Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 8 October 2014

Mustafa Ali Akan Serahkan Butir-Butir Percakapan Kepada AJK PAS Pusat #PrkDR


Meskipun telah ditegur dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat, berhubung dengan barisan Jawatankuasa Disiplin parti berkenaan, namun ia tetap dipandang sepi oleh Setia Usaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali.

Salah seorang perwakilan bertanya dalam muktamar berkenaan, "Mana dia Jawatankuasa Disiplin? Siapakah barisan AJKnya?". Meskipun diajukan dalam bentuk soalan, perwakilan berkenaan memberi cadangan terhadap permerkasaan jawatankuasa berkenaan.

Tentunya soalan yang dilontarkan tersebut adalah mengambil kira kewujudan Jawatankuasa Disiplin DAP yang diketuai oleh Tan Kok Wai dan PKR pula diketuai oleh Dr Tan Kee Kwong.

Perwakilan berkenaan membangkitkan isu berkenaan, rentetan dari tindakan 2 Adun mereka (Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin) yang berpaling tadah, apabila menandatangani perakuan berkanun yang menyokong DS Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.

Dalam menangani disiplin anggota parti, PAS mengambil pendekatan yang berbeza-beza. Contoh dalam memecat Dato' Dr Hasan Mohd Ali, kes dibawa terus ke Jawatankuasa PAS Pusat untuk membuat keputusan.

Sementara kes pemecatan Ustaz Kazim Elias, ia memadai melalui usul dari Dewan Ulamak PAS Perak.

Bagi kes Saari dan Hasnul, Dewan Ulamak PAS Selangor yang bersidang pada 31 Ogos 2014 telah sebulat suara membuat ketetapan mengutuk dan mengecam tindakan 2 Adun berkenaan, malahan telah mengusulkan mereka dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan selanjutnya.

Akan tetapi Mustafa mengabaikan saranan dan pandangan tersebut, sebaliknya beliau bertindak sebagai pegawai penyiasat terhadap kes berkenaan, dengan merakam keterangan mereka tanpa merujukkan kes berkenaan kepada Jawatankuasa Disiplin.

Menurut Harakah Daily, Setia Usaha Agung PAS itu dipetik sebagai berkata,"Segala butir-butir percakapan mereka dalam pertemuan dahulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat nanti.

"Dan bergantung kepada mesyuarat untuk membuat keputusannya bagaimana," sambungnya.

Namun begitu, berkemungkinan tindakan Mustafa itu bertujuan untuk mengenal pasti 'broker dan baruah' dikalangan AJK PAS Pusat, iaitu ketika menentukan bentuk tindakan keatas Saari dan Hasnul dalam mesyuarat yang dijadualkan pada 12 Oktober depan.

No comments:

Post a Comment