke kawasan. Dah menang, usah kan turun...bertanya khabar pun tidak. Tak tau la macamana orang dalam DUN Sitiawan ni boleh pilih wakil rakyat yang tak pernah ambil tahu pasal masalah rakyat terutama dalam DUN sendiri.

Yang dia tahu hanya komplen masalah luar je... masalah rakyat dalam tempat sendiri langsung tidak diambil peduli.

TAHNIAH NGEH KOO HAM kerana berjaya menipu rakyat DUN Sitiawan.

Tuesday, 25 September 2012

Blogger Upahan DAPigs Pun Ikut Demo Bantah Ngeh..



Pada 21 hb Sept 2012 hari Khamis satu Demo Membantah Kenyataan Ngeh Koo Ham di Twitter. Demo bantahan bermula di Masjid An Nasriah Sitiawan ke Pejabat DAP Sitiawan, iaitu pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham.



Ape yang menariknya ialah seorang blogger upahan DAPigs turut sama dalam demo tersebut. Aku ucapkan terima kasih kepada blogger tersebut. Die sama membantah akan kenyataan BOSS die tu. Tapi biasa la... sape nak mengaku..nanti FULUS tak sampai... so dalam blog, die tulis la macam-macam. Die cari makan....Nanti kalau DAPigs tak bayar upah kan susah.



Ape pun terima kasih kepada blogger yang rasanya semua kenal dan tak payah dipromosikan disini.

Monday, 24 September 2012

Bakal Calon Parlimen Mersing Pegang Babi????

Rosalan Mamat memang terkenal di Mersing. Beliau adalah Yang Di Pertua PAS Mersing yang akan bertanding dalam pilihanraya ke 13 bagi merebut kerusi Parlimen Mersing. Beliau memang hebat hingga sanggup pergi ke mana sahaja untuk berjumpa bakal pengundi Parlimen Mersing.

Tapi yang bodohnya si Rosalan ni....sampai sanggup ke pasar jual babi dan bersalam dengan penjual babi di pasar tersebut... Cuba korang perhatikan gambar yang bertanda bulat tu... Seluar pun kena tempat daging babi diletakkan....

Nak pancing undi pun tsk payahlah sampai pasar jual babi pun nak masuk..
Die samak atau tidak lepas balik dari pasar tu pun tak tau la.... Silap-silap terus jer masuk dalam mesin basuh dan dicampurkan dengan pakaian lain. Habis semua kena. Kena pulak kalau terlupa bawak pulak pegi solat kat masjid.

Betul la tu.... Kan depa ni sahabat dan orang suruhan DAPig (babi).

Buat baik tu biarlah berpada-pada.... Ni sampai maruah Islam juga sanggup digadai ape cer...


Saturday, 22 September 2012

Hudud: Kit Siang 'Terajang' Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat beberapa hari lalu dalam satu kenyataan retoriknya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud di Malaysia tidak boleh dilengah-lengahkan lagi.

Nadanya tidak jauh berbeza dengan janji Presiden PAS, Hadi Awang di penghujung 1990-an yang mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu sebaik sahaja belum sempat ayam jantan habis berkokok.

Sejak itu hingga saat ini, sudah beratus ribu ekor ayam jantan telah serak anak tengkuknya berkokok saban pagi subuh namun hingga kini realiti perlaksanaan hukum hudud tidak pernah kelihatan.

Janji ditaburi dan kerap dimungkiri, itu perwatakan yang telah lama sebati dengan mana-mana sahaja pemimpin PAS.

Pun begitu, percayalah makin nak dekat musim pilihanraya, Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain tetap akan memainkan jua isu hudud sekurang-kurangnya untuk mengurangkan impak kejatuhan pengaruhnya dikalangan umat Islam.

Walau dikalangan sebahagian besar umat Islam amat faham kenyataan Nik Aziz itu hanyalah satu siaran ulangan yang berbentuk retorik dan propaganda kosong sahaja yang tarafnya sama seperti janji yang taburi oleh Hadi Awang, namun ia tetap mengundang 'serangan balas' dari sekutu kesayangan PAS iaitu DAP.

Dalam reaksi segeranya terhadap kenyataan Nik Aziz itu, Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Pusat telah memberi amaran bahawa isu perlaksanaan hudud yang dicanang semula oleh PAS itu bakal menjahanamkan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

Rentetan dari amaran tersebut, seperti biasa Nik Aziz berubah monyok bangang tak keruan, mulalah dia bersilat lidah memusing cerita dengan menyalahkan pula UMNO - satu tabiat biasa yang diamalkannya tiap kali tersepit dan terhimpit.

Melihat Nik Aziz merapu-rapu dan monyok macam tikus kesejukan ditimpa hujan, tidak semena-mena Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang pula membuka mulut mengulas polemik hudud. Katanya, sekalipun PR berjaya menguasai pemerintahan pusat, hudud tetap tidak akan dilaksanakan.

Menurut Lim lagi, tiada ruang untuk perlaksanaan hudud yang dicanang oleh PAS kecuali jika persetujuan secara sebulat suara dicapai. Dengan kata lain, angan-angan PAS berkenaan hudud memerlukan kebenaran rasmi dari DAP dan PKR.

Sama ada Lim mahupun Karpal, walaupun mereka tahu retorik Nik Aziz dalam mencanang kembali isu hudud hanyalah untuk menarik semula perhatian pengundi Islam tambahan pula sejak akhir-akhir ini menunjukkan pengaruh PAS sudah semakin merosot.

Tapi kesempatan ini sebenarnya dilihat peluang terbaik untuk DAP menunjukkan taringnya sebagai abang besar kepada PAS supaya imejnya dikalangan pengundi non muslim terus meningkat naik.

Reaksi Lim kali ini saling tak ubah seperti 'penerajang' singgah ke muka Nik Aziz. Memedihkan tapi cukup untuk menjadi pengajaran pada PAS supaya menyedari statusnya dalam PR bukan sahaja lebih rendah dari DAP malah sudah setaraf seperti keldai tunggangan sahaja layaknya.