Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 6 October 2014

Bot Tempur TLDM Hilang Di Sabah Masih Belum Ditemui #prayforcb204

Sejak dilaporkan terputus hubungan komunikasi dan penglihatan awal petang semalam (Ahad) semua tumpuan kini terarah mencari bot tempur CB 204 membawa tujuh anggota yang hilang dalam cuaca buruk di perairan Barat Sabah.

Semua aset yang bersesuaian dikerah menyertai operasi cari dan menyelamat (SAR) namun sehingga berita ini ditulis ia belum ditemui.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memberitahu bot tempur itu dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau kira-kira pukul 1.05 petang.

Posisi terakhir bot tempur berkenaan adalah di 20 batu nautika ke timur laut Pulau Mengalum.

Dalam siri tweet terbarunya, beliau memberitahu, sehingga jam 8.00 pagi ini, bot tempur tersebut masih belum ditemui.

"KD LEKIU, KD GANAS, KD SERANG, KM BERANI dan KM MABUL meneruskan pencarian , B200T ditugaskan. Keadaan Laut bergelora (State 5) serta 'low rain clouds' menyukarkan pencarian oleh kapal dan pesawat Beechcraft dalam Op SAR.," ujarnya.

Menurut beliau, selain aset TLDM, Agensi Peguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menugaskan dua kapal dan satu pesawat untuk Op SAR iaitu KM MABUL dan KM BERANI di kawasan SAR.

"APMM menyediakan (menempatkan) pesawat AW139 di lapangan terbang Kota Kinabalu untuk Op SAR. Namun pesawat tidak dapat menyertai operasi kerana cuaca.

Manakala aset TLDM, KD GANAS menyertai Op SAR membantu KD LEKIU, KD PARI, KD SERANG, KM MABUL dan KM BERANI dalam OP SAR di empat sektor yang ditubuhkan.

"TUDM mengoperasikan Pesawat Beechcraft dalam Op SAR sejak awal pagi hari ini. Namun, awan hujan tebal yang rendah menyukarkan pencarian," kata beliau.

Bot tempur yang dinaiki tujuh anggota itu diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Menurut laporan bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.-6/10/2014

No comments:

Post a Comment